Forum
Ekonomi Dunia (World Economic Forum) telah mengiktifaf Malaysia sebagai
sebuah negara yang mempunyai tahap persaingan yang lebih baik dari 142
buah negara di seluruh dunia dan berdasarkan laporan terbaharunya,
Malaysia menduduki tangga ke- 21 berbanding pada tahun 2010 di tangga
ke- 26.
Menurut
laporan tersebut, tahap persaingan global pada tahun 2011/2012,
kedudukan yang lebih baik itu disebabkan oleh kesungguhan kerajaan
melaksanakan pelbagai perubahan untuk mencapai hasrat menjadi negara
maju pada tahun 2020 dan melangkah keluar daripada situasi ekonomi
berpendapatan sederhana tinggi kepada negara berpendapatan tinggi.
Penekanan
yang lebih meluas dalam pembangunan sektor pendidikan itu telah
menjadikan Malaysia berada di kedudukan ke-14 secara keseluruhannya dan
tangga kedua selepas Singapura bagi rantau Asia Tenggara. Kedudukan ini
turut menjadikan sistem pendidikan Malaysia adalah lebih baik berbanding
Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jerman.
Mengenai
kualiti pendidikan peringkat asas (rendah), Malaysia berada di tangga
ke -21, iaitu dengan skor 5.0 daripada tujuh skala yang diukur. Kadar
enrolmen pendidikan rendah ialah 94.0 peratus, iaitu berada pada tangga
ke-61 daripada keseluruhan 142 buah negara yang dikaji.
Kadar
enrolmen pendidikan rendah di Malaysia adalah lebih tinggi (5.0)
daripada skor purata iaitu 3.8 . Kedudukan tersebut membuktikan bahawa
Malaysia lebih terkedepan berbanding Brunei Darussalam (92.9 peratus),
Amerika Syarikat (92.0 peratus), Filipina (91.7 peratus), dan Thailand
(90.1 peratus).
Pencapaian
itu telah mencerminkan kesungguhan kerajaan untuk menentukan bahawa
setiap rakyat menerima pendidikan berkualiti dan tidak disisihkan
daripada sistem persekolahan, kerana Malaysia yakin menerusi pembangunan
modal insan akan dapat melonjakkan pencapaian sebagai negara maju pada
tahun 2020.
Usaha
gigih kerajaan menerusi Inisiatif Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
misalnya dalam bidang pendidikan telah berjaya mempertingkatkan
pencapaian pelajar kepada akses pendidikan.
Sejak
mula dilancarkan setahun lalu, pada tahun 2011 enrolmen kanak-kanak
berumur lebih 4 tahun ke prasekolah telah meningkat sebanyak 732,902
kanak-kanak iaitu ke tahap 77.23 peratus. Sejumlah 3,089 kelas
prasekolah telah beroperasi dan jumlah tersebut merupakan dua kali ganda
daripada tahun 2010.
Inisiatif
NKRA di peringkat sekolah rendah telah membuktikan bahawa program LINUS
(Literasi dan Numerasi) kepada kanak-kanak darjah 2 menunjukkan
peningkatan yang besar, iaitu 97.5 peratus kadar literasi dan 98.6
peratus kadar numerasi.
Bagi
kanak-kanak yang berada di tahun 1 bago kohort ke-2, kadar literasi
ialah 91 peratus manakala kadar numerasi ialah 95.4 peratus. Pengukuran
kadar literasi dan numerasi ini dapat membantu usaha mengesani
murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran pada peringkat awal dan
pada tahun 2011 misalnya, sejumlah 3,916 murid lemah dalam Tahun 2 dapat
ditangani dengan berkesan.
Ukuran-ukuran
yang dibuat itulah telah berjaya melonjakkan kedudukan Malaysia sebagai
sebuah negara yang sedang mengalami transformasi pendidikan yang
berkesan dan mampu bersaing di peringkat global. Bagi meneruskan usaha
menambahbaik kedudukan daya saing di peringkat global, terutamanya dalam
pendidikan rendah dan menengah.
Malaysia
sentiasa membuka ruang kepada semua pihak untuk membantu memperkenalkan
pelbagai pembaharuan dan penambahbaikan. Ini adalah sesuatu yang amat
penting kerana bidang pendidikan sentiasa berkembang dan amat bergantung
kepada perubahan persekitaran.
Dalam
usaha memenuhi aspirasi semua rakyat, Kementerian Pelajaran Malaysia
akan memulakan siri dialog pendidikan di seluruh negara bermula bulan
April ini di mana akan menghimpunkan pelbagai pihak, dari professional,
warga pendidik, pemimpin masyarakat dan ibu bapa berganding bahu
menyumbangkan idea bagi membentuk sebuah blueprint pendidikan yang bakal mencorakkan arah tuju sistem pendidikan pada masa hadapan.
Unit Komunikasi
Korporat
Kementerian Pelajaran Malaysia
0 comments:
Post a Comment