Saturday 22 September 2012

Hala Tuju Kita Sebelum DPLI 2012

Sebelum ini jika kita dengar mungkin ramai mengatakan kita diserap,tetapi bagi penulis ayat yang sesuai ialah tapisan.Ini kerana bukan semua yang diserap terus untuk ditawarkan mendapat tawaran DPLI,hanya GSTT yang layak dan berdasarkan kuato yang kosong.Kepada rakan-rakan yang sedang mengikuti kursus DPLI taniah diucapkan,bagi yang gagal mendapat tempat penulis percaya rezeki anda akan tiba kemudian,mungkin rezeki yang lebih baik.

Lantikan Semula Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melantik semula 6,280 orang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) manakala seramai 4,433 dikenal pasti tidak memenuhi syarat dan seramai 7,258 orang lagi masih menerima surat perlantikan semula sehingga akhir Julai lalu. 

Bilangan mereka yang dilantik semula itu termasuk seramai 2,153 orang yang melapor diri selepas menerima surat perlantikan dan 968 lagi masih belum dapat dipastikan status pematuhan syarat untuk mengikuti latihan perguruan.

GSTT yang telah dilantik semula adalah berdasarkan syarat berumur tidak melebihi 35 tahun pada 31 Disember 2010 dan berkhidmat tidak kurang dari dua tahun sehingga akhir tahun lalu.

Mereka yang dilantik juga haruslah menerima syarat penempatan yang tidak tertakluk kepada opsyen asal dan lokasi yang dipohon. 

Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan, keutamaan telah diberikan untuk menyokong pelaksanaan dasar-dasar baru KPM, iaitu Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Penilaian Berasaskan Sekolah.

Sekolah-sekolah yang mempunyai aktiviti kokurikulum dan kurikulum yang banyak juga diberikan keutamaan manakala kaedah perlantikan yang dilaksanakan adalah berdasarkan contract for service berbanding sebelumnya contract of service.

Berdasarkan contract for service, tujuannya adalah untuk menampung keperluan semula GSTT di bawah program one-off manakala contract of service ialah mengisi kekosongan jawatan sehingga sekolah menerima bekalan guru terlatih. 

Kaedah pembayaran elaun adalah berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bil 1 Tahun 2007 bagi perlantikan secara contract of service manakala menerusi kaedah contract for service ia dibayar gaji berdasarkan gred jawatan misalnya Gred 41 sebanyak RM 2,331, Gred 29 sebanyak RM 1,610 dan Gred 17 sebanyak RM 1,200 sebulan. 
Tarikh perlantikan secara contract of service telah berakhir pada 31 Disember 2010 manakala contract for service bermula pada bulan Julai hingga 31 Disember 2011.
Semasa merasmikan Program Juara Rakyat Parlimen Kinabatangan 3 Mac lalu, Menteri Pelajaran mengumumkan seramai 13,184 orang GSTT tahun 2010 akan dilantik semula manakala dalam ucapan penggulungan di Dewan Rakyat pada 24 Mac, mereka yang pernah berkhidmat pada tahun 2010 akan diberikan peluang untuk terus berkhidmat dan diserap ke jawatan tetap dengan syarat berumur tidak lebih 35 tahun dan berkhidmat sekurang-kurangnya dua tahun sehingga 31 Disember 2010. 
Seramai 7,258 orang GSTT tidak dilantik semula atau dipilih mengikuti latihan perguruan ini berpeluang dilantik secara contract for service sebagaimana telah diputuskan dalam satu perjumpaan khas antara KPM, KSN, JPA dan Kementerian Kewangan pada 30 Jun lalu. 
Daripada jumlah terbabit, 3,793 orang adalah layak dan 972 orang daripadanya akan mengikuti latihan perguruan selama 18 bulan pada akhir tahun ini dan 2,821 orang bagi ambilan Januari 2012 di IPTA dan IPG.

Bagi mereka yang berijazah, Iatihan selama 18 bulan akan dilaksanakan di IPG manakala bagi yang tidak berijazah akan mengikuti latihan di IPTA selama 66 bulan di bawah program ljazah Sarjana Muda Pendidikan.

Baki seramai 3,465 orang yang belum layak mendapat tawaran, mereka akan diberikan peluang selepas disahkan mematuhl syarat-syarat yang ditetapkan. Apabila memenuhi syarat, mereka akan dilantik semula atau dipilih mengikuti latihan perguruan selepas semakan dilakukan pada akhir Ogos 2011.
Dipetik dari blog.KPM

0 comments:

Post a Comment


 
Powered by Blogger