TUGASAN 1
Dengan bermodalkan modal Rm1 juta,saya akan membuka kedai
buku dan alat tulis.Tujuan utama saya membuka kedai ini adalah bertujuan untuk
memudahkan pelajar UMS membeli buku serta alat tulis dengan harga yang
berpatutan.Ini kerana sebagai pelajar sudah pasti ingin membeli peralatan alat
tulis dan buku untuk tujuan pembelajaran di universiti.Bagi memastikan
keuntungan adalah melebihi kos,saya akan memastikan imej produk saya iaitu
harga yang murah dan perpatutan dan mampu dibeli oleh golongan pelajar
dijadikan sebagai produk imej saya,
TUGASAN 2
Perkara pertama yang perlu diambil kira ialah
tempat,promosi,harga dan produk.Sesorang usahawan perlu mengambil kira aspek
4ps sebagai panduan dalam membuka perniagaan dan seterusnya mempunyai pelan
perniagaan yang strategik.Dalam menjalankan perniagaan amat penting kerana
dengan kejujuran akan menarik lebih ramai pelanggan. kemesraan perlu diutamakan
supaya pelanggan sentiasa suka datang. dengan kata lain pelanggan perlu
diutamakan kerana pelanggan lah yang akan menentukan kejayaan perniagaaan kita.
Tanpa pelanggan, perniagaan itu akan gagal. Sebelum memulakan perniagaan
perancangan yang perlu adalah menentukan kumpulan sasaran dan potensi untuk
perniagaan itu berjaya di kawasan yang dikehendaki. Semasa menjalankan
perniagaan, promosi perlu dibuat secara berterusan. kebajikan pelanggan perlu
dijaga. pandangan serta komen pelanggan perlu diambil kira. Setelah perniagaan
dijalankan, penambahbaikan perkhidmatan perlu dipertingkatkan. Sebab itu
pendapat pelanggan perlu diambilberat. ini dapat menjamin kejayaan perniagaan
untuk jangka panjang.
TUGASAN 3
Pada pendapat saya, multi modality bermakna seorang guru
perlu mempunyai kebolehan yang pelbagai. dengan kata lain seorang guru perlu
tahu menggunakan kaedah pengajaran yang berbeza untuk menyampaikan ilmu kepada
pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza
TUGASAN 4
Sila respon untuk isu ini pula
i) Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran
ii) cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous
learning
iii) cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher
order thinking skills)
iv) cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial
pelajar.
v) cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan
kesedaran
i)menambah minat pelajar dengan menyediakan grafik yang
menarik
ii)boleh digunakan dimana-mana sahaja dan memudahkan
pengulangan
iii)meningkatkan kemahiran berfikir pelajar kerana
pelajar dapat melihat sendiri berbanding penerangan guru yang memerlukan
pelajar membayangkan situasi-situasi tertentu yang diterangkan oleh guru
iv)penggunaan video akan mengurangkan kemahiran sosial
pelajar, menyebabkan pelajar kurang berinteraksi dengan rakan-rakan dan juga
guru
v)kesedaran akan meningkat. sebagai contoh; kesan
penggunaan dadah. dengan pembelajaran menggunakan video, pelajar dpat melihat
kesan sebenar penyalahgunaan dadah.
TUGASAN 5
Apakah kekangan jika kita menggunakan video dalam kelas?
kekangan dari segi peralatan melibatkan kos yang tinggi.
bukan semua sekolah mempunyai skrin dalam setiap kelas. penggunaan video di
sesetengah sekolah terutamanya di luar bandar memaksa guru membawa pelajar ke
bilik khas seperti pusat sumber. hal ini menyebabkan pembaziran masa berlaku.
pemasangan peralatan juga memerlukan masa. tambahan lagi, pemasangan skrin di
dalam kelas akan membawa risiko skrin dirosakkan oleh pelajar. Walau
bagaimanapun perkara ini dapat diatasi sekiranya terdapat pengawasan yang rapi
oleh pihak guru dan sekolah amnya. bilik kelas yang sentiasa berkunci, atau
penyediaan peti keselamatan di dalam kelas perlu untuk menyimpan peralatan
tersebut supaya guru tidak perlu memanggil pelajar untuk mengambil peralatan
dari bilik guru setiap kali ingin menggunakannya. ini dapat mengurangkan
pembaziran masa.
TUGASAN 6
Bagaimana mengguna video dalam kelas? sebelum, semasa dan
selepas
Sebelum kelas;
memastikan
peralatan berfungsi dengan baik, bunyi serta paparan yang jelas didengar dan
dilihat oleh pelajar terutama yang duduk di belakang kelas.
Semasa kelas;
memastikan pelajar
memberi perhatian kepada video, mengawal pelajar supaya tidak mengganggu
peralatan video yang digunakan dan memberi tambahan kepada penerangan yang
terdapat dalam video.
Selepas kelas;
memastikan peralatan dibuka dan disimpan dengan elok dan
selamat
TUGASAN 7
Assignment manipulatives
Kemahiran manipulatif ini melibatkan gerakan dan
koordinasi antara anggota badan yang seterusnya akan mengembangkan kemahiran
motor mereka, koordinasi mata tangan, meningkatkan daya tumpuan, menambah
persepsi visual, dan dapat mengukuhkan konsep saiz, bentuk, warna dan
corak..Manipulatif adalah berkaitan hubungan dengan objek sama ada mengenakan
tindakan atau menerima gerak balas darinya. Oleh itu anggota kaki dan tangan
merupakan anggota yang paling kerap digunakan dalam kemahiran manipulatif.
Penggunaan tangan dalam kemahiran manipulatif dapat dilihat misalnya dalam
aktiviti menulis, mewarna atau memegang objek.Bagi meningkatkan kemahiran
manipulatif kanak-kanak, guru seharusnya membuat perancangan ruang yang baik
dalam menggunakan sumber yang sedia ada di sekolah. Guru harus mengenal pasti
tempat serta peralatan yang sesuai dan boleh digunakan untuk melatih kemahiran
manipulatif
TUGASAN 8
Jawab lima soalan ini dengan ringkas sahaja ya....
1) apa kah yang dimaksudkan dengan video literasi?
2) Nyatakan lima konsep utama menonton dan menghasilkan
video.
3) Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan
dengan aplikasi video?
4) Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video
dalam pendidikan menyokong pembelajaran pelajar?
5) Nyatakan pros
1)Literasi video bermaksud pengetahuan dan kemahiran yang
diperlukan untuk mengambil video atau pandangan bermakna untuk menghasilkan
video. Penggunaan video dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang mana
video pembelajaran ini boleh didefinisikan sebagai gabungan bunyi dan visual
yang direkod ke dalam pita video dan dimainkan melalui kaca TV di dalam bilik
darjah.
2) Menonton :
a. siapa yang mencipta mesej ini?
b. teknik kreatif apa yang digunakan untuk menarik
perhatian saya?
c. bagaimana mungkin pelbagai orang memahami mesej ini
berbeza?
d. apakah nilai, gaya hidup, dan mata pandangan yang
ditinggalkan?
e. apakah tujuan mesej?
Menghasilkan video :
a. apa yang saya karang atau hasilkan?
b. adakah mesej mencerminkan pemahaman dalam format,
kreativiti dan
teknologi?
teknologi?
c. adakah mesej saya menarik perhatian penonton sasaran
saya?
d. adakah saya jelas dan konsisten berkenaan dengan
rangka nilai, gaya hidup, dan
pandangan dalam mesej saya?
pandangan dalam mesej saya?
e. adakah maksud yang ingin saya sampaikan berkesan?
3)Penggunaan video sebagai bahan bantu mengajar
memberikan satu pengalaman baru kepada sebilangan pelajar. Media video dan
televisyen dapat membawa pelajar ke mana-mana sahaja, terutama sekali jika
tempat atau peristiwa yang ditayangkan itu terlalu jauh untuk dilawati, atau
merbahaya. Dengan penayangan video, pelajar dapat merasa seolah-olah mereka
berada atau turut serta dalam suasana yang digambarkan. Sebagai contoh, proses
penjanaan elektrik dapat ditunjukkan kepada pelajar melalui video. Ianya dapat
membantu pelajar membayangkan cara kerja stesen janakuasa elektrik di samping
memberi pengalaman kepada para pelajar secara visual.
4) a. Video dokumentari - merupakan video yang digunakan
untuk dokumentari sebenar seperti
haiwan-haiwan di Afrika. Contohnya National Geographic channel.
haiwan-haiwan di Afrika. Contohnya National Geographic channel.
b. Video Dramatris : Video yang membawa pelajar untuk
berilusi melepasi pemikiran logik.
c. Video Penceritaan : Video yang menceritakan tentang
sesuatu perkara.
d. Video Virtual : Video yang membawa pelajar ke tempat
yang tidak dapat di kunjungi oleh
pelajar dalam masa terdekat.
pelajar dalam masa terdekat.
5) Ciri-ciri video pendidikan yang berkesan iaitu:
a. Mencapai matlamat/objektif pembelajaran
b. Membantu peningkatan proses pembelajaran pelajar dari
aspek kesan bunyi, penggunaan
grafik, penggunaan animasi dan penggunaan warna.
grafik, penggunaan animasi dan penggunaan warna.
c. Kandungan mestilah sesuai dengan pembelajaran mudah
difahami dan mencapai
objektif yang ditetapkan.
objektif yang ditetapkan.
d. Pemilihan media mestilah bersesuaian dengan kos
alatan, senang dikendalikan dan tidak membebankan.
e. Persembahan video berupaya menunjukkan konsep
kemahiran motor melibatkan
pergerakan.
pergerakan.
f. Reka bentuk skrin paparan yang sesuai dapat
meningkatkan minat pelajar. Warna latar
belakang yang digunakan juga perlulah sesuai.
belakang yang digunakan juga perlulah sesuai.
g. Integrasi teks bermaklumat, integrasi grafik yang
menarik perhatian, integrasi animasi
berilmu, integrasi audio menarik perhatian dan integrasi video tepat dan sesuai mampu
menarik minat pelajar. Penggunaan video boleh menggalakkan perkembangan kreatif dan
kritikal.
berilmu, integrasi audio menarik perhatian dan integrasi video tepat dan sesuai mampu
menarik minat pelajar. Penggunaan video boleh menggalakkan perkembangan kreatif dan
kritikal.
h. Bahan pembelajaran berkesan dapat menggalakkan berlaku
pemindahan pembelajaran
kerana konsep-konsep dapat ditangkap dengan lebih jelas lagi. Ia dapat mengembangkan
kebolehan berkomunikasi kerana melalui alat bantu mengajar, interaksi antara pelajar-
pelajar digalakkan. Topik yang dipaparkan oleh media mestilah relevan dan memenuhi sukatan.
kerana konsep-konsep dapat ditangkap dengan lebih jelas lagi. Ia dapat mengembangkan
kebolehan berkomunikasi kerana melalui alat bantu mengajar, interaksi antara pelajar-
pelajar digalakkan. Topik yang dipaparkan oleh media mestilah relevan dan memenuhi sukatan.
Ini membolehkan pelajar berupaya mencerna fikiran.
i. Aktiviti pembelajaran dipelbagaikan dengan melakukan
pelbagai aktiviti sebelum, semasa dan selepas media yang digunakan di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar mempunyai sikap positif terhadap
pembelajaran mereka dengan penggunaan video.
j. Penggunaan grafik mestilah menarik dengan penggunaan
warna menarik dan penggunaan
animasi menarik. Selain itu, jenis bunyi mestilah sesuai dan menarik.
animasi menarik. Selain itu, jenis bunyi mestilah sesuai dan menarik.
k. Meransang perkembangan kognitif dan psikomotor
pelajar.
TUGASAN 9
Sila refleks tentang proses dan ciri-ciri reka cipta
visual
Pembelajaran menggunakan visual merupakan proses
pembelajaran yang melibatkan objek-objek visual yang memberikan rangsangan
kepada individu untuk meneroka maklumat-maklumat baru. Pemahaman serta tafsiran
ini akan diterjemahkan daripada berbentuk gambaran kepada bentuk perkataan atau
lisan ataupun perbuatan.
Literasi visual mendidik pelajar mengenai cara-cara untuk menterjemahkan sesuatu gambaran kepada bentuk-bentuk yang boleh di baca atau dalam bentuk grafik yang boleh difahami umum. Ia juga membolehkan pelajar untuk mencipta mesej-mesej tertentu melalui penghasilan visual yang bersesuaian dan mudah difahami umum.
Literasi visual mendidik pelajar mengenai cara-cara untuk menterjemahkan sesuatu gambaran kepada bentuk-bentuk yang boleh di baca atau dalam bentuk grafik yang boleh difahami umum. Ia juga membolehkan pelajar untuk mencipta mesej-mesej tertentu melalui penghasilan visual yang bersesuaian dan mudah difahami umum.
Pelajar membuat tafsiran dan pemahaman mengenai visual
yang dipaparkan dan pengajar membimbing pelajar agar tafsiran dan pemahaman
tersebut mengikut objektif pembelajaran.
Pisual adalah alat komunikasi yang dapat menyediakan
rujukan konkrit yang lebih baik daripada penyataan secara lisan atau bertulis.
ini bermakna fungsi utama visual adalah untuk meningkatkan komunikasi dalam
pengajaran. keberkesanan bahan visual bergantung kepada kualiti yang ada pada
visual tersebut. maka reka bentuk visual (design of visual) amat penting.
terdapat 3 bentuk visual iaitu fotografik, elektronik, dan grafik. fotografik
dan elektonik menyediakan ilustrasi melalui gambar, sejenis visual yang mewakili
realiti dalam keadaan yang paling realistik, iaitu menyerupai sesuatu subjek
atau situasi yang sebenar. manakala bahan grafik pula menyediakan ilustrasi
secara artistik atau simbolik yang terdiri daripada 2 kategori visual iaitu
visual analogik (cth: kartun) dan visual organisasi (cth: peta,graf, dsb)
Terdapat 6 prinsip grafik iaitu simplisiti, dominan, pola, seimbang, variasi danharmoni.
Selain daripada memiliki 6 prinsip tersebut, ciri-ciri visual yang baik juga perlu ;
Terdapat 6 prinsip grafik iaitu simplisiti, dominan, pola, seimbang, variasi danharmoni.
Selain daripada memiliki 6 prinsip tersebut, ciri-ciri visual yang baik juga perlu ;
1. mudah dibaca dan difahami
2. elemen warna yang menarik, dan
3. penggunaan huruf yang menarik dan mudah dibaca
LITERASI
MAKLUMAT
Keupayaan mendapat makna daripada maklumat.
Keupayaan mendapatkan maklumat yang relevan sesuai dan
berguna dengan berkesan dan cekap.
Mengolah data kepada maklumat dan ilmu yang berguna untuk
kepentingan sejagat dan dapat menyelesai masalah dan buat keputusan.
Seseorang yang “Information-Literate” boleh :
Mengakses maklumat secara efisien dan berkesan.
Menilai maklumat secara kritis dan cekap.
Mengguna maklumat secara kreatif dan berkesan.
Berusaha mendapatkan maklumat berhubung dengan
kepentingan peribadi, akademik dan kerjaya.
Menghargai dan seronok dengan bahan-bahan sastera dan
penulisan kreatif.
Berusaha ke arah kecemerlangan dalam mendapatkan maklumat
dan penjanaan ilmu.
Menyedari kepentingan maklumat dalam masyarakat
demokratik.
Mengamalkan tingkah laku yang baik (etika) berhubung
dengan maklumat dan IT.
Mengambil bahagian secara berkesan dalam kumpulan bagi
mendapatkan maklumat dan menjana ilmu.
0 comments:
Post a Comment