TUGASAN 1
Modal RM1 juta.
Apakah jenis perniagaan
yang hendak dijalankan? Mengapa?
Bagaimana untuk
memastikan perniagaan anda UNTUNG?
Pada pendapat saya,
perniagaan yang sesuai untuk dijalankan ialah bengkel membaiki kereta. ini
adalah kerana jarang terdapatnya bengkel membaiki kereta yang terdapat di
kawasan ini. bagi memastikan keuntungan perniagaan saya ini, saya akan
memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan saya selain meletakkan
dengan harga yang berpatutan. selain itu pengambilan pekerja juga haruslah yang
bertauliah dan berdisplin.
TUGASAN 2
Tahniah... ramai yang dah
respons tentang jenis perniagaan yang hendak dijalankan dan beberapa sebab
telah diutarakan....
Sila jawab soalan yang
kedua pula iaitu BAGAIMANA untuk memastikan perniagaan itu 100% UNTUNG? Apakah
faktor2 yang perlu difikirkan sebelum dan semasa juga setelah perniagaan itu
dimulakan?
Bagi memastikan
perniagaan saya mendapat keuntungan, saya akan memasikan lokasi yang akan
digunakan adalah strategik dan mudah untuk dikunjungi. oleh kerana terdapatnya
banyak persaingan daripada perniagaan yang sama, saya akan memberikan
perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti agar pelanggan berpuasa hati terhadap
perkhidmatan yang diberikan selain harga yang berpatutan. saya juga akan
memastikan setiap peralatan yang ditempah dan dibeli daripada pihak lain adalah
murah tapi berkualiti. disiplin pekerja juga saya amat titikberatkan dengan
hanya mengambil pekerja yang bertauliah dan berpengalaman.
TUGASAN 3
Apakah definisi teori
multi modality? apakah yang dimaksudkan multi modality instruction.
Multy modality...pada
pendapat saya, teori ini didefinisikan sebagai satu kaedah atau pola yang
digunakan oleh guru dalam menyusun kurikulum, material pembelajaran yang akan
digunakan dan memberi petunjuk kepada guru di dalam kelas untuk setkan
pembelajaran pelajar-pelajarnya. satu set model yang baik haruslah memiliki
kriteria seperti mempunyai prosedur ilmiah, hasil pembelajaran yang spesifik,
mempunyai hasil kriteria belajar serta mempunyai proses pembelajaran yang jelas
dan terperinci.
TUGASAN 4
Apakah kekangan jika kita
menggunakan video dalam kelas?
Walaupun penggunaan video
banyak membantu dalam proses p&p, namun terdapat kekangan dalam penggunaan
video seperti kekurangan panduan dan piawaian yang dapat dijadikan rujukan
apabila mereka bentuk skrin yang sering menimbulkan masalah. Terdapat aplikasi
video pendidikan masa kini yang terlalu memberi tumpuan pada reka bentuk skrin
yang menarik sehingga melupakan isu sebenar yang perlu ditekankan iaitu
maklumat serta strategi penyampaian yang perlu digunakan. Selain itu kebanyakan
guru kurang diberikan pendedahan dalam perkembangan dan kemajuan teknologi
multimedia oleh itu guru perlu memiliki minat, pengetahuan, kemahiran dan kepakaran
bagi menguruskan teknologi supaya kelebihan yang ditawarkan oleh teknologi
dapat dimanfaatkan secara optimum dan mereka tidak sepatutnya bergantung pada
apa yang telah disediakan semata-mata. Lama kelamaan, guru akan bergantung
penuh kepada penggunaan video, dan kurang kreatif dalam pemyampaian pengajaran
di dalam kelas.
TUGASAN 5
Bagaimana mengguna video
dalam kelas? sebelum, semasa dan selepas
Proses
menghasilkan aplikasi video untuk pendidikan perlu dilakukan secara sistematik
dan menyeluruh. Daripada proses menyediakan bahan dan media, proses mereka
bentuk skrin, mereka bentuk strategi pembelajaran, menguji ketepatan isi
kandungan pelajaran, proses pengujian dan penilaian dan seumpamanya, kesemuanya
perlu dilaksanakan secara sistematik. Justeru itu, bagi memastikan aplikasi
yang dihasilkan benar-benar berkualiti, ia akan mengambil masa. Apa yang penting ialah guru tersebut harus
memastikan video yang dihasilkan dapat menarik minat pelajar mengikuti
pembelajaran tersebut.
TUGASAN 6
Assignment manipulatives
Kemahiran
manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan di dalam subjek
atau mata pelajaran tertentu yang membolehkan murid melakukan aktiviti dengan
baik dan berkesan. Misalnya dalam mata pelajaran sains, pelajar akan dapat
menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul, menyimpan
peralatan dan bahan dengan betul dan selamat, membersihkan peralatan sains
dengan cara yang betul, mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat dan
melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat. Penguasaan kemahiran
manipulatif oleh bakal guru amat penting bagi meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran amali sains di sekolah kelak. Seorang guru perlu
memiliki pengetahuan dan menguasai keseluruhan kemahiran manipulatif agar dapat
membimbing pelajar menjalankan ativiti penyiasatan mereka dengan efektif dan
sistematik. Guru juga perlu mengamalkan teknik-teknik amali dengan baik
seterusnya dapat membimbing pelajar ketika menjalankan amali. Misalnya dalam
mata pelajaran matematik pula, contoh bahan manipulatif ialah kit manipulatif
yang terdiri daripada papan geo, blok Dienes, rod Cruisenaire dan blok asas
sepuluh.
TUGASAN 7
Jawab lima soalan ini dengan ringkas sahaja ya…
1) Apakah yang dimaksudkan dengan video literasi?
2) Nyatakan lima konsep utama menonton dan menghasilkan
video.
3) Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan
dengan aplikasi video?
4) Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video
dalam pendidikan menyokong pembelajaran pelajar?
5) Nyatakan proses untuk memilih dan menilai video bagi
penggunaan video dalam bilik darjah?
Jawapan 1:
Literasi
video merangkumi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk mengambil atau
dalam erti kata lain yang bermaksud melihat dan seterusnya untuk menghasilkan
video.
Jawapan 2:
Lima
konsep teras dan asas untuk memahami literasi video adalah;
i) seorang
pengarang membina mesej,
ii)
format adalah unik untuk setiap mesej,
iii)
setiap penonton akan menafsirkan mesej yang berbeza-beza,
iv)
titik pandangan dan nilai-nilai adalah sebahagian daripada setiap mesej, dan
v)
mesej yang dihasilkan atau dibina adalah untuk menggalakkan tujuan tertentu
Jawapan 3:
Konsep
asas dalam penghasilan video juga memainkan peranan penting untuk meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam video literasi. Dalam
menghasilkansesuatu video ia memerlukan pelajar untuk melibatkan diri dalam
kemahiran pemikiran tinggi-perintah untuk mula merancang format yang akan
'memberitahu cerita' dan kemudian membangunkan, mengedit, dan menilai video
terakhir untuk memastikan mesej yang dimaksudkan dapat dikongsi.selain itu,
teras konsep ialah memberi panduan bagaimana pelajar menghasilkan video.
Jawapan4:
Terdapat empat jenis video yang biasa digunakan dalam pembelajaran pelajar iaitu, dokumentari, drama, video penceritaan, dan video dalam bidang alam maya. Video yang berbentuk dokumentari merupakan video yang menayangkan tentang peristiwa sebenar atau cerita sebenar berkenaan dengan alam sekeliling dan manusia. Matlamat dokumentari adalah untuk mengajar pelajar untuk mendapatkan pengalaman melalui cerita sebenar yang berlaku.
Manakala, drama pula ialah merupakan video yang menayangkan tentang lakonan berkaitan peristiwa yang pernah berlaku atau kisah-kisah yang dilakonkan semula. Melalui video ini pelajar akan lebih memahami dan menghayati tentang sesuatu penceritaan melalui tayangan video tersebut. Video penceritaan pula merupakan video yang akan menayangkan tentang kitaran hidupan contohnya kitaran atau kisah hidupan haiwan kerana ia dapat member hiburan dan maklumat yang berguna. Melalui tayangan video ini, ia dapat member satu pengalaman baru yang berguna kepada pelajar untuk memahami sesuatu perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Video yang berbentuk alam maya pula dapat membantu pelajar untuk menjelajah ke sesuatu tempat tanpa pergi ke tempat tersebut. Misalnya, jika pelajar tersebut ingin mengetahui hidupan laut, pelajar tersebut hanya perlu melayari internet tanpa pergi tempat tersebut.

Jawapan5:
Terdapat dua langkah yang boleh dilakukan dalam proses memilih dan dan menilai video dalam bilik darjah. Langkah pertama ialah dengan mengintegrasikan sumber-sumber yang berguna adalah untuk mencari video yang langsung sejajar dan menyokong pencapaian objektif pelajaran anda.langkah kedua ialah untuk menilai video yang dipilih untuk memastikan bahawa ia sebenarnya menjajarkan kepada matlamat anda dan akan memenuhi keperluan pelajar anda.

TUGASAN 8
Soalan: Sila refleks
tentang proses dan ciri-ciri reka cipta visual
Terdapat lima elemen dalam visual dan multimedia seperti, tesk, grafik,
audio, video dan animasi. Selain itu interaktiviti juga diperlukan bagi
melengkapkan proses komunikasi dan menerusi penggunaan reka cipta visual.
Penggunaan reka cipta visual dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah memainkan peranan penting dalam membantu guru menyampaikan pengajarannya
dengan lebih mudah dan berkesan. Di samping itu, proses pengajaran dan
pembelajaran juga menjadi lebih menarik dan seronok yang secara tidak langsung
akan menarik minat pelajar untuk mengikuti pembelajaran di dalam bilik darjah.
Hal ini kerana penggunaan reka cipta dalam P&P dapat membantu meningkatkan
motivasi pelajar, mewujudkan suasana baharuan dan beraneka, menarik perhatian
pelajar pelbagai kebolehan, menggalakkan penyertaan pelajar secara aktif,
meneguhkan pembelajaran tanpa membosankan, meluaskan skop pengalaman pelajar
dan menjamin pemikiran pelajar yang teratur dan berkesinambungan. Penggunaan
reka cipta visual dalam P&P akan menukarkan peranan guru kepada fasilitator
pembelajaran. Visual boleh digunakan dalam pelbagai situasi P&P misalnya,
memperkenalkan topik baru, menjelas, menginterpretasi dan mengukuhkan idea,
konsep atau prinsip, mendemonstrasi sesuatu kemahiran, amalan atau siri
tindakan dan sebagainya.
0 comments:
Post a Comment