Sunday 21 October 2012

Info Tentang Skype(Assignment)














Skype adalah sebuah program komunikasi dengan teknologi P2P (peer to peer). Program ini merupakan program bebas (boleh dimuat turun percuma) dan dibuat dengan tujuan penyediaan sarana komunikasi suara (voice) berkualiti tinggi yang murah berasaskan internet untuk semua orang di seantero  dunia. Pengguna Skype boleh bercakap dengan pengguna Skype yang lain dengan percuma, menghubungi telefon dengan bayaran (SkypeOut), menerima panggilan  telefon (SkypeIn), dan menerima mesej suara . Teknologi skype dipelopori oleh usahawan Niklas Zennstrom dan Janus Friis, dan termasuk Kazaa dan Joost (P2P untuk televisyen). Skype lalu bersaing dengan protokol terbuka VoIP yang sudah ada seperti SIP, IAX, dan H.323. Kumpulan Skype mula dibentuk pada bulan September 2003 lalu dibeli oleh syarikat lelongan internet gergasi di Amerika e-Bay pada bulan September 2005 dan berpangkalan di Luxembourg, Jerman dengan pejabat-pejabat di London, United Kingdom, Prague, Rusia dan San Jose, California,  dan USA.

Sejak dilancarkan skype telah mengalami pertumbuhan pesat baik dari penggunaannya yang popular mahupun pembangunan peranti lunaknya, perkhidmatan yang ditawarkan pun menjadi pelbagai mulai dari penggunaan percuma mahupun berbayar.

Hanya dalam beberapa tahun sahaja iaitu pada bulan April 2006 Skype mempunyai 100 juta pengguna yang telah mengunakan skype.

Keungulan

Penggunaannya yang mudah. Untuk pengguna yang telah biasa menggunakan menghantar-menerima mesej segera internet, perisian skype akan dirasakan mudah. Pengguna hanya diharuskan untuk memiliki komputer dengan spesifikasi teknikal tertentu, alat dengar (yang mempunyai mike dan speaker), serta sambungan internet.Kualiti suara yang lebih baik dibandingakan VoIP pendahulunya. Kegunaan asas perbualan telefon melalui komputer di mana-mana pengguna berada (dengan sambungan internet) secara percuma.

Kualiti suara yang lebih baik

Dalam hal kualiti suara yang lebih baik, hal ini mungkin terjadi kerana pasukan kerja Skype telah berjaya mengawal sumber-sumber yang terdapat dalam rangkaian. Sehingga meningkatkan kejayaan panggilan dan kualiti pada rangkaian Skype melebihi tahap POTS (Plain Old Telephony System: Sistem Telefon Tua Biasa) tanpa menggunakan pemusatan sumber yang mahal. Dengan memudahkan  sistem peranti nya, sistem ini membolehkan pengaplikasian yang mudah oleh sesiapa pun.

Traversal Firewall dan NAT (Network Address Translation)

Pelanggan-pelanggan yang tidak menggunakan firewall dan pelanggan-pelanggan yang sudah berada pada alamat-alamat IP awam yang terarah dapat membantu "hujung-penghubung" dari NAT berkomunikasi dengan mengarahkan panggilan. Hal ini membolehkan dua pelanggan yang awalnya tidak boleh berkomunikasi untuk berbicara satu sama lain, kerana isyarat panggilan di terjemahkan pada pengguna akhir yang satu dan pengguna akhir lain, sehingga kebimbangan akan risiko keselamatan atau privasi dapat diatasi. Bersamaan dengan hal ini, hanya proxi-proxi yang mempunyai "peruntukan" berlebih yang dipilih sehingga prestasi pada pengguna tidak terganggu. Beberapa teknik baru telah dibangunkan untuk mengelakkan konfigurasi firewall dan laluan kepada pengguna akhir, di mana setting konfigurasi yang tidak sensitif biasanya menghalang majoriti pengguna dalam berkomunikasi. Ringkasnya, Skype bekerja di belakang majoriti firewall dan laluan tanpa menggunakan tatarajah khusus.

Data dan Alat Pencari Pengguna Global Terdesentralisasi

Kebanyakan dari penghantar-penerima mesej segera (Instant Messenger) atau perisian komunikasi memerlukan bentuk data pencari terpusat yang bertujuan agar hubungan antara pengguna akhir berjaya dilakukan, di mana para pengguna akhir ini mempunyai nama pengguna statik kerana alamat IP-nya cenderung berubah. Perubahan ini berlaku apabila pengguna berpindah lokasi atau cuba mengaitkan diri kembali ke dalam rangkaian dengan menggunakan alamat IP dinamik. Kebanyakan dari alat komunikasi yang berasaskan internet, mencari dan mencari pengguna menggunakan pusat maklumat (central directory) di mana setiap nama pengguna dan nombor ipnya tercatat dan mencari tahu apakah setiap pengguna sedang dalam rangkaian (online) atau tidak. Pusat maklumat ini amatlah besar perbelanjaannya ketika penggunanya bertambah hingga berjuta-juta, dengan mendesentralisasikan infrastruktur yang memakan banyak sumber-sumber ini, skype berjaya memfokuskan sumber dayanya untuk membangunkan fungsi. Teknologi rangkaian P2P yang digunakan oleh aplikasi "berkongsi fail" (file-sharing) sebenarnya hampir sesuai untuk digunakan pada rangkaian desentralisasi yang digunakan oleh skype, namun rangkaian-rangkaian ini secara semulajadi telah terbahagi-bagi. Carian tidak dapat menghubungkan seluruh "hujung" yang terdapat di rangkaian. Sehingga untuk dapat berkomunikasi dengan kualiti telefon yang baik dengan kos serendah mungkin, diperlukan pembangunan generasi ketiga dari teknologi P2P ("3G P2P") atau dikenali juga dengan Indeks Global (Global Index) atau  IG , hal ini membuktikan sekali lagi pergeseran paradigma pada istilah " rangkaian yang mungkin ". Teknologi IG adalah rangkaian berlapis-lapis di mana antara penghubung-super (supernones) saling berkomunikasi dengan cara tertentu sehingga setiap penghubung dalam rangkaian mempunyai pengetahuan penuh akan setiap pengguna yang ada dan sumber-sumber yang digunakannya dalam  (rehat panggilan) seminima yang mungkin.


Pengarah lalulintas yang pintar (intelligent routing)

Dengan menggunakan seluruh sumber yang ada, Skype diibaratkan  mampu mengarah dengan sistematik panggilan panggilan yang terkode melalui seluruh jalur efektif yang mungkin dilalui. Skype bahkan memastikan pelbagai jalur-jalur penghubung tetap terbuka dan secara dinamik berpindah dan memilih laluan yang terbaik  dan hal ini menjadikan t Skype  menjadi perhatian masyarakat  kerana kesannya dalam mengurangkan rehat sambungan dan peningkatan kualiti panggilan dalam rangkaian.

keselamatan

Setiap panggilan dan mesej segera dikodkan oleh Skype pada hujung satu dan yang lain untuk melindungi privasi pengguna. Pengekodan ini perlu kerana semua panggilan  atau pertukaran maklumat disalurkan menggunakan kemudahan Internet untuk awam.
mudah digunakan

Dengan peranti yang mudah digunakan dan bukan menyulitkan pengguna,  semua penguna yang dapat menggunakan aplikasi Windows dan telefon kerana perisian ini boleh bekerja dengan baik dengan sistem operasi komputer saku (pocket PC), Windows 2000, Windows XP, Windows Vista , Pocket PC, Mac OS X and Linux.

kekurangan

Boleh juga kita klafikasikan Skype juga mempunyai kekurangannya,seluruh hubungan yang dilakukan melalui internet, skype juga mempunyai masalah yang sama dengan pendaftaran identiti pengguna. Pendaftaran boleh dilakukan tanpa menyerahkan pengenalan diri yang sah sehingga sebagai pengguna kita boleh memilih untuk tidak meggunakan nama asli dan di pihak yang sama kita berisiko untuk berkenalan dengan orang tanpa tahu identitinya. Hal ini terdedah kepada penipuan dan jenayah-jenayah lain.
     Kapasiti yang besar. Skype memakan 23MB kapasiti harddisk ketika dipasang, berbanding dengan penghantar mesej segera yang lain seperti Yahoo yang memakan kapasiti lebih kecil sekitar 10 - 15 MB.
     Terhalang oleh masa dan kesediaan orang yang memanggil dan yang dipanggil. Penggunaan skype dengan kaedah suara perlu dilakukan dengan rencana sebelumnya seperti membuat janji dengan orang yang dituju, kerana apabila orang yang dituju tidak siap (terhalang oleh perbezaan masa atau kesulitan sambungan Internet), maka niat untuk melakukan komunikasi langsung melalui suara boleh jadi sia-sia.

sejarah

     23 April 2003 Nama domain Skype.com dan Skype.net didaftar
     29 Ogos 2003 Versi beta awam pertama dikeluarkan
     15 Jun 2004 Keluaran beta versi 0.98.0.28
     27 Jun 2004 Credit SkypeOut dapat dibeli untuk pertama kalinya melalui laman web Skype
     27 Julai 2004 Keluaran versi 1.0 untuk Windows
     20 Oktober 2004 Pertama kalinya 1 juta pengguna Skype talian bersamaan
     14 Februari 2005 Pertama kalinya 2 juta secara online
     10 Mac 2005 SkypeIn Public Beta bermula
     11 Mac 2005 Software telah dimuat turun 84 juta kali dan 5.98 bilion minit bicara
     15 April 2005 Didownload lebih dari 100 juta kali
     18 Mei 2005 Tiga juta pengguna Skype talian bersamaan
     12 September 2005 Skype diakusisi laman lelong online, eBay.
  
Hak terpelihara.Dilarang Copy paste.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed


 
Powered by Blogger