TUGASAN 1
Modal RM1 juta.
Apakah jenis perniagaan yang hendak dijalankan? Mengapa?
Bagaimana untuk memastikan perniagaan anda UNTUNG?
Dengan adanya modal sebanyak RM1 juta saya akan membina
Komplek Sukan yang bertaraf antarabangsa di jalan UMS. Komplek Sukan tersebut
mengandungi beberapa gelanggang permainan untuk disewakan kepada orang ramai.
Antara gelanggang permainan yang disediakan ialah gelanggang futsal, badminton,
bola jaring, bola baling, bola keranjang, bola tampar dan beberapa jenis
permainan yang lain. Selain menyediakan gelanggang permainan, saya juga membuka
kedai pakaian dan peralatan sukan. Saya memilih perniagaan ini kerana ramai
golongan pelajar dan belia di kawasan jalan UMS terutamanya mereka yang tinggal
di UA1, UCA, UA2, taman sulaman dan Indah Permai. Selain itu, di sekitar
kawasan tersebut kurang kemudahan sukan yang terdekat. Sebelum ini orang ramai
perlu pergi ke pusat sukan di Yayasan Sabah, ini menyukarkan orang ramai
terutamanya golongan pelajar untuk mengunjungi pusat sukan tersebut kerana
masalah pengangkutan. Bagi memastikan perniagaan ini menguntungkan, saya akan
akan membuat analisis dari segi 4P iaitu Product, Price, Place dan Promotion. 4
aspek tersebut saling berkaitan antara satu sama lain. Produk/ perkhidmatan
yang ditawarkan mestilah berkualiti, harga juga mestilah setimpal dengan
produk/perkhidmatan yang pengunjung perolehi, tempat juga mestilah strategik
bagi memudahkan orang ramai untuk mengunjungi Komplek Sukan tersebut dan
promosi mestilah boleh menarik minat orang ramai untuk mengunjungi Komplek
sukan tersebut dan bagi golongan pelajar perlu diberi diskaun. Empat aspek
tersebut perlu diambil kira untuk memastikan kepuasan pengguna tinggi.
TUGASAN 2
Sila jawab soalan yang kedua pula iaitu BAGAIMANA untuk
memastikan perniagaan itu 100% UNTUNG? Apakah faktor2 yang perlu difikirkan
sebelum dan semasa juga setelah perniagaan itu dimulakan?
Bagi memastikan perniagaan ini 100% menguntungkan saya
akan sentiasa meningkatan perkhidmatan agar pengguna sentiasa tertarik dan
berpuas hati dengan kemduhan yang telah disediakan. Seperti yang saya telah
tekankan pada soalan yang pertama tadi, aspek yang paling penting sebelum dan
semasa menjalankan perniagaan ialah Produk, harga, tempat dan promosi.
Keempat-empat aspek tersebut perlu ditingkatkan dari masa ke semasa agar
perniagan yang dijalankan memberi kepuasan yang tinggi kepada pengguna
Produk/perkhidmatan yang diberikan mestilah berkualiti dan memjamin keselamatan
kepada pengguna. Harga pula mestilah berpatutan dengan produk/perkhidmatan yang
ditawarkan dan setimpal dengan perkhidmatan yang pengguna perolehi. Selain itu,
tempat juga mestilah strategik agar pengguna mudah mengunjungi tempat tersebut
serta menjadi tempat tumpuan pengguna. Promosi juga perlu dibuat agar menarik
minat pengguna untuk mengunjungi tempat tersebut. Antara promosi yang perlu
dibuat dengan memberi diskaun kepada pengguna. Selain 4 aspek tersebut, saya
juga akan membuat analisis SWOT iaitu dari segi Kekuatan, Kelemahan, Peluang
dan Ancaman. Saya akan menggunakan kekuatan yang ada pada produk yang
ditawarkan. Selain itu, saya juga akan sentiasa mengatasi kelemahan yang ada.
Saya juga akan mengambil kesempatan dengan adanya peluang untuk memberi
perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna dan saya akan mengatasi serta
mengelak dari segala ancaman yang akan mengganggu perniagaan saya.
TUGASAN 3
Apakah definisi teori multi modality? apakah yang
dimaksudkan multi modality instruction
Teori multi modality bermaksud kepelbagaian kaedah dalam pengajaran
dan pembelajaran. Manakala multi modality instruction bermaksud penggunaan
lebih daripada satu kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam Hal ini,
kepelbagaian kaedah P&P tersebut perlu mengambil kira aras kemampuan
pelajar, matapelajaran serta persekitaran pelajar. Ini kerana setiap kaedah
yang digunakan akan menghasilkan P&P yang berlainan. Peranan guru adalah
penting untuk memilih kaedah serta pendekatan yang bersesuai dengan kemampuan
pelajar agar maklumat yang disampaikan dapat serta mudah difahami oleh pelajar.
Dengan adanya kepelbagaian kaedah yang digunakan akan memudahkan pelajar
memahami perkara yang hendak disampaikan oleh guru dengan menggunakan kaedah
seperti iluterasi, visual, audio dan lain-lain.
TUGASAN 4
Sila respon untuk isu ini pula
i) Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran
ii) cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous
learning
iii) cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher
order thinking skills)
iv) cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial
pelajar.
v) cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan
kesedaran
i) Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran
Penggunaan Multimedia seperti video dapat memenuhi ciri
yang keenam daya ingatan seseorang dapat menyimpan iaitu 90%. Hal Ini kerana ia
mempunyai elemen-elemen teks, grafik, video, audio dan animasi yang boleh
dipersembahkan secara serantak dengan stail pembelajaran iaitu VARK- visual,
auditori, read & kinestetik. Dengan menggunakan video, pelajar akan lebih
tertarik serta berminat dengan stail pembelajaran sedemikian.
ii) Cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous
learning
Pembelajaran dan pengajaran ubiquitous boleh dilaksanakan
secara online. oleh itu, pelajar tidak perlu datang ke kelas kerana mereka
boleh membuat P&P dimana-mana sahaja mereka berada asalkan mereka boleh
membuat capaian seperti web 2.0.
iii) Cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills)
iii) Cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills)
Penggunaan video terutamaan dalam P&P dapat
menggalakan pelajar berfikir tentang apa yang terkandung di dalam video
tersebut. Pada kebiasaannya berkaitan dengan pembelajaran pemikiran tahap
tinggi (high-order thinking skills)
iv) cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial
pelajar.
Penggunaan video dapat meningkatkan kemahiran sosial dari
segi kreativiti, kepimpinan, motivasi dan pembelajaran koperatif. dalam hal
ini, pelajar akan lebih kreatif untuk mengaplikasikan penggunaan video
tersebut.
v) Cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan
kesedaran
Penggunaan video akan lebih menyedarkan terutamanya
pelajar tentang isu-isu semasa. contohnya tayangan video yang memaparkan
hukuman yang dikenaakan terhadap pesalah yang melakukan kesalahan seperti
membunuh, mencuri,meragut,membuli dan sebagainya.
TUGASAN 5
Apakah kekangan jika kita menggunakan video dalam kelas?
Penggunaan video dalam kelas memang boleh menarik minat
pelajar untuk menjalankan P&P. Pada masa yang sama terdapat kekangan atau
halangan yang timbul, antaranya ialah
1. masa
1. masa
Guru perlu menggunakan masa yang lama untuk membuat
persipan pemasangan alat-alat yang digunakan contohnya speaker, projector,
komputer dan sebagainya.
Tayangan video tersebut terlalu panjang. Hal ini
menyebabkan guru tidak mempunyai masa yang cukup untuk menghabiskan tayangan
tersebut.
2. Peralatan
Tidak semua sekolah mempunyai peralatan ICT yang
mencukupi. Keadaan ini menyebabkan perancangan guru untuk menggunakan video
adalah terhad
3. Bekalan elektrik
Di sekolah pedalaman tidak mempunyai bekalan elektrik yang
mencukupi.hal ini akan menyebabkan penggunaan video tidak dapat dijalankan
dengan baik
4. Kemahiran
Tidak semua guru mahir dalam menggunakan peralatan ICT. Keadaan
ini akan menyukarkan guru tersebut untuk memasang peralatan ICT serta
mengendalikan P&P dengan menggunakan video.
5. Penyampaian
Kadang-kadang pelajar tidak faham tentang apa yang hendak
disampaikan di dalam video tersebut. Penggunaan bahasa dalam video tersebut
juga akan menyukarkan pelajar untuk memahami perkara yang hendak disampaikan.
TUGASAN 6
Bagaimana mengguna video dalam kelas? sebelum, semasa dan
selepas
Penggunaan video di dalam kelas memerlukan seseorang guru membuat
perancangn iaitu sebelu, semasa dan selepas
1. SEBELUM
Guru perlu memastikan peralatan seperti projector, Sperker dan komputer
berfungsi dengan baik. kemudian kita pasangkan peralatan tersebut.
2. SEMASA
Guru perlu membuat set induksi dan menerangkan secara ringkas tentang
tayangan video tersebut. selepas itu guru boleh memulakan tayangan tersebut.
semasa tayangan juga guru perlu memantau keadaan pelajar di dalam kelas serta
menyuruh pelajar membuat catatan tentang perkara yang di dalam video tersebut.
3. SELEPAS
Guru perlu menutup semua peralatan yang digunakan serta memastikan semua
peralatan masih dalam keadaan baik. selain itu, sebelum kelas tamat guru perlu
membuat perbincangan tentang perkara yang terdapat di dalam video terbut. guru
boleh membuat perbincangan secara soal jawab. selepas itu, guru perlu membuat
penutupan dan rumusan tentang video tersebut.
TUGASAN 7
Assignment manipulatives
Soalan 3
Sesi pengajaran boleh dilakukan dengan menggunakan Model.
Model merupakan perwakilan 3D bahan-bahan sebenar. Model boleh dalam bentuk
sama saiz dengan objek atau lebih kecil daripada objek sebenar. Model adalah
binaan rupa bentuk bahan atau benda asal yang mungkin diperbuat daripada bahan
keras seperti tanah liat, plastisin dan getah. Contohnya guru mengajar tajuk
sistem barter dalam mata pelajaran perdagangan, guru boleh menunjukkan model
barangan dan melakukan pertukaran model barangan tersebut. Hal ini boleh
memudahkan pelajar memahami konsep sistem barter dan cara sistem barter
dilaksanakan.
Soalan 4
Soalan 4
Pengajaran tajuk Insurans Am, contohnya insurans motor
dalam mata pelajaran perdagangan boleh dilakukan dengan melawat ke Persatuan
Insurans Am Malaysia (PIAM). Dalam hal ini, pelajar boleh melihat antara
jenis-jenis insurans am di PIAM. Antara laman web yang boleh digunakan ialah
seperti berikut:
TUGASAN 8
Jawab lima soalan ini dengan ringkas sahaja ya.
1) apakah yang dimaksudkan dengan video literasi?
2) Nyatakan lima konsep utama menonton dan menghasilkan
video.
3) Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan
dengan aplikasi video?
4) Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video
dalam pendidikan menyokong pembelajaran pelajar?
5) Nyatakan proses untuk memilih dan menilai video bagi
penggunaan video dalam bilik darjah.
1.
Literasi video menjurus kepada ilmu pengetahuan dan kaedah
yang diperlukan untuk menggunakan atau menonton video secara berfaedah serta
menghasilkan video.
2.
Lima konsep utama menonton dan menghasilkan video ialah:
a) Penulis
membina mesej.
b) Format untuk
setiap mesej adalah unik.
c) Setiap
penonton menginterpretasi mesej itu secara berlainan.
d) Nilai dan
pandangan adalah sebahagian daripada mesej.
e) Sebahagian
besar mesej dibina untuk menerangkan tujuan yang tertentu.
3.
Pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi
video untuk memperkenalkan sesuatu topik, mengulas isi kandungan, memberi
pemulihan dan mencadangkan pengayaan. Video adalah bersesuaian dengan hampir
semua topik untuk semua jenis pelajar dalam semua domain pengajaran.
4.
4 jenis video dalam pendidikan yang menyokong
pembelajaran pelajar adalah seperti berikut:
a)
Dokumentasi (Documentary)
Memberitahu cerita benar tentang situasi dan watak
sebenar.
b)
Dramatization
Menarik perhatian pelajar dan satu tempat yang baik untuk
membina sikap dan perangai pelajar yang positif seperti keyakinan diri dan
bekerjasama.
c)
Video storytelling
Memberi peluang kepada pelajar supaya kreatif semasa
menulis, literasi visual dan kaedah penghasilan video. Matlamatnya ialah
mengajar pelajar supaya menyuarakan idea melalui cerita.
d)
Virtual field trips
Membawa pelajar ke tempat yang mungkin mereka tidak boleh
pergi, contohnya hutan di Papua New Guinea.
5.
Proses untuk memilih dan menilai video bagi penggunaan
video dalam bilik darjah adalah memilih video daripada sumber yang dipercayai.
Jika video dipilih dengan teliti, bahan tajaan akan menjadi bahan tambahan
bernilai dalam pengajaran bilik darjah. Selepas memilih video, gunakan alat
penilaian untuk menilai kesesuaian dengan pengajaran. Borang penilaian boleh
menolong guru untuk memilih bahan yang mendorong pembelajaran pelajar.
TUGASAN 9
Sila refleks tentang proses dan ciri-ciri reka cipta
visual
Elemen grafik bermakna bahan-bahan asas yang digunakan
untuk membentuk sesuatu komposisi visual; sama ada seperti rumah yang dibentuk
daripada bahan-bahan asas seperti kayu, simen, paku dan sebagainya. Antara
elemen grafik ialah;
1.
Ruang
Ruang adalah Keluasan
yang disediakan bagi sesuatu visual, sama ada sebesar kertas A4, kertas menila
mahupun seluas padang bola. Tanpa satu ruang, sesuatu visual tidak boleh
dihasilkan. Ruang perlu digunakan dengan saksama supaya reka bentuk menarik
dipandang. Ruang terbahagi kepada dua jenis;
a)
Ruang Positif – Ruang yang digunakan.
b)
Ruang Negatif – Ruang yang kosong.
2.
Garisan
Garisan adalah
satu elemen yang paling ringkas dan amat mustahak. Tanpanya tidak akan wujud
gambaran objek, manusia, suasana dan lain-lain lagi. Ia boleh didapati dalam
bentuk dua dimensi dan tiga dimensi, adalah seperti tali. Fungsi garis ialah:
a)
Menunjukkan pergerakan dan arah atau aliran, seperti
aliran sungai, tiupan angin, arah larian dan lain-lain.
b)
Menunjukkan suasana aman atau ganas seperti letupan.
c)
Menunjukkan kemegahan dan kekuatan.
d)
Menunjukkan kekusutan.
e)
Melukis objek atau benda.
f)
Menghubungkan antara satu elemen dengan elemen yang lain.
3.
Permukaan
Sesuatu
permukaan boleh dirawat dengan memberi warna dan tekstur. Permukaan yang kasar
atau licin akan memberi kesan ke atas rupa garisan yang dibuat diatasnya. Garis,
warna dan tekstur yang berbeza memberi kesan yang tertentu ke atas permukaan.
Kesemuanya perlu disatukan dengan wajar supaya permukaan kelihatan menarik.
4.
Bentuk dua dimensi
Bentuk dua
dimensi mempunyai hanya dimensi panjang dan lebar seperti sekeping kertas.
Terdapat tiga jenis bentuk dua dimensi:
a)
Bentuk geometri
b)
Bentuk abstrak
c)
Bentuk gambaran
5.
Bentuk tiga dimensi
Bentuk tiga
dimensi mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi. Bentuk ini boleh didapati
dalam dua kategori, iaitu bentuk tiga dimensi sebenar dan bentuk tiga dimensi
tiruan.
Prinsip visual berkaitan dengan kaedah atau cara
menggunakan elemen-elemen grafik supaya visual yang dihasilkan menarik dan
berkesan. Terdapat enam prinsip grafik iaitu:
1.
Simplisiti
Simplisiti
bermaksud sesuatu rekaan haruslah memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas.
Cara yang terbaik ialah dengan mempersembahkan satu perkara pada satu masa.
2.
Dominan
Dominan boleh
disama ertikan dengan pusat penumpuan atau minat. Terdapat pelbagai cara untuk
mencapai dominan. Antaranya ialah:
a)
Menggunakan Peraturan Satu Pertiga (Rule of Third).
b)
Warna dan bentuk yang kontras.
c)
Saiz yang lebih besar.
d)
Menggunakan anak panah yang menunjuk ke arah item utama.
e)
Menggunakan garis-garis yang menunjuk ke arah item utama.
f)
Mewujudkan gerakan dalam rekaan visual seperti pergerakan
cecair, guli atau kipas.
g)
Menggunakan lampu atau cahaya yang memancar.
3.
Pola
Pola atau corak
berkaitan dengan soal susunan item-item dalam sesuatub rekaan visual. Aspek
susunan ini amat dititikberatkan kerana ia dapat:
a)
Menarik penglihatan mata ke arah item yang utama.
b)
Menggerakkan penglihatan mata pada keseluruhan visual
dalam arah yang betul.
c)
Mengekalkan penglihatan mata dan seterusnya mengikuti
aliran persembahan sehingga sampai kepada titik akhir.
4.
Seimbang
Terdapat dua
jenis seimbang:
a)
Seimbang formal
Pembahagian yang sama bahagi (bisymmetrical) antara dua
bahagian visual.
b)
Seimbang tidak formal
Pembahagian yang tidak sama rata (asymmetrical) antara
dua bahagian visual.
5.
Variasi
Variasi
menyokong pola untuk meningkatkan tarikan terhadap visual.
6.
Harmoni
Harmoni
memberikan rasa yakin dan pasti kepada penonton/pembaca kerana mereka dapat
melihat hubungan antara elemen-elemen, arah aliran persembahan, perspektif dan
kesatuan mesej.
0 comments:
Post a Comment