Sunday 30 December 2012

ZAMRY ANAK BULI (PT122296CT)


TUGASAN 1

Dengan modal 1 juta saya akan buka kedai fotostat dan print disini. Ini kerana disini terdapat ramai pelajar sama ada pelajar swasta atau awam, Terutamanya pelajar UMS sendiri. Kemudahan untuk fotostat nota, assignment atau buku adalah sangat diperlukan.
untuk memastikan perniagaan saya untung, saya kena buka kedai saya lebih awal dan tutup lewat malam. Ini kerana, dari apa yang saya lihat, pelajar yang ingin menggunakan perkhidmatan fotostat ini tidak mengira waktu. Awal pagi sebelum kuliah atau tengah malam. Kalau dah masa gawat, waktu subuh, masih gelap pun ada pelajar yang mencari kedai untuk print assigment. Jadi saya dapat bayangkan bahawa perniagaan ini amat menguntungkan disini.


TUGASAN 2

Usaha tangga kejayaan. Saya percaya dengan usaha berterusan, setiap keinginan itu akan tercapai. Disamping itu, kejujuran dalam menjalankan perniagaan amat penting kerana dengan kejujuran akan menarik lebih ramai pelanggan. kemesraan perlu diutamakan supaya pelanggan sentiasa suka datang. dengan kata lain pelanggan perlu diutamakan kerana pelanggan lah yang akan menentukan kejayaan perniagaaan kita. Tanpa pelanggan, perniagaan itu akan gagal. Sebelum memulakan perniagaan perancangan yang perlu adalah menentukan kumpulan sasaran dan potensi untuk perniagaan itu berjaya di kawasan yang dikehendaki. Semasa menjalankan perniagaan, promosi perlu dibuat secara berterusan. kebajikan pelanggan perlu dijaga. pandangan serta komen pelanggan perlu diambil kira. Setelah perniagaan dijalankan, penambahbaikan perkhidmatan perlu dipertingkatkan. Sebab itu pendapat pelanggan perlu diambilberat. ini dapat menjamin kejayaan perniagaan untuk jangka panjang.







TUGASAN 3

Pada pendapat saya, multi modality bermakna seorang guru perlu mempunyai kebolehan yang pelbagai. dengan kata lain seorang guru perlu tahu menggunakan kaedah pengajaran yang berbeza untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza


TUGASAN 4

Sila respon untuk isu ini pula
i) Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran
ii) cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning
iii) cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills)
iv) cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar.
v) cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran

i)menambah minat pelajar dengan menyediakan grafik yang menarik
ii)boleh digunakan dimana-mana sahaja dan memudahkan pengulangan
iii)meningkatkan kemahiran berfikir pelajar kerana pelajar dapat melihat sendiri berbanding penerangan guru yang memerlukan pelajar membayangkan situasi-situasi tertentu yang diterangkan oleh guru
iv)penggunaan video akan mengurangkan kemahiran sosial pelajar, menyebabkan pelajar kurang berinteraksi dengan rakan-rakan dan juga guru
v)kesedaran akan meningkat. sebagai contoh; kesan penggunaan dadah. dengan pembelajaran menggunakan video, pelajar dpat melihat kesan sebenar penyalahgunaan dadah.






TUGASAN 5

Apakah kekangan jika kita menggunakan video dalam kelas?

kekangan dari segi peralatan melibatkan kos yang tinggi. bukan semua sekolah mempunyai skrin dalam setiap kelas. penggunaan video di sesetengah sekolah terutamanya di luar bandar memaksa guru membawa pelajar ke bilik khas seperti pusat sumber. hal ini menyebabkan pembaziran masa berlaku. pemasangan peralatan juga memerlukan masa. tambahan lagi, pemasangan skrin di dalam kelas akan membawa risiko skrin dirosakkan oleh pelajar. Walau bagaimanapun perkara ini dapat diatasi sekiranya terdapat pengawasan yang rapi oleh pihak guru dan sekolah amnya. bilik kelas yang sentiasa berkunci, atau penyediaan peti keselamatan di dalam kelas perlu untuk menyimpan peralatan tersebut supaya guru tidak perlu memanggil pelajar untuk mengambil peralatan dari bilik guru setiap kali ingin menggunakannya. ini dapat mengurangkan pembaziran masa.


TUGASAN 6

Bagaimana mengguna video dalam kelas? sebelum, semasa dan selepas

Sebelum kelas;
 memastikan peralatan berfungsi dengan baik, bunyi serta paparan yang jelas didengar dan dilihat oleh pelajar terutama yang duduk di belakang kelas.

Semasa kelas;
 memastikan pelajar memberi perhatian kepada video, mengawal pelajar supaya tidak mengganggu peralatan video yang digunakan dan memberi tambahan kepada penerangan yang terdapat dalam video.

Selepas kelas;
memastikan peralatan dibuka dan disimpan dengan elok dan selamat

TUGASAN 7

Assignment manipulatives

Kemahiran manipulatif ini melibatkan gerakan dan koordinasi antara anggota badan yang seterusnya akan mengembangkan kemahiran motor mereka, koordinasi mata tangan, meningkatkan daya tumpuan, menambah persepsi visual, dan dapat mengukuhkan konsep saiz, bentuk, warna dan corak..Manipulatif adalah berkaitan hubungan dengan objek sama ada mengenakan tindakan atau menerima gerak balas darinya. Oleh itu anggota kaki dan tangan merupakan anggota yang paling kerap digunakan dalam kemahiran manipulatif. Penggunaan tangan dalam kemahiran manipulatif dapat dilihat misalnya dalam aktiviti menulis, mewarna atau memegang objek.Bagi meningkatkan kemahiran manipulatif kanak-kanak, guru seharusnya membuat perancangan ruang yang baik dalam menggunakan sumber yang sedia ada di sekolah. Guru harus mengenal pasti tempat serta peralatan yang sesuai dan boleh digunakan untuk melatih kemahiran manipulatif

















TUGASAN 8

Jawab lima soalan ini dengan ringkas sahaja ya....
1) apa kah yang dimaksudkan dengan video literasi?
2) Nyatakan lima konsep utama menonton dan menghasilkan video.
3) Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video?
4) Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video dalam pendidikan menyokong pembelajaran pelajar?
5) Nyatakan pros

1)Literasi video bermaksud pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk mengambil video atau pandangan bermakna untuk menghasilkan video. Penggunaan video dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang mana video pembelajaran ini boleh didefinisikan sebagai gabungan bunyi dan visual yang direkod ke dalam pita video dan dimainkan melalui kaca TV di dalam bilik darjah.
2) Menonton :
a. siapa yang mencipta mesej ini?
b. teknik kreatif apa yang digunakan untuk menarik perhatian saya?
c. bagaimana mungkin pelbagai orang memahami mesej ini berbeza?
d. apakah nilai, gaya hidup, dan mata pandangan yang ditinggalkan?
e. apakah tujuan mesej?

Menghasilkan video :
a. apa yang saya karang atau hasilkan?
b. adakah mesej mencerminkan pemahaman dalam format, kreativiti dan
teknologi?
c. adakah mesej saya menarik perhatian penonton sasaran saya?
d. adakah saya jelas dan konsisten berkenaan dengan rangka nilai, gaya hidup, dan
pandangan dalam mesej saya?
e. adakah maksud yang ingin saya sampaikan berkesan?

3)Penggunaan video sebagai bahan bantu mengajar memberikan satu pengalaman baru kepada sebilangan pelajar. Media video dan televisyen dapat membawa pelajar ke mana-mana sahaja, terutama sekali jika tempat atau peristiwa yang ditayangkan itu terlalu jauh untuk dilawati, atau merbahaya. Dengan penayangan video, pelajar dapat merasa seolah-olah mereka berada atau turut serta dalam suasana yang digambarkan. Sebagai contoh, proses penjanaan elektrik dapat ditunjukkan kepada pelajar melalui video. Ianya dapat membantu pelajar membayangkan cara kerja stesen janakuasa elektrik di samping memberi pengalaman kepada para pelajar secara visual.

4) a. Video dokumentari - merupakan video yang digunakan untuk dokumentari sebenar seperti
haiwan-haiwan di Afrika. Contohnya National Geographic channel.
b. Video Dramatris : Video yang membawa pelajar untuk berilusi melepasi pemikiran logik.
c. Video Penceritaan : Video yang menceritakan tentang sesuatu perkara.
d. Video Virtual : Video yang membawa pelajar ke tempat yang tidak dapat di kunjungi oleh
pelajar dalam masa terdekat.

5) Ciri-ciri video pendidikan yang berkesan iaitu:
a. Mencapai matlamat/objektif pembelajaran
b. Membantu peningkatan proses pembelajaran pelajar dari aspek kesan bunyi, penggunaan
grafik, penggunaan animasi dan penggunaan warna.
c. Kandungan mestilah sesuai dengan pembelajaran mudah difahami dan mencapai
objektif yang ditetapkan.
d. Pemilihan media mestilah bersesuaian dengan kos alatan, senang dikendalikan dan tidak membebankan.
e. Persembahan video berupaya menunjukkan konsep kemahiran motor melibatkan
pergerakan.
f. Reka bentuk skrin paparan yang sesuai dapat meningkatkan minat pelajar. Warna latar
belakang yang digunakan juga perlulah sesuai.
g. Integrasi teks bermaklumat, integrasi grafik yang menarik perhatian, integrasi animasi
berilmu, integrasi audio menarik perhatian dan integrasi video tepat dan sesuai mampu
menarik minat pelajar. Penggunaan video boleh menggalakkan perkembangan kreatif dan
kritikal.
h. Bahan pembelajaran berkesan dapat menggalakkan berlaku pemindahan pembelajaran
kerana konsep-konsep dapat ditangkap dengan lebih jelas lagi. Ia dapat mengembangkan
kebolehan berkomunikasi kerana melalui alat bantu mengajar, interaksi antara pelajar-
pelajar digalakkan. Topik yang dipaparkan oleh media mestilah relevan dan memenuhi sukatan.
Ini membolehkan pelajar berupaya mencerna fikiran.
i. Aktiviti pembelajaran dipelbagaikan dengan melakukan pelbagai aktiviti sebelum, semasa dan selepas media yang digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar mempunyai sikap positif terhadap pembelajaran mereka dengan penggunaan video.
j. Penggunaan grafik mestilah menarik dengan penggunaan warna menarik dan penggunaan
animasi menarik. Selain itu, jenis bunyi mestilah sesuai dan menarik.
k. Meransang perkembangan kognitif dan psikomotor pelajar.





















TUGASAN 9

Sila refleks tentang proses dan ciri-ciri reka cipta visual

Pembelajaran menggunakan visual merupakan proses pembelajaran yang melibatkan objek-objek visual yang memberikan rangsangan kepada individu untuk meneroka maklumat-maklumat baru. Pemahaman serta tafsiran ini akan diterjemahkan daripada berbentuk gambaran kepada bentuk perkataan atau lisan ataupun perbuatan.
Literasi visual mendidik pelajar mengenai cara-cara untuk menterjemahkan sesuatu gambaran kepada bentuk-bentuk yang boleh di baca atau dalam bentuk grafik yang boleh difahami umum. Ia juga membolehkan pelajar untuk mencipta mesej-mesej tertentu melalui penghasilan visual yang bersesuaian dan mudah difahami umum.
Pelajar membuat tafsiran dan pemahaman mengenai visual yang dipaparkan dan pengajar membimbing pelajar agar tafsiran dan pemahaman tersebut mengikut objektif pembelajaran.

Pisual adalah alat komunikasi yang dapat menyediakan rujukan konkrit yang lebih baik daripada penyataan secara lisan atau bertulis. ini bermakna fungsi utama visual adalah untuk meningkatkan komunikasi dalam pengajaran. keberkesanan bahan visual bergantung kepada kualiti yang ada pada visual tersebut. maka reka bentuk visual (design of visual) amat penting. terdapat 3 bentuk visual iaitu fotografik, elektronik, dan grafik. fotografik dan elektonik menyediakan ilustrasi melalui gambar, sejenis visual yang mewakili realiti dalam keadaan yang paling realistik, iaitu menyerupai sesuatu subjek atau situasi yang sebenar. manakala bahan grafik pula menyediakan ilustrasi secara artistik atau simbolik yang terdiri daripada 2 kategori visual iaitu visual analogik (cth: kartun) dan visual organisasi (cth: peta,graf, dsb)

Terdapat 6 prinsip grafik iaitu simplisiti, dominan, pola, seimbang, variasi danharmoni.
Selain daripada memiliki 6 prinsip tersebut, ciri-ciri visual yang baik juga perlu ;
1. mudah dibaca dan difahami
2. elemen warna yang menarik, dan
3. penggunaan huruf yang menarik dan mudah dibaca


LITERASI MAKLUMAT

Keupayaan mendapat makna daripada maklumat.
Keupayaan mendapatkan maklumat yang relevan sesuai dan berguna dengan berkesan dan cekap.
Mengolah data kepada maklumat dan ilmu yang berguna untuk kepentingan sejagat dan dapat menyelesai masalah dan buat keputusan.
Seseorang yang “Information-Literate” boleh :
Mengakses maklumat secara efisien dan berkesan.
Menilai maklumat secara kritis dan cekap.
Mengguna maklumat secara kreatif dan berkesan.
Berusaha mendapatkan maklumat berhubung dengan kepentingan peribadi, akademik dan kerjaya.
Menghargai dan seronok dengan bahan-bahan sastera dan penulisan kreatif.
Berusaha ke arah kecemerlangan dalam mendapatkan maklumat dan penjanaan ilmu.
Menyedari kepentingan maklumat dalam masyarakat demokratik.
Mengamalkan tingkah laku yang baik (etika) berhubung dengan maklumat dan IT.




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

ZACLIND UGIN (PT122292CT)


TUGASAN 1

Modal RM1 juta.
Apakah jenis perniagaan yang hendak dijalankan? Mengapa?
Bagaimana untuk memastikan perniagaan anda UNTUNG?

Pada pendapat saya, perniagaan yang sesuai untuk dijalankan ialah bengkel membaiki kereta. ini adalah kerana jarang terdapatnya bengkel membaiki kereta yang terdapat di kawasan ini. bagi memastikan keuntungan perniagaan saya ini, saya akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan saya selain meletakkan dengan harga yang berpatutan. selain itu pengambilan pekerja juga haruslah yang bertauliah dan berdisplin.


TUGASAN 2

Tahniah... ramai yang dah respons tentang jenis perniagaan yang hendak dijalankan dan beberapa sebab telah diutarakan....
Sila jawab soalan yang kedua pula iaitu BAGAIMANA untuk memastikan perniagaan itu 100% UNTUNG? Apakah faktor2 yang perlu difikirkan sebelum dan semasa juga setelah perniagaan itu dimulakan?

Bagi memastikan perniagaan saya mendapat keuntungan, saya akan memasikan lokasi yang akan digunakan adalah strategik dan mudah untuk dikunjungi. oleh kerana terdapatnya banyak persaingan daripada perniagaan yang sama, saya akan memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti agar pelanggan berpuasa hati terhadap perkhidmatan yang diberikan selain harga yang berpatutan. saya juga akan memastikan setiap peralatan yang ditempah dan dibeli daripada pihak lain adalah murah tapi berkualiti. disiplin pekerja juga saya amat titikberatkan dengan hanya mengambil pekerja yang bertauliah dan berpengalaman.






TUGASAN 3

Apakah definisi teori multi modality? apakah yang dimaksudkan multi modality instruction.

Multy modality...pada pendapat saya, teori ini didefinisikan sebagai satu kaedah atau pola yang digunakan oleh guru dalam menyusun kurikulum, material pembelajaran yang akan digunakan dan memberi petunjuk kepada guru di dalam kelas untuk setkan pembelajaran pelajar-pelajarnya. satu set model yang baik haruslah memiliki kriteria seperti mempunyai prosedur ilmiah, hasil pembelajaran yang spesifik, mempunyai hasil kriteria belajar serta mempunyai proses pembelajaran yang jelas dan terperinci.


TUGASAN 4

Apakah kekangan jika kita menggunakan video dalam kelas?

Walaupun penggunaan video banyak membantu dalam proses p&p, namun terdapat kekangan dalam penggunaan video seperti kekurangan panduan dan piawaian yang dapat dijadikan rujukan apabila mereka bentuk skrin yang sering menimbulkan masalah. Terdapat aplikasi video pendidikan masa kini yang terlalu memberi tumpuan pada reka bentuk skrin yang menarik sehingga melupakan isu sebenar yang perlu ditekankan iaitu maklumat serta strategi penyampaian yang perlu digunakan. Selain itu kebanyakan guru kurang diberikan pendedahan dalam perkembangan dan kemajuan teknologi multimedia oleh itu guru perlu memiliki minat, pengetahuan, kemahiran dan kepakaran bagi menguruskan teknologi supaya kelebihan yang ditawarkan oleh teknologi dapat dimanfaatkan secara optimum dan mereka tidak sepatutnya bergantung pada apa yang telah disediakan semata-mata. Lama kelamaan, guru akan bergantung penuh kepada penggunaan video, dan kurang kreatif dalam pemyampaian pengajaran di dalam kelas.






TUGASAN 5

Bagaimana mengguna video dalam kelas? sebelum, semasa dan selepas

Proses menghasilkan aplikasi video untuk pendidikan perlu dilakukan secara sistematik dan menyeluruh. Daripada proses menyediakan bahan dan media, proses mereka bentuk skrin, mereka bentuk strategi pembelajaran, menguji ketepatan isi kandungan pelajaran, proses pengujian dan penilaian dan seumpamanya, kesemuanya perlu dilaksanakan secara sistematik. Justeru itu, bagi memastikan aplikasi yang dihasilkan benar-benar berkualiti, ia akan mengambil masa.   Apa yang penting ialah guru tersebut harus memastikan video yang dihasilkan dapat menarik minat pelajar mengikuti pembelajaran tersebut.


TUGASAN 6

Assignment manipulatives

Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan di dalam subjek atau mata pelajaran tertentu yang membolehkan murid melakukan aktiviti dengan baik dan berkesan. Misalnya dalam mata pelajaran sains, pelajar akan dapat menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul, menyimpan peralatan dan bahan dengan betul dan selamat, membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul, mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat dan melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat. Penguasaan kemahiran manipulatif oleh bakal guru amat penting bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran amali sains di sekolah kelak. Seorang guru perlu memiliki pengetahuan dan menguasai keseluruhan kemahiran manipulatif agar dapat membimbing pelajar menjalankan ativiti penyiasatan mereka dengan efektif dan sistematik. Guru juga perlu mengamalkan teknik-teknik amali dengan baik seterusnya dapat membimbing pelajar ketika menjalankan amali. Misalnya dalam mata pelajaran matematik pula, contoh bahan manipulatif ialah kit manipulatif yang terdiri daripada papan geo, blok Dienes, rod Cruisenaire dan blok asas sepuluh.




TUGASAN 7

Jawab lima soalan ini dengan ringkas sahaja ya…

1)    Apakah yang dimaksudkan dengan video literasi?
2)    Nyatakan lima konsep utama menonton dan menghasilkan video.
3)    Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video?
4)    Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video dalam pendidikan menyokong pembelajaran pelajar?
5)    Nyatakan proses untuk memilih dan menilai video bagi penggunaan video dalam bilik darjah?

Jawapan 1:
Literasi video merangkumi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk mengambil atau dalam erti kata lain yang bermaksud melihat dan seterusnya untuk menghasilkan video.

Jawapan 2:
Lima konsep teras dan asas untuk memahami literasi video adalah;
i) seorang pengarang membina mesej,
ii) format adalah unik untuk setiap mesej,
iii) setiap penonton akan menafsirkan mesej yang berbeza-beza,
iv) titik pandangan dan nilai-nilai adalah sebahagian daripada setiap mesej, dan
v) mesej yang dihasilkan atau dibina adalah untuk menggalakkan tujuan tertentu

Jawapan 3:
Konsep asas dalam penghasilan video juga memainkan peranan penting untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam video literasi. Dalam menghasilkansesuatu video ia memerlukan pelajar untuk melibatkan diri dalam kemahiran pemikiran tinggi-perintah untuk mula merancang format yang akan 'memberitahu cerita' dan kemudian membangunkan, mengedit, dan menilai video terakhir untuk memastikan mesej yang dimaksudkan dapat dikongsi.selain itu, teras konsep ialah memberi panduan bagaimana pelajar menghasilkan video.

Jawapan4:
Terdapat empat jenis video yang biasa digunakan dalam pembelajaran pelajar iaitu, dokumentari, drama, video penceritaan, dan video dalam bidang alam maya.  Video yang berbentuk dokumentari merupakan video yang menayangkan tentang peristiwa sebenar atau cerita sebenar berkenaan dengan alam sekeliling dan manusia. Matlamat dokumentari adalah untuk mengajar pelajar untuk mendapatkan pengalaman melalui cerita sebenar yang berlaku.
Manakala, drama pula ialah merupakan video yang menayangkan tentang lakonan berkaitan peristiwa yang pernah berlaku atau kisah-kisah yang dilakonkan semula.  Melalui video ini pelajar akan lebih memahami dan menghayati tentang sesuatu penceritaan melalui tayangan video tersebut.  Video penceritaan pula merupakan video yang akan menayangkan tentang kitaran hidupan contohnya kitaran atau kisah hidupan haiwan kerana ia dapat member hiburan dan maklumat yang berguna. Melalui tayangan video ini, ia dapat member satu pengalaman baru yang berguna kepada pelajar untuk memahami sesuatu perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Video yang berbentuk alam maya pula dapat membantu pelajar untuk menjelajah ke sesuatu tempat tanpa pergi ke tempat tersebut. Misalnya, jika pelajar tersebut ingin mengetahui hidupan laut, pelajar tersebut hanya perlu melayari internet tanpa pergi tempat tersebut.

Jawapan5:
Terdapat dua langkah yang boleh dilakukan dalam proses memilih dan dan menilai video dalam bilik darjah. Langkah pertama ialah dengan mengintegrasikan sumber-sumber yang berguna adalah untuk mencari video yang langsung sejajar dan menyokong pencapaian objektif pelajaran anda.langkah kedua ialah untuk menilai video yang dipilih untuk memastikan bahawa ia sebenarnya menjajarkan kepada matlamat anda dan akan memenuhi keperluan pelajar anda.









TUGASAN 8

Soalan: Sila refleks tentang proses dan ciri-ciri reka cipta visual

Terdapat lima elemen dalam visual dan multimedia seperti, tesk, grafik, audio, video dan animasi. Selain itu interaktiviti juga diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi dan menerusi penggunaan reka cipta visual. Penggunaan reka cipta visual dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah memainkan peranan penting dalam membantu guru menyampaikan pengajarannya dengan lebih mudah dan berkesan. Di samping itu, proses pengajaran dan pembelajaran juga menjadi lebih menarik dan seronok yang secara tidak langsung akan menarik minat pelajar untuk mengikuti pembelajaran di dalam bilik darjah. Hal ini kerana penggunaan reka cipta dalam P&P dapat membantu meningkatkan motivasi pelajar, mewujudkan suasana baharuan dan beraneka, menarik perhatian pelajar pelbagai kebolehan, menggalakkan penyertaan pelajar secara aktif, meneguhkan pembelajaran tanpa membosankan, meluaskan skop pengalaman pelajar dan menjamin pemikiran pelajar yang teratur dan berkesinambungan. Penggunaan reka cipta visual dalam P&P akan menukarkan peranan guru kepada fasilitator pembelajaran. Visual boleh digunakan dalam pelbagai situasi P&P misalnya, memperkenalkan topik baru, menjelas, menginterpretasi dan mengukuhkan idea, konsep atau prinsip, mendemonstrasi sesuatu kemahiran, amalan atau siri tindakan dan sebagainya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

YATY ANAK MAMAT (PT122288CT)


Tugasan 1

Perniagaan Jalan UMS
Modal RM1 juta. Apakah jenis perniagaan yang hendak dijalankan? Mengapa? Bagaimana untuk memastikan perniagaan anda UNTUNG?

Dengan bermodalkan RM1 juta, saya akan membuka satu kedai makan berhampiran dengan kampus yang turut disediakan dengan perkhidmatan mencetak supaya memudahkan pelajar mencetak maklumat selepas waktu kuliah. Saya memilih menjalankan perniagaan kedai makan kerana saya percaya ia akan menjadi tumpuan pelajar di situ sbelum atau selepas waktu kuliah. Untuk memastikan perniagaan saya sentiasa mendapat keuntungan saya akan sentiasa mempelbagaikan menu yang dihidangkan dan juga memastikan makanan yang disajikan dalam keadaan yang bersih, sedap dan selamat dimakan. Bagi perkhidmatan mencetak pula, saya akan menawarkan harga yang murah untuk pelajar supaya tidak membebankan pelajar, dengan cara itu saya percaya pelajar akan memilih kedai saya untuk kepuasan mereka.
Untuk memastikan perniagaan saya untung, saya akan menyajikan makanan seperti lauk pauk yang membuka selera pelanggan dan mempelbagaikan menu setiap hari disamping memberikan harga yang berpatutan dan memberikan layanan yang mesra kepada pelanggan untuk menarik minat pelanggan supaya sentiasa mengunjungi kedai saya. Dengan ramainya pelanggan yang datang, saya bakal mengaut keuntungan yang berlipat ganda. Sebelum memulakan perniagaan saya akan memikirkan apa jenis makanan yang paling digemari masyarakat atau pelajar berdekatan supaya senang untuk saya menyediakan jenis makanan tersebut dan faktor untuk mempromosikan kedai makan dan kedai cetak saya, semasa perniagaan dijalankan pula faktor yang penting ialah untuk memastikan tahap kebersihan kedai makan saya dalam kategori gred A dan kedai cetak saya sentiasa memuaskan pelanggan. Manakala setelah perniagaan dijalankan faktor yang perlu difikirkan ialah untuk mengekalkan pelanggan yang sedia ada dan menarik pelanggan baru supaya lebih ramai datang ke kedai makan dan kedai cetak saya. Untuk mengekalkan pelanggan yang sedia ada dan menarik pelanggan baru saya akan memperbaiki mutu perkhidmatan di kedai saya seperti meyediakan makanan yang segar dan bersih serta memberi layanan yang mesra kepada pelanggan.



Tugasan 2        

Apakah definisi teori multi modality? Apakah yang dimaksudkan multi modality instruction?

Teori multimodality merupakan teori yang boleh digunakan untuk mengaplikasikan rangka kerja tertentu dalam p&p dengan menggunakan pelbagai kaedah untuk menyampaikan isi pembelajaran. Manakala multi modality instruction pula ialah cara memberi maklumat yang penting dan tugasan dalam format kedua-dua lisan dan bertulis untuk membantu menggalakkan akses kepada kandungan kursus. Pendekatan multi-modality instruction membantu pelajar dalam mencari modaliti yang konsisten dengan kekuatan pembelajaran mereka.


Tugasan 3

i) Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran.
Penggunaan video dalam pembelajaran sebenarnya sangat memberi manfaat kepada guru mahupun pelajar kerana ia mempunyai elemen-elemen seperti teks, grafik, video, audio dan animasi yang boleh dipersembahkan secara serantak dengan stail pembelajaran iaitu VARK- Visual, Auditori, Read & Kinestetik. Penggunaan video dalam pembelajaran akan menarik minat pelajar untuk terus mengikuti sesi p&p.

ii) Cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning
Penggunaan video boleh dijalankan secara online jika melalui ubiquitous learning. Kita boleh melaksanakan pembelajaran menggunakan video di mana saja kita berada kerana kita boleh berinteraksi dengan siapa-siapa sahaja yang menggunakannya secara serentak. Interaksi ini akan membolehkan kita saling berkongsi pendapat dan maklumat walau di mana kita berada.

iii) Cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills)
Melalui penggunaan video dalam p&p dapat menyokong dan menggalakkan penggunaan ICT dalam p&p kerana penggunaan video biasanya memerlukan tahap pemikiran yang tinggi (high-order thinking skills), kerana sebelum membuat video supaya berkualiti tinggi kita kena memikirkan semua elemen yang akan dimasukkan ke dalam video yang mana memerlukan kepandaian dlm ICT sebenar.

iv) Cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar.
Penggunaan video dapat meningkatkan kemahiran sosial pelajar dari segi kreativiti, kepimpinan, motivasi dan pembelajaran koperatif.

v) Cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran.
Pelajar yang mahir menggunakan video dalam pembelajaran akan mempunyai tahap kesedaran yang lebih terutamanya dalam isu-isu semasa. Pelajar juga akan mendapat faedah dari segi mendapat idea untuk mengarang esei selepas melihat tayangan video tersebut. Melalui penggunaan video dalam kehidupan seharian pelajar lebih mengenali dunia IT.


Tugasan 4

Apakah kekangan jika kita menggunakan video dalam kelas?

Kekangan jika kita menggunakan video dalam kelas ialah dari aspek persekitaran. Jika pembelajaran dalam kelas menggunakan kaedah video guru hendaklah memastikan suasana kelas dalam keadaan yang sunyi supaya pelajar dapat mendengar dengan jelas maklumat yang disampaikn kerana kebiasaannya kelas bukan tempat kalis bunyi. Jika hendak menggunakan video dalam pembelajaran, guru hendaklah mencari sebuah bilik yang tertutup supaya pelajar dapat mendengar dengar jelas maklumat yang ingin disampaikan oleh guru. Pembelajaran menggunakan video dalam kelas juga tidak sesuai kerana dipengaruhi oleh bunyi bising yang datang dari kelas bersebelahan. Ini merupakan kekangan menggunakan video dalam kelas yang terdedah dengan bunyi bising.







Tugasan 5

Bagaimana mengguna video dalam kelas, sebelum, semasa dan selepas?

Jika menggunakan video dalam kelas, guru haruslah memastikan kelengkapan mencukupi sebelum kelas dimulakan. Guru subjek yang ingin mnggunakan video dalam kelas harus menyediakan kelengkapan lebih awal supaya tidak membazir masa yang telah ditetapkan. Video yang hendak ditayangkan mestilah dicuba terlebih dahulu untuk mencari mana-mana kesilapan dalam video supaya tidak menggagalkan objektif pembelajaran. Semasa video ditayangkan pula guru harus pandai memastikan pelajar sentiasa mengikuti sesi pembelajaran supaya apa yang ingin disampaikan dalam video tersebut dapat dicerna oleh pelajar. Selepas sesi pembelajaran menggunakan video pula, guru harus memastikan kelengkapan yang telah digunakan kembali ke tempat asal dan dalam keadaan yg baik. Guru juga mestilah mendapatkan pandangan daripada pelajar selepas habis video ditayangkan untuk mengetahui sesi pembelajaran menggunakan video tercapai ataupun tidak.


Tugasan 6

Discuss four types of learning centers and describe one specific example of each.

Learning centers is a self-contained environment designed to promote individual or small-group learning focused on a reserve, with a third as a backup in case the original is lost damage or stolen. There four types of learning centers:
i) Skill centers – can provide students with opportunities to do additional practice, typically to reinforce a skill previously taught other media or strategies. Basic skills that are built up through drill-and-practice lend themselves to the skill center approach. For example, student might design a skill center to give practice in using prefixes for students who are learning word skills.
ii)Interest centers - can stimulate new interest and encourage creativity. For examples, student might set up a get-acquainted center on insect life before actually beginning a unit on specific insects. Or prior to a lesson covering the impact of Native Americans on our culture, student could create a display of photo and artifacts representing various aspects of Native American culture.
iii)Remedial Centers – can help students who need additional assistance with a particular concept or skill. A student who has difficulty determining the least common denominator of a group of fractions. For examples could receive the needed help in a remedial learning center. The center could include that moves beyond lecture and seatwork, now enhanced with technology and hands-on active learning.
iv) Enrichment Center – can offer stimulating learning experiences for student who have completed require classroom activities. For examples, allows student who have finished their assigned geometry activities to go to a video center that features a DVD showing geometric shape in bridges.

Describe instructional applications that are especially appropriate for manipulatives.
          Manipulatives are objects that can be viewed and handled in a learning setting. They are often included in learning centers and instructional modules. Field trips, displays and dioramas may include manipulatives. They attract student attention and promote learning because students can handle and inspect them.
          One types of manipulatives that are especially appropriate for manipulative is real objects. Real objects such as coins, tools, artifacts, plants and animals are some of the most accessible, intriguing and involving materials in educational use. Real objects are especially appropriate for learnes who are encountering a subject about which they have had little direct experience in their daily lives. Educators have understood for many years the dangers of plunging into abstract concepts and principles without building a foundation in concrete experience. To avoid verbalism or parroting words without meaningful understanding, it is important for learners to build an understanding that has meaning and relevance in their lives. This can be accomplished by providing a base of concrete experiences that involves the manipulation of real objects associated with the content to be learned.
   









Tugasan 7

 Powered by1. Loading...Apakah yang dimaksudkan dengan literasi video?
Literasi Video merangkumi pengetahuan dan skils yang diperlukan untuk melihat video     
serta untuk menghasilkan video.

2. Nyatakan lima konsep utama menonton dan menghasilkan video.
Lima konsep utama menonton video ialah
i)             Pengarang membina mesej
ii)            Format adalah unik untuk setiap mesej
iii)           Setiap penonton menafsirkan mesej yang berbeza
iv)           Pandangan dan nilai adalah sebahagian daripada setiap mesej
v)            Kebanyakan mesej yang dibina adalah untuk mempromosikan tujuan tertentu.

Dalam menghasilkan video, pelajar amatlah diperlukan untuk melibatkan diri dalam kemahiran berfikir aras tinggi untuk mula merancang format yang akan digunakan dan kemudian dibangunkan, mengedit dan menilai video untuk kali terakhir bagi memastikan mesej yang dimaksudkan dapat ditayangkan.

3. Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video?   
    Pembelajaran pelajar dapat dipertingkatkan dengan aplikasi video dengan sifat pelbagai    
    rupa video menjadikan ia satu sumber yang sangat baik dalam pendidikan untuk     
    mengembangkan pembelajaran pelajar dalam empat domain utama iaitu dari segi
    kognitif, afektif, psikomotor dan.interpersonal.

4. Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video dalam pendidikan menyokong pembelajaran pelajar?
i)             Dokumentari - dokumentari adalah urusan fakta dan bukan fiksyen iaitu dokumentari yang cuba untuk menggambarkan situasi sebenar manusia
ii)            Lakonan - video mempunyai kuasa untuk menarik minat pelajar dan terpesona dengan drama yang dilakonkan hadapan mata mereka.
iii)           Video Storytelling – boleh membuatkan pelajar menjadi kreatif disamping memperbaiki cara penulisan, literasi video dan gaya mengeluarkan video.
iv)           Video Field Trips – melalui video ini, pelajar boleh membayangkan diri mereka berada di sesuatu tempat yang mereka tidak pernah lawati.
Loading...
5. Nyatakan proses untuk memilih dan menilai video bagi penggunaan video dalam bilik darjah.
i)             Mencari video yang sesuai dan menyokong pencapaian objektif pelajaran anda.
ii)             Menilai video yang dipilih untuk memastikan bahawa ia sebenarnya sesuai dengan matlamat anda dan akan memenuhi keperluan pelajar.


Tugasan 8

Sila refleks tentang proses dan ciri-ciri reka cipta visual.

Ciri-ciri reka cipta visual seperti ruang yang diisi atau dibiarkan kosong, pelbagai jenis garisan, bentuk tiga dimensi, warna, nilai dan juga tekstur. Prinsip reka bentuk adalah konsep untuk menyusun maklumat visual. Ia merupakan satu gambaran tentang bagaimana kita mengamati dan memproses maklumat visual serta merupakan idea bagi menghasilkan imej dua dimensi. Prinsip reka bentuk akan membantu kita membuat keputusan tentang bagaimana untuk menggunakan elemen-elemen reka bentuk.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed


 
Powered by Blogger