1.0 PENGENALAN
Abad ke-21 membawa masyarakat dunia ke satu lagi fasa
penganjakan paradigma kehidupan. Ini meliputi penganjakan daripada masyarakat
perindustrian kepada masyarakat berinformasi, penggunaan teknologi manusia kepada
penciptaan teknologi tinggi, pemusatan kuasa kepada pengagihan kuasa, konsep hierarki
kepada konsep jaringan, ekonomi tempatan kepada ekonomi antarabangsa dan
perancangan jangka pendek kepada perancangan jangka panjang
Abad Ke-21 sering dikaitkan dengan era Teknologi Maklumat
(IT) yang memungkinkan kepantasan dan menjumudkan faktor jarak dan masa.
Perkembangan terkini dalam ‘open sky technology’ membawa implikasi kepada
kehidupan manusia sejagat. Seperti yang kita lihat dan rasa, dunia yang luas
pada hakikatnya telah dikecilkan dengan teknologi komunikasi yang canggih dan
pantas. Pada masa kini, dunia pendidikan turut mengalami tempias gelombang arus
globalisasi yang mengajak masyarakat mengubah paradigma ataupun perpesi ke alam
dunia pendidikan. Oleh demikian, kerajaan kini menumpukan ataupun melahirkan
modal insan kelas pertama untuk menghadapi cabaran globalisasi tersebut.
Keadaan tersebut telah menyebabkan perubahan alam pendidikan negara kita.
Disebabkan perubahan tersebut, guru terpaksa mengubah corak pengajaran mereka
daripada yang lama untuk menghasilkan proses “kemenjadian” pelajar. Disamping
ia selari dengan falsafah pendidikan Negara yang ingin melahirkan insan yang
seimbang dari Jasmani, emosi, rohani dan Intelek.
2.0 PENDIDIKAN
Abad ke-21 telah menyaksikan pelbagai perubahan yang
berlaku dengan cepat di dunia pada hari ini. Ini sehubungan dengan peranan yang
telah dilakukan oleh ahli-ahli psikologi dan sosiologi yang telah melakukan
banyak sumbangan kepada pembaharuan dalam amalan pengajaran yang menghasilkan
mutu pendidikan yang lebih tinggi, umumnya pada peringkat antarabangsa. Begitu
juga dengan perkembangan dalam sistem pendidikan negara kita. Negara-negara di seluruh dunia, baik Islam
mahupun Barat, mempunyai matlamat menjadikan pendidikan mereka bertaraf
antarabangsa.
Pendidikan menurut Islam adalah
satu proses berterusan untuk merubah, melatih dan mendidik akal, jasmani dan
rohani manusia dengan berasaskan nilai-nilai Islam yang bersumberkan wahyu bagi
melahirkan insan yang bertaqwa dan mengabadikan diri kepada Allah s.w.t untuk
mendapatkan kejayaan di dunia dan akhirat.
Ilmu dalam perspektif Islam bukan hanya mempelajari soal keagamaan
sahaja, tetapi juga melibatkan pengetahuan umum. Pendidikan menurut perspektif Islam turut
memberikan penekanan kepada penguasaan ilmu sains dan teknologi selaras dengan
perkembangan pesat dalam bidang tersebut di seluruh dunia.
Di Barat, bidang pendidikan
mengalami banyak perkembangan dan perubahan yang menuju ke arah kebaikan. Seiring dengan dunia yang semakin canggih dan
moden pada masa kini, bidang pendidikan di negara Barat menunjukkan banyak
pembaharuan dan perkembangan berbanding negara kita, Malaysia. Kesan globalisasi banyak mempengaruhi system
pendidikan di seluruh dunia. Ini kerana
globalisasi merupakan satu proses untuk meletak dunia di bawah satu unit yang
sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi
mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka
luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai
perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik dan teknologi
siber. Jika dibandingkan dengan system
pendidikan di negara kita, system pendidikan banyak mengambil contoh daripada
negara Barat.
Malaysia ke arah Pendidikan Bertaraf Dunia yang diilhamkan oleh Y.A.B Tun
Abdullah Ahmad Badawi mantan Perdana Menteri Malaysia di sidang kemuncak
Pendidikan 2004 beliau menyatakan “Membangunkan Sistem Pendidikan Bertaraf
Dunia merupakan agenda kerajaan saya”.
Pendidikan bertaraaf dunia merupakan wahana penting bagi mencapai hasrat
wawasan 2020 ialah mahu menjadikan Malaysia maju dan saintifik. Masyarakat maju perlu bersedia untk menerima
sesuatu yang baru, maju dan berdaya saing.
Agen perubahan utamanya ialah pendidikan. Pendidikan merupakan alat terpenting dalam
pembangunan sumber manusia ke arah pencapaian matlamat pembangunan negara. Pendidikan bertatarf dunia atau ‘world class’
akan menentukan kejayaan perubahan insan.
Dilihat dari perspektif yang luas, ‘pendidikan bertaraf dunia’ bermaksud
kemajuan dan pencapaian cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan
untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamis, iaitu;
§ Pembangunan tenaga manusia
§ Kepesatan pertumbuhan ekonomi
§ Pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial
§ Pemodenan dan reformasi sosial masyarakat
§ Kecemerlangan budaya fikir dan intelektual
§ Pembangunan sains dan teknologi
§ Kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi di
kalangan masyarakat
Untuk mencapai pendidikan bertaraf dunia, pihak kerajaan melalui
kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi perlu mengambil
langkah-langkah menyeluruh untuk memastikan perkara berikut dapat diurus tadbir
dengan sistematik dan berkesan iaitu;
§
Pendidikan Pra
Sekolah dan Rendah
§ Pendidikan Menengah
§ Pendidikan Tertiari (tinggi)
§ Program Sokongan
§ Pembiayaan Pendidikan
§ Pengurusan
§ ICT dalam Pendidikan
Bertitik tolak dari kesedaran ini, Kementerian Pelajaran telah membuat pembaharuan
yang disifatkan sebagai sesuatu yang mesti menjangkau tempoh masa yang agak
lama. Ia mestilah bersifat sistematik
iaitu ia tidak boleh terdiri dari satu komponen pendidikan iaitu educational
content, educational tools, dan infrastruktur pendidikan mestilah diolah
sedemikian rupa supaya perubahan menjadi lebih bersepadu, holistik serta
komprehensif. Perubahan sistematik ini
mestilah dilihat secara menyeluruh dan dalam konteks yang luas.
Malaysia bersama-sama negara-negara
Asean yang lain sedang berhadapan dengan cabaran yang tidak dapat dijangka dan
salah satu daripadanya ialah ekonomi pengetahuan (K-ekonomi) iaitu pengumpulan
pengetahuan dan menggunakannya secara produktif. Pembangunan ekonomi sangat
penting mengambil kira k-ekonomi dan sedang dipergiatkan oleh kerajaan. Kualiti
modal insan negara dilihat sebagai penentu utama kejayaan sebagai sebuah
ekonomi berasaskan pengetahuan.
Terdapat beberapa usaha yang telah
diambil oleh Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi bagi
menjadikan Malaysia sebagai hab untuk pendidikan tinggi seperti menarik
kemasukan pelajar-pelajar luar negara, membenarkan universiti luar membuka
cawangan, kerjasama pintar di antara universiti tempatan dan luar negara dan
penubuhan kampus pengajian oleh beberapa institusi Malaysia di luar negara.
Kawalan kualiti ke atas institusi pendidikan tinggi bagi mencapai taraf
antarabangsa akan menjadi mantap dengan penubuhan Malaysian Qualification
Agency (MQA).
Pengantarabangsaan universiti
adalah satu langkah yang sangat tepat bagi menjadikan Malaysia mempunyai
universiti bertaraf global supaya para pensyarah dan penyelidik dapat
bekerjasama dengan para akademik daripada luar negara. Bagi merealisasikan
hasrat berkenaan, globalisasi adalah elemen utama bagi mendapatkan tenaga
kepakaran dari seluruh dunia untuk memenuhi fakulti-fakulti di universiti
dengan tenaga pengajar yang bertaraf dunia. Mereka ini bukan sahaja bertindak
sebagai memberi nilai tambah terhadap imej dan kedudukan universiti malah
terhadap kerajaan dan organisasi antarabangsa.
Jika dilihat dari perspektif
pendidikan dalam era globalisasi kini, banyak cabaran yang bakal dierima oleh
negara. Pembuat polisi dan dasar
kerajaan seharusnya menstruktur terlebih dahulu sistem dan strategi pendidikan
sebelum berhadapan dengan dunia globalisasi.
Perkembangan globalisasi diharapkan tidak akan hanya menjadikan
pendidikan sebagai komoditi ataupun pelaburan dan bukan lagi sebagai proses
membina kesempurnaan dalam kehidupan.
3.0 GURU
Tuntutan abad ke-21 dilandaskan kepada tuntutan Wawasan
2020 dan Wawasan Pendidikan. Selari dengan tuntutan-tuntutan tersebut
penyediaan sumber manusia berkualiti hendaklah dihasilkan oleh sistem
pendidikan kita. YAB Perdana Menteri telah menggariskan ciri-ciri generasi yang
hendak dilahirkan untuk mewarisi alaf baru akan datang iaitu:
1.
Kaya maklumat (termasuk sains dan teknologi)
2.
Kekuatan minda (kreatif dan proaktif)
3.
Nilai-nilai luhur dan murni (termasuk penyayang)
4.
Semangat jati diri, jaya diri dan keusahawanan
5.
Keterampilan
Untuk menentukan kehendak ciri-ciri
manusia berkualiti tersebut dapat dihasilkan, maka para pendidik dan guru-guru
pelatih perlulah dilengkapi dengan ciri-ciri berikut pula:
1.
Menguasai subjek (kandungan kurikulum)
2.
Mahir dan berketrampilan dalam pedagogi (pengajaran dan
pembelajaran)
3.
Memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka
4.
Memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)
5.
Memiliki kemahiran kaunseling
6.
Menggunakan teknologi terkini
7.
Dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan
mutakhir
8.
Boleh bekerjasama dengan rakan sejawat dan orang lain
9.
Memiliki keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai
pendidik
Satu agenda dalam program
pendidikan kini sebagai persediaan abad ke-21, ialah Sekolah Bestari.
Perlaksanaan Sekolah Bestari turut mewujudkan tranformasi dalam sistem
pendidikan yang meliputi aspek kurikulum, sistem penilaian, pentadbiran,
pengurusan pembelajaran. Implikasi kepada reformasi ini, memerlukan persediaan
guru. Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd. Zahid bin Mohd. Nordin, memberi ciri-ciri guru
bestari ialah guru-guru yang boleh dan bijaksana mengimbangi keperluan Wawasan
Pendidikan dengan tuntutan dan cabaran semasa. “Pendidikan Bestari antara lain
menginginkan guru yang berketrampilan. Tingkat ketrampilannya bukan sekadar
mengguna dan menguruskan teknologi, tetapi lebih penting berkeupayaan
menyaring, mengadun, mengacu setiap perkara seiring dengan tingkat ketahanan
anak bangsa, sejajar dengan budaya halus masyarakat kita dan seterusnya
menyumbang untuk terus memperkukuh asas kewujudan kita (1997).”
Merujuk kepada cabaran besar di
atas, para pendidik mempunyai tanggungjawab melaksanakan peranan berikut secara
komited dan ikhlas:
1.
Membina Budaya Ilmu
Kemampuan para pendidik ialah menyusun dan mensepadukan
ilmu dengan perkembangan semasa, seperti:
·
Teknologi dan perkomputeran
Para pendidik seharusnya mengorak langkah dan
menggembleng peluang untuk melengkapkan diri berketrampilan sebagai pemimpin
ilmu berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan
penggunaan teknologi maklumat untuk pelbagai bidang dan menjadi mekanisme
urusan harian.
·
Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif
Pelajar-pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikiran
tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat
dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran
berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan
luar biasa.
·
Kebolehan menterjemah dan mengawal kurikulum yang luas
Para pendidik seharusnya mempunyai kemahiran dan
berketrampilan mengaitkan domain teori dengan praktis dan mesti bijak membina
pengetahuan dan kemahiran secara developmental mengikut kadar pembelajaran
(pace of learning) untuk mencapai kemahiran thoughful learning. Kurikulum
sepatutnya mempunyai ruang untuk disesuaikan dengan perkembangan semasa
berdasarkan keperluan negara, perkembangan semasa dan kemajuan sejagat.
Kurikulum yang hendak digubal melalui Four Pillars of Learning iaitu:
ü Learning
to know (Belajar untuk menguasai ilmu)
ü Learning
to do (Belajar untuk menguasai kemahiran)
ü Learning
to be (Belajar untuk menjadi insan berguna)
ü Learning
to live together (Belajar untuk harmoni dan bekerjasama)
·
Menerapkan nilai-nilai murni/moral/akhlak
Nilai-nilai murni menitikberatkan perlakuan baik,
peradaban dan tatasusila insan dalam hubungannya sesama manusia, alam dan
Tuhan. Elemen ini sangat penting dalam usaha membudayakan masyarakat yang dapat
mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara.
·
Menguasai pengetahuan dan kemahiran industri
Melahirkan generasi untuk pasaran tenaga kerja industri
merupakan Dasar Pembangunan Negara. Usaha ini ialah sebagai sumbangan kepada
melahirkan sumber manusia yang menyumbang kepada tenaga buruh yang berkualiti,
serba boleh dan responsif kepada perubahan keadaan perindustrian. Kurikulum dan
daya didik di dalam sistem pendidikan hendaklah berupaya merealisasikan
masyarakat saintifik, teknologis dan progresif yang inovatif dan berpandangan
jauh ke hadapan.
2.
Membentuk Masyarakat Madani
Pendidik yang profesional dapat menangani pengajaran dan
pembelajaran yang dapat membudayakan masyarakat dengan amalan akhlak dan
nilai-nilai murni. Perkembangan dan kemajuan dunia boleh mempengaruhi gaya
hidup dan akhlak masyarakat kita. Usaha mengimbangkan perkembangan dan kemajuan
dunia aspek teknologi maklumat dan industri hi-tech, dengan pembentukan
rohaniah dan ketahanan diri diberikan perhatian serius.
Maka konsep
masyarakat madani merupakan wadah untuk membudayakan masyarakat Malaysia.
Kurikulum dalam sistem pendidikan kita sama ada secara formal atau tidak
formal, mampu menyusun dan membentuk masyarakat madani. Dalam merancang
pelaksanaan konsep ini beberapa perkara mesti diberi perhatian:
·
Prinsip berteraskan keimanan dan moral yang menjamin
keseimbangan antara kebebasan perseorangan dengan kestabilan dan kesejahteraan
masyarakat.
·
Mendorong perkembangan individu dari segi pemikiran,
budaya, sosial, ekonomi, alam sekitar dan teknologi.
·
Sistem sosial yang cekap dan saksama serta perlaksanaan
pemerintahan mengikut undang-undang dan bukan nafsu atau kepentingan individu.
·
Mengamalkan akhlak terpuji dan boleh diteladani.
Usaha mewujudkan
masyarakat madani diharap dapat melahirkan warna negara yang berpegang kepada
teras keimanan dan ketuhanan, mempunyai ketahanan diri, memiliki identiti
bangsa Malaysia, tahap kepimpinan yang dinamik, berpandangan jauh, kreatif dan
inovatif, citra diri yang tinggi, berdisiplin dan amalan hidup yang cemerlang.
2.1 Peranan Guru dalam Melonjak
Transformasi Pendidikan Negara
Guru yang inovasi dan kreatif dalam melaksanakan
tugas dan tanggungjawab mereka sesuai dengan misi dan visi sekolah serta mampu
memenuhi matlamat pendidikan negara ke arah meningkatkan kualiti pendidikan
seiring dengan cabaran dunia
globalisasi. Cabaran global kini memerlukan guru mempunyai keunggulan hasil
inovasi dalam pedagogi yang ditentukan oleh cara kurikulum yang dilaksanakan
dan disesuaikan dengan konteks budaya yang diwakili oleh setiap murid yang
berlainan bangsa.
Profesor Emeritus Tan
Sri Dr. Khoo Kay Kim menegaskan bahawa untuk melonjak transformasi
pendidikan, kerajaan perlu melakukan perubahan terhadap guru terlebih dahulu.
Dalam mencapai taraf negara maju pada abad ke 21, Malaysia memerlukan
warganegara yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Sains dan
Matematik. Antara peranan guru dalam melonjak transformasi pendidikan
negara ini adalah dengan mempersiapkan diri untuk membangunkan kemahiran dalam
menjadi seorang yang kreatif dan
berinovasi. Guru sebagai sumber manusia dalam bidang pendidikan yang
bertanggungjawab membina kreativiti dan inovasi dalam setiap program pendidikan
secara terancang dan sistematik. Sehubunagn dengan itu, latihan perguruan yang
dipraktkikan di institusi pengajian tinggi mesti menyediakan tenaga guru yang
dapat menonjolkan peranan mereka dengan lebih efisyen dan berdaya saing dalam
menempuh dunia moden disamping melengkapkan diri dengan pengetahuan dan
kemahiran insaniah yang diperlukan selaras dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Dalam melengkapkan diri
dengan pelbagai kemahiran, guru harus dilengkapi oleh pakej latihan yang dianjurkan oleh Jabatan pelajaran Negeri atau
Jabatan Pelajaran Daerah. Melalui pakej latihan yang dianjurkan ini, guru dapat
dilatih untuk mengkaji semula, mengenalpasti dan menyelesaikan masalah dalam
proses pembelajaran di kelas secara kritis dan kreatif. Pakej latihan
dicadangkan menyediakan idea dan aktiviti yang berguna untuk menyokong
peningkatan kualiti pembelajaran melalui sumbangan idea daripada guru yang
berpengalaman, guru yang berprestasi cemerlang dan guru yang mempunyai
kepakaran dalam bidang tertentu. Selain menyertai pakej latihan, guru yang
berinovasi juga perlu menghadiri bengkel
mengenai e-pembelajaran yang dianjurkan oleh badan kerajaan mahupun
swasta. Melalui bengkel ini juga, guru akan didedahkan kepada persepsi umum
yang berkaitan dengan kualiti dalam e-pembelajaran.
Selain membangunkan dan
mempersiapkan diri menjadi guru yang kreatif dan berinovasi, guru berperanan menyediakan bahan bantu mengajar yang
dapat dimanfaatkan dalam bilik darjah. Pendidikan kini menekankan penggunaan
teknologi komunikasi dan maklumat dalam bilik darjah. Dasar kurikulum baru
iaitu kurikulum standard sekolah rendah menekankan penggunaan teknologi komunikasi
dan maklumat dalam bilik darjah. Bahan grafik merupakan bahan yang mudah
difahami oleh murid selain alat bantu mengajar berbentuk visual. Cabaran dan
perubahan pendidikan masa kini menuntut guru menghasilkan bahan bantu mengajar
yang dapat mempertingkat mutu dan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa
sesuai dengan perkembangan pendidikan masa kini. Bahan inovasi pendidikan
pemulihan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ini
merupakan salah satu contoh bahan bantu mengajar yang boleh digunakan dalam
bilik darjah.
Hakikatnya terdapat
pelbagai langkah yang boleh dilaksanakan dalam meningkat kualiti pengajaran
guru dalam memastikan peranan guru melonjak transformasi pendidikan negara
dilaksanakan. Semua pihak harus memberikan jalinan kerjasama dalam memastikan
pendidikan yang diberikan dapat menjamin kualiti dan mutu generasi pemimpin
kita pada masa akan datang.
2.2 Cabaran Guru sekolah dalam
Abad ke-21
Guru-guru khasnya dan profesion amnya, adalah
tidak terkecuali daripada terlibat dengan keadaan perubahan akibat daripada
internationalisme dan globalisasi (Ibrahim Abu Shah, 2002; Rohaty Majzub, 2000;
Wan Liz Ozman, 2000; Kim, 1995). Ini memandangkan guru adalah agen perubahan.
2.2.1 Cabaran globalisasi
Naisbitt (1982) pula menegaskan dalam abad
ke-21, salah satu aliran mega di peringkat global ialah kepakaran pendidikan
secara global (global educational
experties) selain daripada hubungan dalam bentuk rangkaian (networking). Bagi Rohaty Majzub (2000),
ini dianggap sebagai sifat antarabangsa (international
character) yang perlu ada pada guru kerana ini adalah avenue baru yang perlu diteroka dan diperkembangkan.
Pelaksanaan pengajaran dalam bahasa Inggeris
adalah selari dengan arus globalisasi. Guru-guru perlu menyahut cabaran ini
kerana generasi yang hidup pada abad ke-21 ini perlu mempunyai kemahiran
berkomunikasi hingga ke peringkat antarabangsa. Selain itu, kebanyakan sumber
maklumat adalah berasaskan kepada bahasa antarabangsa iaitu bahasa Inggeris.
Wan Liz Ozman, (2000); Hasan Langgulung,
(1997); dan Ghazali Basri, (1984) melihat guru adalah sebagai penyampai ilmu (mua’lim), pendidik (murabbi), pembentuk adab (mu’addib),
pembentuk ciri kepimpinan (mursyid)
dan pemberi kemahiran (mudarris).
Oleh yang demikian kriteria guru adalah dilihat dari segi pengetahuannya,
kemahirannya serta nilai dan keperibadiannya.
2.2.2 Cabaran dalam masyarakat
Profesion perguruan adalah berkait dengan
kemasyarakatan. Semakin masyarakat dan negara bertambah maju dan bersifat
global semakin meningkat taraf hidup dan status sosio ekonomi rakyat, semakin
besar gelombang cabaran di hadapan guru-guru (Ramlan, 2002).
Guru adalah agen perubahan yang membawa
kemajuan kepada masyarakat (Wan Liz Ozman, 2000; Atan Long, 1980). Menurut
Boyer (1994), dalam abad ke-21, cabaran dalam bidang pendidikan adalah tidak
terhad kepada penemuan-penemuan baru sahaja. Namun ia termasuk juga penyesuaian
penemuan-penemuan tersebut kepada perspektif yang lebih luas dan seterusnya
dapat dimanfaatkan oleh masyarakat. Oleh yang demikian, kaum guru perlulah
mempunyai kesediaan menerima sebarang penemuan baru seterusnya berkemampuan
untuk mengaplikasikan penemuan baru tersebut di dalam profesion bagi
kepentingan masyarakat.
Kepada masyarakat, guru adalah sumber maklumat
dan pengetahuan, kemahiran dan keterampilan; sumber kebudayaan dan ilmu; sumber
pemupukan kepercayaan dan sistem nilai; penyediaan tenaga manusia untuk alam
pekerjaan; dan penjagaan belia, remaja dan kanak-kanak (Wan Liz Ozman, 2000; Kementerian
Pendidikan, 1996; Sufean Hussin, 1996; Wan Mohd. Zahid, 1994).
2.2.3 Cabaran dalam sistem
pendidikan
Misi Kementerian Pendidikan Malaysia ualah
membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan
potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.
Kurikulum terus mengalami perkembangan dari
semasa ke semasa. Perubahan-perubahan yang seperti ini tentunya mengubah
harapan dan keperluan semua pihak ke atas kecekapan dan keterampilan guru-guru
agar impian sebagai yang diwawarkan menjadi kenyataan. Contohnya pengenalan
mata pelajaran vokasional (MPV).
2.2.4 Cabaran di sekolah
Persidangan Pendidikan ke-5 dalam tahun 1997
merumuskan bahawa cabaran besar dalam abad ke-21 selain daripada ledakan ilmu
yang berbentuk global ialah masalah sosial yang perlu ditangani dan diatasi kearah
membentuk masyarakat madani (Mohamad, 1998). Perdana Menteri Malaysia menegaskan
bahawa kepentingan sistem pendidikan menyediakan ‘generasi kedua’ atau
‘generasi wawasan’ memerlukan piawaian baru termasuk mengurangkan masalah
gejala sosial pelajar seperti ponteng sekolah dan lepak serta salah laku yang
lain (Wan Mohd. Zahid, 1997).
Walau bagaimanapun permasalahan ini masih
terus meningkat kerana kadar pertambahan bilangan pelajar yang terus meningkat
untuk tempoh dari tahun 1990 hingga 2000, didapati tingkatan 1 mengalami
pertambahan 34.0%, tingkatan 2 mengalami pertambahan 47.5%, tingkatan 3
mengalami pertambahan 44.2%, tingkatan 4 mengalami pertambahan 90.1% dan
tingkatan 5 mengalami pertambahan 96.0% (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2001). Berdasarkan analisis ini, pertambahan bilangan pelajar akan terus meningkat
pada kadar 8.9% sehingga tahun 2010. Ini menjadi cabaran kepada sekolah dan
guru-guru kerana masalah kemudahan prasarana adalah tidak mencukupi.
Sehingga tahun 2000, terdapat 40,021 bilik
darjah bagi sekolah menengah yang menampung 57, 581 kelas yang bermakna setiap
bilik darjah adalah untuk 1.4 buah kelas (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2001). Dengan kata lain masih wujud ‘kelas terapung’. Ini jelas tidak mencukupi
dan boleh mendatangkan masalah lain seperti masalah disiplin, masalah sosial
dan lain-lain selain daripada masalah pembelajaran.
Jumlah pelajar yang terlibat dengan kes
disiplin semakin hari semakin meningkat (Shahril @ Charil & Habib, 1999).
Pada tahun 1993 sebanyak 36.7% daripada keseluruhan pelajar dikenakan tindakan
amaran; 15.66% diberi nasihat; 16.8% dirotan sekali; 8.18% dirotan dua kali;
2.27% dirotan tiga kali; 0.90% dirotan lebih tiga kali; gantung sekolah 2.90%;
buang sekolah 0.51% (Wan Mohd. Zahid, 1997). Mungkin dari segi angka peratus
adalah kecil tetapi dari segi bilangan pelajar yang terlibat keseluruhannya
adalah pada angka yang besar . keadaan ini adalah sangat mencabar dan
membimbangkan.
Selain daripada kemudahan-kemudahan yang masih
belum lengkap sepenuhnya, sebagai contoh daripada 1645 buah sekolah menengah
yang ada pada tahun 2000, hanya 1340 sekolah yang ada makmal komputer; hanya
1406 sekolah yang ada bilik ekonomi rumah tangga; hanya 1452 sekolah yang ada
bilik kaunseling; hanya 1463 sekolah yang ada pusat sumber dan hanya 1258
sekolah yang ada dewan perhimpunan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001).
Statistik ini menunjukkan perlunya kreativiti dan keterampilan guru di dalam
menyerap segala kekurangan tersebut.
Menurut Reighlath dalam Ornstein & Hunkins
(1993), pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah di zaman kepesatan teknologi
banyak mengalami perubahan selaras dengan pada masa kini. Ini memberi cabaran
kepada guru di dalam mengikuti perkembangan terkini. Guru-guru perlu mahir
dengan sistem teknologi yang ada (Shahril @ Charil & Habib, 1999).
2.2.5 Cabaran dalam bilik darjah
Menurut Wan Mohd. Zahid (1993), pada abad
ke-21, para pelajar perlu dikembangkan potensinya yang ada di hemisfera otak
kanan dan di hemisfera otak kirinya secara seimbang.
Dari sudut proses pengajaran dan pembelajaran
pula, dalam abad ke-21 para pelajar akan mendapat pelbagai kemudahan, termasuk
kemudahan ICT sebagai yang dirancang untuk membantu mereka dalam proses
pembelajaran bestari.
Dalam proses penilaian pelajar pula, penilaian
kemajuan berasaskan sekolah (PKBS); penilaian hasil pembelajaran (learning
outcomes); perlaksanaan penanda aras (bench marking); dan ujian atau
peperiksaan secara talian terus (online) akan menjadi perkara biasa untuk
dilaksanakan dalam abad ke-21. Menurut Wise (1999) ‘Increasingly, technology is poised to revolutionize teaching, learning
and assessment’.
2.3 Senario Pendidikan Guru Masa
Kini
Kekurangan guru memang ada berlaku di mana-mana sekolah
dan ia tidaklah berlaku sepanjang masa. Senario ini memang disedari dan
ditangani oleh pihak Kementerian Pendidikan dan juga IPTA. Pelbagai cara telah
dilakukan termasuklah mengadakan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) kepada
lepasan universiti. Dengan pemberian elaun sebanyak RM1,200.00 sebulan pasti
menarik minat para lepasan ijazah untuk menceburi dalam bidang profesion
perguruan. Walau bagaimanapun pemilihan bukan berdasarkan tawaran, minat sahaja
dan kesukaran mendapat kerja lain. Sebenarnya ia berdasarkan penapisan dari
segi keputusan cemerlang dalam kursus yang dipohon, kebijaksanaan menjawab
persoalan dalam temuduga dan juga sifat-sifat kepimpinan yang terserlah sama
ada secara langsung atau tidak langsung.
Kekurangan guru bahasa Inggeris di
peringkat sekolah menengah nampaknya sering diperkatakan namun semenjak program
KPLI diadakan di maktab-maktab perguruan ia dapat diatasi sedikit demi sedikit.
Antara maktab perguruan yang popular melatih guru-guru bahasa baik dalam
program KPLI mahupun Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) ialah Institut
Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa (IPBA) yang beroperasi pada tahun 1999 di
Kuala Lumpur. Pusat pembelajaran bahasa yang menggunakan kurikulum antarabangsa
terkini mampu melahirkan guru-guru yang berkualiti dalam pengajaran bahasa
Inggeris baik di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Program
berkembar dengan universiti-universiti luar negara untuk pengajian TESL juga
diadakan di institut atau pusat lain.
Untuk meningkatkan tahap guru yang
lebih berkualiti dan cemerlang dalam pengajaran, Bahagian Pendidikan Guru pada
masa kini telah mengadakan pelbagai program, antaranya ialah:
1.
Pensiswazahan bagi guru-guru sekolah rendah dan menengah.
2.
Melatih guru sekolah agama rakyat.
3.
Melatih guru untuk menjayakan pengajaran Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris.
4.
Menyediakan guru mata pelajaran vokasional.
5.
Kursus Dalam Perkhidmatan
6.
Program Latihan Perguruan Institut Pendidikan Swasta
(PLPS)
Kursus Dalam Perkhidmatan sentiasa
diadakan untuk guru-guru yang sudah berkhidmat bagi meningkatkan kemahiran
mengajar dan penguasaan ilmu yang luas. Menurut Pengarah Bahagian Pendidikan
Guru, Haji Razali Ismail (Berita Harian,
25 Jun 2003) sekurang-kurangnya sekali setahun semua guru sekolah rendah dan
menengah perlu menghadiri kursus jangka pendek yang dianjurkan oleh Bahagian
Pendidikan Guru. Jadi dengan adanya kursus seperti ini dan lain-lain bengkel
yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri, kualiti guru akan lebih
terjamin dan tidak boleh dipersoalkan lagi. Jadi itulah cara untuk
mengembangkan profesionalisme semua guru kerana dunia pendidikan terpaksa
berhadapan dengan keperluan yang terbaru.
Program PLPS amat berguna kerana
kita tahu sebahagian besar institut pendidikan swasta terdiri daripada
guru-guru yang tidak mempunyai sijil atau Diploma pendidikan. Jadi melalui
latihan yang diberikan boleh membantu mereka mendapatkan pengiktirafan daripada
pihak kerajaan sebagai seorang guru yang mempunyai pengetahuan yang cukup dalam
kaedah pengajaran.
Bagi guru-guru yang tidak mempunyai
peluang yang baik untuk menyumbangkan pelajaran, Kementerian Pendidikan dengan
kerjasama Universiti Terbuka Malaysia telah mengadakan Pendidikan Jarak Jauh.
Bidang pengajian dibuat secara ‘online’ dan ijazah yang dikeluarkan oleh
Universiti Terbuka Malaysia diiktirafkan oleh pihak kerajaan. Dengan kemudahan
yang ada ini lebih ramai guru-guru sekolah rendah khasnya berpeluang untuk
menyumbangkan pelajaran yang lebih tinggi iaitu peringkat ijazah secara PJJ.
Pada masa kini untuk mencari calon
guru-guru yang betul berkemahiran dalam bidang fizik, Matematik memang susah
kerana pelajar yang lulus cemerlang dalam SPM mereka tidak berminat untuk
menjadi guru. Oleh itu, mereka lebih suka belajar dalam bidang perubatan dan
kejuruteraan. Untuk mengatasi masalah ini mulai tahun 2003, Bahagian Pendidikan
Guru telah memperkenalkan Program Pelajar Cemerlang (PPC). Melalui program ini
pelajar yang cemerlang dalam Matematik, Kimia, Biologi dan Fizik ditempatkan di
beberapa buah kolej sebelum dihantar berkursus dalam bidang pendidikan ke luar
negara. Jadi dengan cara ini, empat atau lima tahun lagi Kementerian Pendidikan
Malaysia akan dapat melahirkan guru-guru yang betul-betul pakar dalam
bidang-bidang tersebut.
4.0 PELAJAR
Istilah pelajar atau murid merujuk kepada sesiapa yang
sedang atau dalam keadaan belajar. Kadangkala istilah ini diertikan dalam
maksud berbeza dalam sesetengah negara atau kes-kes tertentu. Pembangunan negara yang pesat dalam sektor ekonomi,
sosial dan budaya serta perkembangan teknologi maklumat telah membawa bersama
gejala sosial yang negatif di kalangan remaja sekolah. Keruntuhan akhlak dan nilai-nilai moral serta
gaya hidup yang tidak sihat telah memberi kesan yang buruk kepada keluarga,
masyarakat dan negara.
4.1
Masalah Disiplin Masa Kini
Masalah disiplin selalu berlaku samada
samada di dalam sekolah atau dalam bilik darjah. Semua ini kerana
pelajar-pelajar terdiri daripada pelbagai latar belakang, mempunyai sahsiah,
intelek, jasmani, rohani dan sosioekonomi yang berbeza. Masalah-masalah yang
timbul pada masa kini dapat dikategorikan kepada empat bahagian iaitu :-
1. Jenayah
Jenis-jenis masalah disiplin yang tergolong dalam kategori jenayah ialah
merosakkan harta benda sekolah, mencuri, berjudi, berlawan, memeras ugut,
menyertai kongsi gelap, menyalahgunakan dadah, menumbuk guru, bergaduh, membaca
atau melukis gambar lucah.
a) Buli
Insiden
buli yang berlaku sejak kebelakangan ini dan sering dilaporkan oleh media-media
tempatan rata-rata membabitkan pelajar lelaki.
Menurut Smith dan Thompson (1991), buli didefinisikan sebagai satu set
tingkah laku yang dilakukan secara sengaja dan menyebabkan kemudaratan secara
fizikal serta psikologi penerimanya.
Tingkah laku buli yang dimaksudkan termasuk tindakan yang bersifat
mengejek, penyisihan sosial, dan memukul (Crick dan et.al, 1998). Banks (2000) pula menghuraikan perlakuan buli
sebagai mempersenda, menghina, mengancam, memukul, mencuri dan serangan
langsung. Pada asasnya, perlakuan buli
ialah penyalahgunaan kuasa yang merujuk kepada operasi psikologi atau fizikal
yang berulang-ulang terhadap individu yang lemah atau tidak berupaya untuk
mempertahankan dirinya dalam situasi sebenar oleh individu atau kumpulan yang
lebih berkuasa.
Berdasarkan Model Identifikasi Multidimensi Perlakuan
Buli yang dibangunkan oleh Zopito Marini
et.al (2001), terdapat lima ciri definisi perlakuan buli iaitu perbezaan
kuasa antara pembuli dengan mangsa buli, pola tingkah laku agresif yang
berulang-ulang, kecenderungan untuk mengawal dan mencederakan, pembentukan
suasana kebimbangan, ancaman, ugutan dan ketakutan serta kerahsiaan semula jadi
perlakuan buli. Zopito Marini dan et.al
(2001) turut menyatakan bahawa terdapat empat jenis perlakuan buli yang khusus
iaitu secara fizikal, psikologi, sosial dan emosi. Manakala terdapat tiga kumpulan utama yang
terlibat dalam perlakuan buli iaitu pembuli, mangsa buli dan pemerhati (Marini
et al.,2000).
Perlakuan buli sama ada berlaku secara langsung atau
tidak langsung, merupakan sebahagian daripada tingkah laku agresif. Perlakuan buli berlaku bilamana terdapatnya
jurang atau ketidakseimbangan kuasa antara pembuli dengan mangsa buli yang mana
pembuli lebih dominan atau lebih berkuasa berbanding mangsa. Seperkara yang harus difahami ialah dalam kes
buli tidak ada tidak balas daripada mangsa ketika berlakunya kejadian buli.
b) Gengsterisme
Tingkah
laku gengsterisme dapat ditunjukkan dalam pelbagai bentuk dan cara tanpa
mengira jantina. Definisi perlakuan
gengsterisme bergantungan kepada norma-norma sesebuah masyarakat setempat. Azizi Yahya et al., (2007) menyatakan bahawa
gengsterisme lebih merujuk kepada tingkah laku atau perlakuan keagresifan dan
mugkin juga dikenali sebagai gangster atau samseng. Gejala gengsterisme semakin berleluasa di
sekolah-sekolah menengah di seluruh negara.
Kumpulan belajar yang terlibat dalam gejala ini akan melanggar norma
masyarakat setempat atau institusi sekolah yang turut dikenali sebagai kumpulan
yang bertingkah laku devian, dan apabila golongan ini terdiri daripada mereka
yang masih bersekolah atau remaja dikenali sebagai delinkuen. Yang jelas disini, delinkuen atau
gengsterisme ialah tingkah laku yang melanggar peraturan dan undang-undang atau
perlakuan yang tidak boleh diterima oleh masyarakat.
Gengsterisme merupakan salah laku yang sudah lama wujud
dalam kalangan pelajar dan masih berterusan hingga hari ini. Keadaan menjadi bertambah serius rentetan
semakin ramai pelajar perempuan dan murid sekolah rendah dikesan terlibat
dengan gejala samseng. Peningkatan
gejala ini keihatannya seiring dengan kemajuan dan pembangunan negara. Ciri-ciri gangster dapat dikenal pasti
mengikut ketetapan peraturan sesuatu kumpulan gangster, yang dipersetujui
bersama oleh ahli kumpulan. Garland
dalam Azizi et al., (2007) menyatakan bahawa ciri gangster melambangkan kekuatan,
penguasaan terhadap sesuatu kawasan, pengaruh dan identiti sesebuah kumpulan.
Berdasarkan William Gladden Foundation (1992), terdapat
empat faktor utama yang merangsang pembentukan kumpulan gengsterisme dalam
kalangan pelajar iaitu pertama, remaja mengalami perasaan terasing dan tidak
berdaya disebabkan kurangnya struktur sokongan tradisi dari sekolah dan
keluarga. Keadaan ini akan membawa
kepada perasaan kecewa dan tegang lantas mendorong kepada usaha mendapatkan
sokongan dari luar. Dengan melibatkan
diri dalam gengsterisme akan memberikan perasaan “sense of belonging” dalam
diri pelajar dan menjadi sumber utama penampilan identiti oleh ahli-ahli di
dalam geng tersebut.
Seterusnya, melalui keahlian tersebut pelajar akan
merasakan diri mereka berkuasa dalam menguasai di mana kegiatan gengsterisme
akan menjadi tempat mereka untuk melepaskan kemarahan atau ketegangan. Kawalan terhadap kawasan jajahan adalah perlu
demi keutuhan kumpulan di mana kekerasan sering digunakan untuk mengawal
kawasan dan ahli-ahlinya.
2. Kelakuan negatif
Jenis-jenis masalah disiplin yang tergolong dalam kategori kelakuan
negatif pula ialah berambut panjang, memakai sepatu dan stokin berwarna, baju
T, berkuku panjang, menghisap rokok, bercakap kasar, berbual-bual dengan
dialek, tidak menghormati guru, makan dalam bilik darjah, membuat bising,
membuli rakan yang lemah, tidak membawa buku, tidak membuat tugasan, menentang
arahan guru.
a) Merokok
Pada era perindustrian masa kini, merokok sudah menjadi
satu hobi bagi semua orang bagi menikmati kehidupan yang serba moden
kononnya. Justeru itu, merokok telah
menjadi satu masalah disiplin yang sukar dibendung dengan sepenuhnya. Kebanyakan pelajar terutamanya pelajar lelaki
mula terjebak dengan perbuatan merokok bagi menghilangkan tekanan emosi walau
pun mereka sedar akan bahayanya kesan rokok itu terhadap kesihatan diri
sendiri. Oleh yang demikian, Kementerian
Pelajaran Malaysia mendapati perbuatan menghisap rokok dalam kalangan pelajar
khususnya tidak boleh dianggap sebagai perkara biasa. Kebanyakan aktiviti merokok ini biasanya
dilakukan oleh para pelajar di dalam tandas yang menjadi tempat perlindungan
merokok yang selamat.
3. Membolos
Jenis-jenis masalah disiplin yang tergolong dalam kategori membolos ialah
ponteng kelas, ponteng sekolah, ponteng aktiviti kokurikulum, datang lambat ke
sekolah, makan di kantin semasa waktu pelajaran, lewat ke perhimpunan sekolah,
berkhayal atau tidur dalam bilik darjah.
a) Ponteng
Sekolah
Saban
hari kadar peningkatan masalah disiplin di sekolah yang mendadak telah
menimbulkan tanda tanya dan membimbangkan pelbagai pihak mengenai punca sebenar
berlakunya fenomena ini. Kes ponteng
sekolah terutamanya mencatat bilangan yang tertinggi berbanding degan kes
disiplin yang lain. Gejala ponteng
sekolah dalam kalangan para pelajar sekolah semakin bertambah dengan kadar yang
serius walaupun berbagai-bagai langkah telah dilaksanakan bagi menangani masalah ini. Menurut Zainal Madon dan Mohd Sharani Ahmad
(2005), ponteng sekolah boleh didefinisikan sebagai perbuatan yang menjauhkan
diri daripada sekolah tanpa keizinan guru ataupun ibu bapa.
Masalah ponteng sekolah ini semakin hari semakin
meningkat akibat daripada pengaruh luar dan masalah ini banyak menyusahkan
pihak pendidik, ibu bapa dan masyarakat. Terlibat dalam gejala ponteng sekolah
ini boleh menyebabkan pelajar terjerumus dalam kumpulan jahat, merokok,
menghisap dadah, berfoya-foya dan sebagainya.
Keadaan ini menyebabkan para pelajar akan ketinggalan dalam pelajaran serta
mewujudkan masalah sosial lain. Selain ponteng sekolah, terdapat beberapa jenis
ponteng yang turut menjadi isu masalah disiplin dalam kalangan pelajar era ini
iaitu ponteng kelas, ponteng perhimpunan, ponteng asrama dan ponteng aktiviti
kokurilkulum. Seseorang pelajar itu akan
dikategorikan sebagai ponteng apabila pelajar tidak menghadiri
aktiviti-aktiviti yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah tanpa sebab dan
kebenaran daripada Pengetua atau Guru besar.
Jika masalah ponteng ini tidak diatasi pada peringkat awal, murid-murid
tersebut akan terus hanyut dengan tabiat buruk mereka ini.
b) Datang
Lewat
Setiap
institusi sekolah menekankan agar setiap pelajar sentiasa menghormati
peraturan-peraturan dan mendisiplinkan diri dalam semua hal. Para pelajar perlu mematuhi
peraturan-peraturan yang sudah dirangka oleh pihak sekolah. Walau bagaimana pun, masih ada pelajar
sekolah yang tidak dapat mendisiplinkan diri mereka dalam menetapi masa yang
telah ditetapkan untuk menghadirkan diri ke sekolah. Masalah disiplin yang kerap kali ditimbulkan
ialah masalah datang lewat ke sekolah.
Ramai pelajar yang lazim tidak menetapi masa permulaan sekolah dan suka
memberi alasan yang kurang memuaskan.
Golongan seperti ini datang ke sekolah secara sambil lewa tanpa
memikirkan ianya akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Masalah datang lewat ke sekolah ini adalah
perkara yang selalu berlaku tanpa ada kesudahannya.
Konsep datang lewat ke sekolah ini terdiri daripada dua
kategori iaitu datang lewat yang dirancang dan datang lewat yang tidak tidak
dirancang. Terdapat beberapa faktor yang
sering menjadi punca para pelajar datang lewat ke sekolah, antaranya ialah
bangun lewat, kesesakan lalu lintas, kediaman di luar kawasan penempatan
sekolah, sikap murid tidak menghargai masa, sikap ibu bapa atau penjaga yang
tidak prihatin terhadap ketetapan masa murid untuk hadir ke sekolah, sikap guru
yang sambil lewa tentang kes datang lewat dan kurang penguatkuasaan tentang
peraturan datang lewat.
4. Menipu
Manakala jenis-jenis masalah disiplin yang tergolong dalam kategori menipu
pula ialah meniru di dalam ujian atau peperiksaan, menyalin kerja murid lain,
tidak menghantar buku latihan untuk diperiksa, menulis dan menandatangani
sendiri surat ibu bapa, menandatangani sendiri buku kemajuan, bercakap bohong,
berpura-pura sakit. (Mok Soon Sang, 2008).
Masalah-masalah disiplin ini juga berlaku di dalam bilik darjah. Ia Dapat
diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu :-
1. Semasa pengajaran dan pembelajaran.
Contohnya melawan
dan tidak menghormati guru, membaca bahan-bahan lain, mengeluarkan kat-kata
kesat, makan, membuat bising atau bergerak bebas di dalam bilik darjah,
mengganggu pengajaran dan pembelajaran,tidak membuat kerja seperti yang
diarahkan, ponteng kelas dan lewat masuk ke kelas.
2. Di luar waktu pengajaran dan pembelajaran (semasa ketiadaan
guru).
Contohnya melawan dengan ketua tingkatan atau pengawas, membuli rakan, berkeliaran, makan, membuat bising, merosakkan harta benda seperti kerusi, meja, papan kenyataan, menipu (melibatkan wang) rakan, mengeluarkan kata-kata lucah dan mencuri (Shahabudin Hashim, Rozihani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad, 2007). Menurut (Mok Soon Sang, 2008), Laporan Disiplin Pelajaran Sekolah Malaysia, data jenis salah laku di sekolah yang dikumpulkan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Pelajaran adalah diturunkan seperti berikut:
Contohnya melawan dengan ketua tingkatan atau pengawas, membuli rakan, berkeliaran, makan, membuat bising, merosakkan harta benda seperti kerusi, meja, papan kenyataan, menipu (melibatkan wang) rakan, mengeluarkan kata-kata lucah dan mencuri (Shahabudin Hashim, Rozihani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad, 2007). Menurut (Mok Soon Sang, 2008), Laporan Disiplin Pelajaran Sekolah Malaysia, data jenis salah laku di sekolah yang dikumpulkan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Pelajaran adalah diturunkan seperti berikut:
a) Salah Laku Pelajar-pelajar di Peringkat Sekolah Rendah
Salah laku yang berlaku di peringkat
sekolah rendah dapat dibahagikan kepada 8 kategori iaitu kategori jenayah,
lucah,kemasan diri, tidak pentingkan masa, kurang sopan, laku musnah, tidak
jujur dan ponteng.
·
Jenis salah laku yang merangkumi
kategori jenayah ialah berjudi,mencuri, melawan guru, melawan pengawas, peras
ugut, membuli, mengancam murid.
Jenis salah laku yang merangkumi kategori lucah ialah menggunakan kata-kata lucah melukis gambar lucah dan membaca komik lucah.
Jenis salah laku yang merangkumi kategori lucah ialah menggunakan kata-kata lucah melukis gambar lucah dan membaca komik lucah.
·
Jenis salah laku yang merangkumi
kategori kemasan diri ialah berambut panjang, rambut berwarna dan kurang kemas,
berkuku panjang, berpakaian tanpa mengikut peraturan sekolah, memakai kasut
kotor.
·
Jenis salah laku yang merangkumi
kategori tidak pentingkan masa ialah berkeliaran, lewat ke perhimpunan sekolah,
makan di luar masa rehat, berbual-bual atau buat bising dalam bilik darjah,
tidak buat kerja sekolah mengikut masa.
·
Jenis salah laku yang merangkumi
kategori kurang sopan ialah berkasar dengan guru,pengawas atau murid, berbahasa
kesat, menyimpan atau menghisap rokok, mengganggu pengajaran,tidak hormat guru
atau pengawas, kelakuan kurang sopan.
·
Jenis salah laku yang merangkumi
kategori laku musnah ialah merosakkan harta benda sekolah, guru dan murid.
·
Jenis salah laku yang merangkumi
kategori tidak jujur ialah menipu (melibatkan wang), menipu sekolah, guru dan
murid.
·
Jenis salah laku yang merangkumi
kategori ponteng ialah ponteng kelas, sekolah, aktiviti kokurikulum, kelas
tambahan dan aktiviti sekolah.
b) Salah Laku Pelajar-pelajar di Peringkat Sekolah Menengah.
Salah laku yang berlaku di peringkat sekolah menengah adalah lebih kurang sama
juga sepertimana salah laku yang berlaku di peringkat sekolah rendah di mana ia
terdiri daripada 8 kategori iaitu kategori jenayah, lucah,kemasan diri, tidak
pentingkan masa, kurang sopan, laku musnah, tidak jujur dan ponteng. Namun
salah lakunya adalah lebih berat dan rumit iaitu:-
·
Jenis salah laku yang merangkumi
kategori jenayah ialah berjudi, melawan guru, pengawas dan pelajar, memeras
ugut, membuli, salahguna dadah, membawa senjata, mencabuli kehormatan,
mengancam pelajar, menceroboh, terlibat dalam kongsi gelap, tunjuk perasaan,
menentang peraturan sekolah dan pihak sekolah.
·
Jenis salah laku yang merangkumi
kategori lucah ialah bercumbuan,
berkhalwat, membawa atau membaca bahan lucah, mengintai pelajar perempuan, menggunakan kata-kata lucah, melukis gambar lucah.
berkhalwat, membawa atau membaca bahan lucah, mengintai pelajar perempuan, menggunakan kata-kata lucah, melukis gambar lucah.
·
Jenis salah laku yang merangkumi
kategori kemasan diri ialah berambut panjang, rambut berwarna dan kurang kemas,
berkuku panjang, bermisai atau berjanggut, berpakaian tanpa mengikut peraturan
sekolah, memakai barang kemas.
·
Jenis salah laku yang merangkumi
kategori tidak pentingkan masa ialah berkeliaran, lewat ke perhimpunan
sekolah,bengkel, makmal atau bilik darjah, makan di luar masa rehat,
berbual-bual atau buat bising dalam bilik darjah, sembunyi diri dalam
perpustakaan atau tandas, tidak buat kerja sekolah mengikut masa.
·
Jenis salah laku yang merangkumi
kategori kurang sopan ialah berkasar dengan guru, pengawas atau pelajar,
berbahasa kesat, menyimpan atau menghisap rokok, mengganggu pengajaran
pembelajaran,tidak hormat guru atau pengawas.
·
Jenis salah laku yang merangkumi
kategori laku musnah ialah
merosakkan harta benda sekolah, pengetua,guru,pelajar dan kantin.
merosakkan harta benda sekolah, pengetua,guru,pelajar dan kantin.
·
Jenis salah laku yang merangkumi
kategori tidak jujur ialah menipu
(melibatkan wang), menipu sekolah, pengetua, guru,pelajar dan kantin.
(melibatkan wang), menipu sekolah, pengetua, guru,pelajar dan kantin.
·
Jenis salah laku yang merangkumi
kategori ponteng ialah ponteng kelas,
sekolah, perhimpunan, aktiviti kokurikulum, ujian, peperiksaan, kelas
tambahan, tugas sekolah dan aktiviti sekolah.
sekolah, perhimpunan, aktiviti kokurikulum, ujian, peperiksaan, kelas
tambahan, tugas sekolah dan aktiviti sekolah.
Mengikut analisis, sepuluh salah laku yang berkerapan tinggi berlaku di
peringkat sekolah menurut urutan ialah:-
1. Ponteng sekolah
2. Mencuri
3. Mengancam murid sekolah
4. Berkasar dengan murid sekolah
5. Berbahasa kesat
6. Datang sekolah/masuk kelas lambat
7. Membuat bising dan menggangu pelajaran.
8. Merosakkan harta benda sekolah
9. Ponteng aktiviti kokurikulum
10.
Ponteng kelas
5.0 KEMAHIRAN
Meskipun pemanfaatan media, metode, strategi, sumber
belajar, dan sistem evaluasi pembelajaran telah menunjukkan adanya perubahan,
tetapi sistem dan setting tradisional
masih mewarnai setiap penyelenggaraan pendidikan. Sering sekolah masih
menggunakan format ruang kelas yang sama dengan yang digunakan pada puluhan dan
bahkan ratusan tahun lampau dan buku-buku masih merupakan bagian penting dari
sistem pendidikan berdasarkan kurikulum yang kaku. Memasuki abad ke-21 sekarang
ini, berbagai cara tradisional memperlihatkan pergeseran yang hebat, di mana
pendidikan online telah membawa impak pada perubahan-perubahan yang menentang
cara tradisional itu. Perubahan yang dimaksudkan paling sedikit dapat dilihat
dari tiga kecenderungan saat ini, yakni home schooling, self-study, dan
kegagalan pendidikan tradisional.
Kurikulum adalah ‘core’ kepada
‘business’ pendidikan. Ia merupakan satu rancangan pendidikan yang membendung
segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma serta unsur-unsur
kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan
kepada ahli-ahli dari satu generasi kepada satu generasi lain. Rancangan
pendidikan ini bertujuan untuk memenuhi keperluan individu dan negara. Dalam
Laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) kedua-dua keperluan
dihuraikan seperti berikut :
" Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah
untuk membina perkembangan murid yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal
dan emosi serta menyemai, menanam dan memupuk nilai-nilai akhlak yang diingini,
di samping menyampaikan ilmu pengetahuan. Dalam konteks negara Malaysia,
kurikulum itu juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita
negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukun negara di samping
menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara. "
Dalam proses
menyediakan warganegara Malaysia dengan pendidikan yang lengkap bagi mengisi
dua keperluan utama iaitu keperluan individu dan keperluan negara, kurikulum
perlu dirancang dan diurus dengan teliti. Ini amat penting untuk menentukan
supaya kurikulum ini sesuai dengan keperluan dan berkualiti cemerlang.
Pembangunan tenaga
manusia dan tenaga rakyat menjelang abad ke 21 tidak terhad kepada penyediaan
dan pembekalan tenaga pekerja yang berketerampilan dalam sektor-sektor
perindustrian dan perdagangan sahaja.
Kurikulum bagi abad ke
21 perlu dibentuk supaya relevan dan koheran dengan keadaan pada masa itu dan
boleh memenuhi matlamat-matlamat yang ditentukan. Garis panduan tentang bentuk,
isi dan pelaksanaan kurikulum itu pastinya ditentukan (dictated) oleh senario
yang dapat dilihat dari aliran pembangunan dan kemajuan teknologi.
Perancangan kurikulum
abad ke 21, mestilah bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya dapat
menentukan corak masyarakat dan profil bangsa dan warganegara Malaysia.
Warganegara Malaysia
bagi abad ke 21 mestilah dapat menangani cabaran yang akan dibawa arus oleh
globalisasi, ledakan ilmu dan maklumat. Warganegara berupaya merancang masa
depan mereka dan mampu membuat pilihan yang bijak dan tepat sesuai dengan
budaya dan nilai-nilai semasa.
Untuk memenuhi matlamat
mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersikap terbuka dan kreatif, kurikulum
yang direncanakan mestilah mampu membekalkan pelajar dengan kesediaan diri yang
kukuh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Fokus pengisian kurikulum
semestinya lebih daripada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas tetapi
kepada penguasaan berbagai-bagai kemahiran iaitu:-
- kemahiran berfikir secara kritikal
dan kreatif
- kemahiran berkomunikasi secara
berkesan
- kemahiran menikmati keindahan
ciptaan dan seni
- kemahiran membuat pilihan dan
membuat keputusan
- kemahiran mencari,
menginterpretasikan dan mengaplikasikan maklumat
- kemahiran bergaul dan bekerjasama
dengan orang lain
- kemahiran kepimpinan dan pengurusan
Pengajaran dan
pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan kurikulum. Menjelang
abad ke 21 pelajar perlu mendapat segala kemudahan yang disediakan untuk
membantu mereka dalam proses pembelajaran. Komputer sudah pasti digunakan
secara meluas.
Sumber pengetahuan
utama abad ke 21 kelak merupakan sumber yang berkaitan dengan teknologi
maklumat. Dengan itu kemudahan seperti komputer, multimedia, cekera padat dan
lebuh raya maklumat seperti 'internet' perlu disediakan untuk digunakan oleh semua
pelajar. Adalah diharapkan pengajaran dan pembelajaran pada abad ke 21 dibantu
sepenuhnya oleh komputer. Ini bukan bertujuan menggantikan guru dengan
penggunaan teknologi tetapi untuk menimbulkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang lebih menyeronokkan, berkesan dan lebih bermakna kepada
pelajar.
Proses pengajaran dan
pembelajaran dalam abad ke 21 masih tetap berpusatkan pelajar. Malah ia perlu
dipertingkatkan daripada apa yang diamalkan sekarang. Guru memainkan peranan
lebih penting kepada pelajar dengan melibatkan pelajar sepenuhnya secara aktif
dalam semua aktiviti sama ada di dalam atau di luar darjah. Guru lebih-lebih
lagi berperanan sebagai pemudah (fasilitator) pembelajaran dan berperanan
sebagai pembekal maklumat.
Pelbagai aktiviti
pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang oleh guru bagi membina dan
mengukuhkan minat murid terhadap pembelajaran. Murid dibimbing supaya bersedia
menerima pengajaran dan berupaya untuk meneruskan pembelajarannya sendiri.
Pelajar ketika itu perlu dilatih untuk berdikari, yakin pada diri sendiri dan
meningkatkan rasa tanggungjawab.
Dalam rangka pengajaran
dan pembelajaran berpusatkan pelajar, tenaga pengajar/guru di sesebuah bilik
darjah sekurang-kurangnya terdiri daripada seorang guru dan seorang pembantu
guru untuk membimbing pelajar yang tidak melebihi 25 orang pelajar. Keadaan
kelas dengan dua orang guru dengan sekelompok murid patut dijadikan amalan bagi
meningkat dan mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan
pelajar.
Perlu ditegaskan bahawa
apa pun bentuk reformasi kurikulum yang dianjurkan tidak akan dapat hasil yang
diharapkan jika tidak diikuti dengan penyusunan semula di dalam bidang-bidang
lain, kerjasama di antara agensi-agensi di Kementerian Pendidikan dan mengambil
perhatian yang berat tentang pelaksanaannya. Dalam menjayakan hasrat penubuhan
Sekolah Bestari, tumpuan utama seharusnya diberikan kepada pembangunan
prasarana teknologi, penyediaan latihan semula guru, penyediaan bahan kursus
dan format penilaian, di samping penglibatan pihak swasta, ibu bapa dan
komuniti dalam menangani tugas yang besar ini.
6.0 KESIMPULAN
Perkembangan dunia aspek ekonomi, sosial, politik dan
teknologi seharusnya menjadi indikator asas kepada sistem pendidikan dan
persekolahan untuk memenuhi keperluan tenaga manusia yang berteraskan keilmuan
yang berkualiti, asas nilai dan moral yang berdasarkan kepercayaan kepada
Tuhan, memelihara perpaduan rakyat sebagai bangsa Malaysia, dan manusia yang
bertaraf dunia. Para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia
yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21.Sistem pendidikan yang terbaik akan
menghasilkan pelajar yang cemerlang dan membentuk modal insan yang berahlak
mulia.Guru sememangnya membentuk modal insan yang terbilang,cemerlang dan
gemilang.
8 comments:
Umm... boleh x email kat saya. saya pasukan bahas, perlukan bahan ini. terima kasih.
alahai...kjmny....hahahahaha
saya meminta izin pihak tuan untuk merujuk penulisan ini bagi menyiapkan tugasan universiti..Terima kasih. :)
tq..isi yg kemas. mohon sent rujukan bibliografi yg digunakan. nordianamohdnor@gmail.com
Maaf, saya mohon izin untuk dikongsi bahan penulisan ini. Terima kasih.
mohon send kepada suhailanatasharezal@gmail.com
pls kongsi bahan penulisan ini...saya amat memerlukan
mohon kongsi penulisan ini, saya amat memerlukannya untuk dijadikan sebagai bahan rujukan
Post a Comment