Sunday 30 December 2012

ZAMRY ANAK BULI (PT122296CT)


TUGASAN 1

Dengan modal 1 juta saya akan buka kedai fotostat dan print disini. Ini kerana disini terdapat ramai pelajar sama ada pelajar swasta atau awam, Terutamanya pelajar UMS sendiri. Kemudahan untuk fotostat nota, assignment atau buku adalah sangat diperlukan.
untuk memastikan perniagaan saya untung, saya kena buka kedai saya lebih awal dan tutup lewat malam. Ini kerana, dari apa yang saya lihat, pelajar yang ingin menggunakan perkhidmatan fotostat ini tidak mengira waktu. Awal pagi sebelum kuliah atau tengah malam. Kalau dah masa gawat, waktu subuh, masih gelap pun ada pelajar yang mencari kedai untuk print assigment. Jadi saya dapat bayangkan bahawa perniagaan ini amat menguntungkan disini.


TUGASAN 2

Usaha tangga kejayaan. Saya percaya dengan usaha berterusan, setiap keinginan itu akan tercapai. Disamping itu, kejujuran dalam menjalankan perniagaan amat penting kerana dengan kejujuran akan menarik lebih ramai pelanggan. kemesraan perlu diutamakan supaya pelanggan sentiasa suka datang. dengan kata lain pelanggan perlu diutamakan kerana pelanggan lah yang akan menentukan kejayaan perniagaaan kita. Tanpa pelanggan, perniagaan itu akan gagal. Sebelum memulakan perniagaan perancangan yang perlu adalah menentukan kumpulan sasaran dan potensi untuk perniagaan itu berjaya di kawasan yang dikehendaki. Semasa menjalankan perniagaan, promosi perlu dibuat secara berterusan. kebajikan pelanggan perlu dijaga. pandangan serta komen pelanggan perlu diambil kira. Setelah perniagaan dijalankan, penambahbaikan perkhidmatan perlu dipertingkatkan. Sebab itu pendapat pelanggan perlu diambilberat. ini dapat menjamin kejayaan perniagaan untuk jangka panjang.







TUGASAN 3

Pada pendapat saya, multi modality bermakna seorang guru perlu mempunyai kebolehan yang pelbagai. dengan kata lain seorang guru perlu tahu menggunakan kaedah pengajaran yang berbeza untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza


TUGASAN 4

Sila respon untuk isu ini pula
i) Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran
ii) cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning
iii) cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills)
iv) cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar.
v) cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran

i)menambah minat pelajar dengan menyediakan grafik yang menarik
ii)boleh digunakan dimana-mana sahaja dan memudahkan pengulangan
iii)meningkatkan kemahiran berfikir pelajar kerana pelajar dapat melihat sendiri berbanding penerangan guru yang memerlukan pelajar membayangkan situasi-situasi tertentu yang diterangkan oleh guru
iv)penggunaan video akan mengurangkan kemahiran sosial pelajar, menyebabkan pelajar kurang berinteraksi dengan rakan-rakan dan juga guru
v)kesedaran akan meningkat. sebagai contoh; kesan penggunaan dadah. dengan pembelajaran menggunakan video, pelajar dpat melihat kesan sebenar penyalahgunaan dadah.






TUGASAN 5

Apakah kekangan jika kita menggunakan video dalam kelas?

kekangan dari segi peralatan melibatkan kos yang tinggi. bukan semua sekolah mempunyai skrin dalam setiap kelas. penggunaan video di sesetengah sekolah terutamanya di luar bandar memaksa guru membawa pelajar ke bilik khas seperti pusat sumber. hal ini menyebabkan pembaziran masa berlaku. pemasangan peralatan juga memerlukan masa. tambahan lagi, pemasangan skrin di dalam kelas akan membawa risiko skrin dirosakkan oleh pelajar. Walau bagaimanapun perkara ini dapat diatasi sekiranya terdapat pengawasan yang rapi oleh pihak guru dan sekolah amnya. bilik kelas yang sentiasa berkunci, atau penyediaan peti keselamatan di dalam kelas perlu untuk menyimpan peralatan tersebut supaya guru tidak perlu memanggil pelajar untuk mengambil peralatan dari bilik guru setiap kali ingin menggunakannya. ini dapat mengurangkan pembaziran masa.


TUGASAN 6

Bagaimana mengguna video dalam kelas? sebelum, semasa dan selepas

Sebelum kelas;
 memastikan peralatan berfungsi dengan baik, bunyi serta paparan yang jelas didengar dan dilihat oleh pelajar terutama yang duduk di belakang kelas.

Semasa kelas;
 memastikan pelajar memberi perhatian kepada video, mengawal pelajar supaya tidak mengganggu peralatan video yang digunakan dan memberi tambahan kepada penerangan yang terdapat dalam video.

Selepas kelas;
memastikan peralatan dibuka dan disimpan dengan elok dan selamat

TUGASAN 7

Assignment manipulatives

Kemahiran manipulatif ini melibatkan gerakan dan koordinasi antara anggota badan yang seterusnya akan mengembangkan kemahiran motor mereka, koordinasi mata tangan, meningkatkan daya tumpuan, menambah persepsi visual, dan dapat mengukuhkan konsep saiz, bentuk, warna dan corak..Manipulatif adalah berkaitan hubungan dengan objek sama ada mengenakan tindakan atau menerima gerak balas darinya. Oleh itu anggota kaki dan tangan merupakan anggota yang paling kerap digunakan dalam kemahiran manipulatif. Penggunaan tangan dalam kemahiran manipulatif dapat dilihat misalnya dalam aktiviti menulis, mewarna atau memegang objek.Bagi meningkatkan kemahiran manipulatif kanak-kanak, guru seharusnya membuat perancangan ruang yang baik dalam menggunakan sumber yang sedia ada di sekolah. Guru harus mengenal pasti tempat serta peralatan yang sesuai dan boleh digunakan untuk melatih kemahiran manipulatif

















TUGASAN 8

Jawab lima soalan ini dengan ringkas sahaja ya....
1) apa kah yang dimaksudkan dengan video literasi?
2) Nyatakan lima konsep utama menonton dan menghasilkan video.
3) Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video?
4) Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video dalam pendidikan menyokong pembelajaran pelajar?
5) Nyatakan pros

1)Literasi video bermaksud pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk mengambil video atau pandangan bermakna untuk menghasilkan video. Penggunaan video dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang mana video pembelajaran ini boleh didefinisikan sebagai gabungan bunyi dan visual yang direkod ke dalam pita video dan dimainkan melalui kaca TV di dalam bilik darjah.
2) Menonton :
a. siapa yang mencipta mesej ini?
b. teknik kreatif apa yang digunakan untuk menarik perhatian saya?
c. bagaimana mungkin pelbagai orang memahami mesej ini berbeza?
d. apakah nilai, gaya hidup, dan mata pandangan yang ditinggalkan?
e. apakah tujuan mesej?

Menghasilkan video :
a. apa yang saya karang atau hasilkan?
b. adakah mesej mencerminkan pemahaman dalam format, kreativiti dan
teknologi?
c. adakah mesej saya menarik perhatian penonton sasaran saya?
d. adakah saya jelas dan konsisten berkenaan dengan rangka nilai, gaya hidup, dan
pandangan dalam mesej saya?
e. adakah maksud yang ingin saya sampaikan berkesan?

3)Penggunaan video sebagai bahan bantu mengajar memberikan satu pengalaman baru kepada sebilangan pelajar. Media video dan televisyen dapat membawa pelajar ke mana-mana sahaja, terutama sekali jika tempat atau peristiwa yang ditayangkan itu terlalu jauh untuk dilawati, atau merbahaya. Dengan penayangan video, pelajar dapat merasa seolah-olah mereka berada atau turut serta dalam suasana yang digambarkan. Sebagai contoh, proses penjanaan elektrik dapat ditunjukkan kepada pelajar melalui video. Ianya dapat membantu pelajar membayangkan cara kerja stesen janakuasa elektrik di samping memberi pengalaman kepada para pelajar secara visual.

4) a. Video dokumentari - merupakan video yang digunakan untuk dokumentari sebenar seperti
haiwan-haiwan di Afrika. Contohnya National Geographic channel.
b. Video Dramatris : Video yang membawa pelajar untuk berilusi melepasi pemikiran logik.
c. Video Penceritaan : Video yang menceritakan tentang sesuatu perkara.
d. Video Virtual : Video yang membawa pelajar ke tempat yang tidak dapat di kunjungi oleh
pelajar dalam masa terdekat.

5) Ciri-ciri video pendidikan yang berkesan iaitu:
a. Mencapai matlamat/objektif pembelajaran
b. Membantu peningkatan proses pembelajaran pelajar dari aspek kesan bunyi, penggunaan
grafik, penggunaan animasi dan penggunaan warna.
c. Kandungan mestilah sesuai dengan pembelajaran mudah difahami dan mencapai
objektif yang ditetapkan.
d. Pemilihan media mestilah bersesuaian dengan kos alatan, senang dikendalikan dan tidak membebankan.
e. Persembahan video berupaya menunjukkan konsep kemahiran motor melibatkan
pergerakan.
f. Reka bentuk skrin paparan yang sesuai dapat meningkatkan minat pelajar. Warna latar
belakang yang digunakan juga perlulah sesuai.
g. Integrasi teks bermaklumat, integrasi grafik yang menarik perhatian, integrasi animasi
berilmu, integrasi audio menarik perhatian dan integrasi video tepat dan sesuai mampu
menarik minat pelajar. Penggunaan video boleh menggalakkan perkembangan kreatif dan
kritikal.
h. Bahan pembelajaran berkesan dapat menggalakkan berlaku pemindahan pembelajaran
kerana konsep-konsep dapat ditangkap dengan lebih jelas lagi. Ia dapat mengembangkan
kebolehan berkomunikasi kerana melalui alat bantu mengajar, interaksi antara pelajar-
pelajar digalakkan. Topik yang dipaparkan oleh media mestilah relevan dan memenuhi sukatan.
Ini membolehkan pelajar berupaya mencerna fikiran.
i. Aktiviti pembelajaran dipelbagaikan dengan melakukan pelbagai aktiviti sebelum, semasa dan selepas media yang digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar mempunyai sikap positif terhadap pembelajaran mereka dengan penggunaan video.
j. Penggunaan grafik mestilah menarik dengan penggunaan warna menarik dan penggunaan
animasi menarik. Selain itu, jenis bunyi mestilah sesuai dan menarik.
k. Meransang perkembangan kognitif dan psikomotor pelajar.





















TUGASAN 9

Sila refleks tentang proses dan ciri-ciri reka cipta visual

Pembelajaran menggunakan visual merupakan proses pembelajaran yang melibatkan objek-objek visual yang memberikan rangsangan kepada individu untuk meneroka maklumat-maklumat baru. Pemahaman serta tafsiran ini akan diterjemahkan daripada berbentuk gambaran kepada bentuk perkataan atau lisan ataupun perbuatan.
Literasi visual mendidik pelajar mengenai cara-cara untuk menterjemahkan sesuatu gambaran kepada bentuk-bentuk yang boleh di baca atau dalam bentuk grafik yang boleh difahami umum. Ia juga membolehkan pelajar untuk mencipta mesej-mesej tertentu melalui penghasilan visual yang bersesuaian dan mudah difahami umum.
Pelajar membuat tafsiran dan pemahaman mengenai visual yang dipaparkan dan pengajar membimbing pelajar agar tafsiran dan pemahaman tersebut mengikut objektif pembelajaran.

Pisual adalah alat komunikasi yang dapat menyediakan rujukan konkrit yang lebih baik daripada penyataan secara lisan atau bertulis. ini bermakna fungsi utama visual adalah untuk meningkatkan komunikasi dalam pengajaran. keberkesanan bahan visual bergantung kepada kualiti yang ada pada visual tersebut. maka reka bentuk visual (design of visual) amat penting. terdapat 3 bentuk visual iaitu fotografik, elektronik, dan grafik. fotografik dan elektonik menyediakan ilustrasi melalui gambar, sejenis visual yang mewakili realiti dalam keadaan yang paling realistik, iaitu menyerupai sesuatu subjek atau situasi yang sebenar. manakala bahan grafik pula menyediakan ilustrasi secara artistik atau simbolik yang terdiri daripada 2 kategori visual iaitu visual analogik (cth: kartun) dan visual organisasi (cth: peta,graf, dsb)

Terdapat 6 prinsip grafik iaitu simplisiti, dominan, pola, seimbang, variasi danharmoni.
Selain daripada memiliki 6 prinsip tersebut, ciri-ciri visual yang baik juga perlu ;
1. mudah dibaca dan difahami
2. elemen warna yang menarik, dan
3. penggunaan huruf yang menarik dan mudah dibaca


LITERASI MAKLUMAT

Keupayaan mendapat makna daripada maklumat.
Keupayaan mendapatkan maklumat yang relevan sesuai dan berguna dengan berkesan dan cekap.
Mengolah data kepada maklumat dan ilmu yang berguna untuk kepentingan sejagat dan dapat menyelesai masalah dan buat keputusan.
Seseorang yang “Information-Literate” boleh :
Mengakses maklumat secara efisien dan berkesan.
Menilai maklumat secara kritis dan cekap.
Mengguna maklumat secara kreatif dan berkesan.
Berusaha mendapatkan maklumat berhubung dengan kepentingan peribadi, akademik dan kerjaya.
Menghargai dan seronok dengan bahan-bahan sastera dan penulisan kreatif.
Berusaha ke arah kecemerlangan dalam mendapatkan maklumat dan penjanaan ilmu.
Menyedari kepentingan maklumat dalam masyarakat demokratik.
Mengamalkan tingkah laku yang baik (etika) berhubung dengan maklumat dan IT.




0 comments:

Post a Comment


 
Powered by Blogger