Tugasan 1
Perniagaan Jalan UMS
Modal RM1 juta. Apakah jenis perniagaan yang hendak
dijalankan? Mengapa? Bagaimana untuk memastikan perniagaan anda UNTUNG?
Dengan bermodalkan RM1 juta, saya akan membuka satu kedai
makan berhampiran dengan kampus yang turut disediakan dengan perkhidmatan
mencetak supaya memudahkan pelajar mencetak maklumat selepas waktu kuliah. Saya
memilih menjalankan perniagaan kedai makan kerana saya percaya ia akan menjadi
tumpuan pelajar di situ sbelum atau selepas waktu kuliah. Untuk memastikan
perniagaan saya sentiasa mendapat keuntungan saya akan sentiasa mempelbagaikan
menu yang dihidangkan dan juga memastikan makanan yang disajikan dalam keadaan
yang bersih, sedap dan selamat dimakan. Bagi perkhidmatan mencetak pula, saya
akan menawarkan harga yang murah untuk pelajar supaya tidak membebankan
pelajar, dengan cara itu saya percaya pelajar akan memilih kedai saya untuk
kepuasan mereka.
Untuk memastikan perniagaan saya untung, saya akan
menyajikan makanan seperti lauk pauk yang membuka selera pelanggan dan
mempelbagaikan menu setiap hari disamping memberikan harga yang berpatutan dan
memberikan layanan yang mesra kepada pelanggan untuk menarik minat pelanggan
supaya sentiasa mengunjungi kedai saya. Dengan ramainya pelanggan yang datang,
saya bakal mengaut keuntungan yang berlipat ganda. Sebelum memulakan perniagaan
saya akan memikirkan apa jenis makanan yang paling digemari masyarakat atau
pelajar berdekatan supaya senang untuk saya menyediakan jenis makanan tersebut
dan faktor untuk mempromosikan kedai makan dan kedai cetak saya, semasa
perniagaan dijalankan pula faktor yang penting ialah untuk memastikan tahap
kebersihan kedai makan saya dalam kategori gred A dan kedai cetak saya sentiasa
memuaskan pelanggan. Manakala setelah perniagaan dijalankan faktor yang perlu
difikirkan ialah untuk mengekalkan pelanggan yang sedia ada dan menarik
pelanggan baru supaya lebih ramai datang ke kedai makan dan kedai cetak saya. Untuk
mengekalkan pelanggan yang sedia ada dan menarik pelanggan baru saya akan
memperbaiki mutu perkhidmatan di kedai saya seperti meyediakan makanan yang
segar dan bersih serta memberi layanan yang mesra kepada pelanggan.
Tugasan 2
Apakah definisi teori multi modality? Apakah yang
dimaksudkan multi modality instruction?
Teori multimodality merupakan teori yang boleh digunakan
untuk mengaplikasikan rangka kerja tertentu dalam p&p dengan menggunakan
pelbagai kaedah untuk menyampaikan isi pembelajaran. Manakala multi modality
instruction pula ialah cara memberi maklumat yang penting dan tugasan dalam
format kedua-dua lisan dan bertulis untuk membantu menggalakkan akses kepada
kandungan kursus. Pendekatan multi-modality instruction membantu pelajar dalam
mencari modaliti yang konsisten dengan kekuatan pembelajaran mereka.
Tugasan 3
i) Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran.
Penggunaan video dalam pembelajaran sebenarnya sangat
memberi manfaat kepada guru mahupun pelajar kerana ia mempunyai elemen-elemen
seperti teks, grafik, video, audio dan animasi yang boleh dipersembahkan secara
serantak dengan stail pembelajaran iaitu VARK- Visual, Auditori, Read & Kinestetik.
Penggunaan video dalam pembelajaran akan menarik minat pelajar untuk terus
mengikuti sesi p&p.
ii) Cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning
Penggunaan video boleh dijalankan secara online jika
melalui ubiquitous learning. Kita boleh melaksanakan pembelajaran menggunakan
video di mana saja kita berada kerana kita boleh berinteraksi dengan
siapa-siapa sahaja yang menggunakannya secara serentak. Interaksi ini akan
membolehkan kita saling berkongsi pendapat dan maklumat walau di mana kita
berada.
iii) Cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills)
iii) Cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills)
Melalui penggunaan video dalam p&p dapat menyokong
dan menggalakkan penggunaan ICT dalam p&p kerana penggunaan video biasanya
memerlukan tahap pemikiran yang tinggi (high-order thinking skills), kerana
sebelum membuat video supaya berkualiti tinggi kita kena memikirkan semua
elemen yang akan dimasukkan ke dalam video yang mana memerlukan kepandaian dlm
ICT sebenar.
iv) Cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial
pelajar.
Penggunaan video dapat meningkatkan kemahiran sosial
pelajar dari segi kreativiti, kepimpinan, motivasi dan pembelajaran koperatif.
v) Cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan
kesedaran.
Pelajar yang mahir menggunakan video dalam pembelajaran
akan mempunyai tahap kesedaran yang lebih terutamanya dalam isu-isu semasa.
Pelajar juga akan mendapat faedah dari segi mendapat idea untuk mengarang esei
selepas melihat tayangan video tersebut. Melalui penggunaan video dalam
kehidupan seharian pelajar lebih mengenali dunia IT.
Tugasan 4
Apakah kekangan jika kita menggunakan video dalam kelas?
Kekangan jika kita menggunakan video dalam kelas ialah
dari aspek persekitaran. Jika pembelajaran dalam kelas menggunakan kaedah video
guru hendaklah memastikan suasana kelas dalam keadaan yang sunyi supaya pelajar
dapat mendengar dengan jelas maklumat yang disampaikn kerana kebiasaannya kelas
bukan tempat kalis bunyi. Jika hendak menggunakan video dalam pembelajaran,
guru hendaklah mencari sebuah bilik yang tertutup supaya pelajar dapat
mendengar dengar jelas maklumat yang ingin disampaikan oleh guru. Pembelajaran
menggunakan video dalam kelas juga tidak sesuai kerana dipengaruhi oleh bunyi
bising yang datang dari kelas bersebelahan. Ini merupakan kekangan menggunakan
video dalam kelas yang terdedah dengan bunyi bising.
Tugasan 5
Bagaimana mengguna video dalam kelas, sebelum, semasa dan
selepas?
Jika menggunakan video dalam kelas, guru haruslah
memastikan kelengkapan mencukupi sebelum kelas dimulakan. Guru subjek yang
ingin mnggunakan video dalam kelas harus menyediakan kelengkapan lebih awal
supaya tidak membazir masa yang telah ditetapkan. Video yang hendak ditayangkan
mestilah dicuba terlebih dahulu untuk mencari mana-mana kesilapan dalam video
supaya tidak menggagalkan objektif pembelajaran. Semasa video ditayangkan pula
guru harus pandai memastikan pelajar sentiasa mengikuti sesi pembelajaran
supaya apa yang ingin disampaikan dalam video tersebut dapat dicerna oleh
pelajar. Selepas sesi pembelajaran menggunakan video pula, guru harus
memastikan kelengkapan yang telah digunakan kembali ke tempat asal dan dalam
keadaan yg baik. Guru juga mestilah mendapatkan pandangan daripada pelajar
selepas habis video ditayangkan untuk mengetahui sesi pembelajaran menggunakan
video tercapai ataupun tidak.
Tugasan 6
Discuss four types of learning centers and describe one
specific example of each.
Learning centers is a self-contained environment designed
to promote individual or small-group learning focused on a reserve, with a
third as a backup in case the original is lost damage or stolen. There four
types of learning centers:
i) Skill centers – can provide students with
opportunities to do additional practice, typically to reinforce a skill
previously taught other media or strategies. Basic skills that are built up
through drill-and-practice lend themselves to the skill center approach. For
example, student might design a skill center to give practice in using prefixes
for students who are learning word skills.
ii)Interest centers - can stimulate new interest and
encourage creativity. For examples, student might set up a get-acquainted
center on insect life before actually beginning a unit on specific insects. Or
prior to a lesson covering the impact of Native Americans on our culture,
student could create a display of photo and artifacts representing various
aspects of Native American culture.
iii)Remedial Centers – can help students who need
additional assistance with a particular concept or skill. A student who has
difficulty determining the least common denominator of a group of fractions.
For examples could receive the needed help in a remedial learning center. The
center could include that moves beyond lecture and seatwork, now enhanced with
technology and hands-on active learning.
iv) Enrichment Center – can offer stimulating learning
experiences for student who have completed require classroom activities. For
examples, allows student who have finished their assigned geometry activities
to go to a video center that features a DVD showing geometric shape in bridges.
Describe
instructional applications that are especially appropriate for manipulatives.
Manipulatives
are objects that can be viewed and handled in a learning setting. They are
often included in learning centers and instructional modules. Field trips,
displays and dioramas may include manipulatives. They attract student attention
and promote learning because students can handle and inspect them.
One types
of manipulatives that are especially appropriate for manipulative is real
objects. Real objects such as coins, tools, artifacts, plants and animals are
some of the most accessible, intriguing and involving materials in educational
use. Real objects are especially appropriate for learnes who are encountering a
subject about which they have had little direct experience in their daily
lives. Educators have understood for many years the dangers of plunging into
abstract concepts and principles without building a foundation in concrete
experience. To avoid verbalism or parroting words without meaningful
understanding, it is important for learners to build an understanding that has
meaning and relevance in their lives. This can be accomplished by providing a
base of concrete experiences that involves the manipulation of real objects
associated with the content to be learned.
Tugasan 7
Literasi Video merangkumi pengetahuan dan skils yang diperlukan untuk
melihat video
serta untuk menghasilkan video.
2. Nyatakan lima konsep utama menonton dan menghasilkan video.
Lima konsep utama menonton video ialah
i)
Pengarang membina mesej
ii)
Format adalah unik untuk setiap mesej
iii)
Setiap penonton menafsirkan mesej yang berbeza
iv)
Pandangan dan nilai adalah sebahagian daripada setiap mesej
v)
Kebanyakan mesej yang dibina adalah untuk mempromosikan tujuan tertentu.
Dalam menghasilkan video, pelajar amatlah diperlukan untuk melibatkan
diri dalam kemahiran berfikir aras tinggi untuk mula merancang format yang akan
digunakan dan kemudian dibangunkan, mengedit dan menilai video untuk kali
terakhir bagi memastikan mesej yang dimaksudkan dapat ditayangkan.
3. Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan
aplikasi video?
Pembelajaran pelajar dapat
dipertingkatkan dengan aplikasi video dengan sifat pelbagai
rupa video menjadikan ia satu
sumber yang sangat baik dalam pendidikan untuk
mengembangkan pembelajaran
pelajar dalam empat domain utama iaitu dari segi
kognitif, afektif, psikomotor
dan.interpersonal.
4. Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video dalam pendidikan
menyokong pembelajaran pelajar?
i)
Dokumentari - dokumentari adalah urusan fakta dan bukan fiksyen iaitu
dokumentari yang cuba untuk menggambarkan situasi sebenar manusia
ii)
Lakonan - video mempunyai kuasa untuk menarik minat pelajar dan
terpesona dengan drama yang dilakonkan hadapan mata mereka.
iii)
Video Storytelling – boleh membuatkan pelajar menjadi kreatif disamping
memperbaiki cara penulisan, literasi video dan gaya mengeluarkan video.
iv)
Video Field Trips – melalui video ini, pelajar boleh membayangkan diri
mereka berada di sesuatu tempat yang mereka tidak pernah lawati.
5. Nyatakan proses untuk memilih dan menilai video bagi penggunaan video
dalam bilik darjah.
i)
Mencari video yang sesuai dan menyokong pencapaian objektif pelajaran
anda.
ii)
Menilai video yang dipilih untuk
memastikan bahawa ia sebenarnya sesuai dengan matlamat anda dan akan memenuhi
keperluan pelajar.
Tugasan 8
Sila refleks tentang proses dan ciri-ciri reka cipta
visual.
Ciri-ciri reka cipta visual seperti ruang yang diisi atau
dibiarkan kosong, pelbagai jenis garisan, bentuk tiga dimensi, warna, nilai dan
juga tekstur. Prinsip reka bentuk adalah konsep untuk menyusun maklumat visual.
Ia merupakan satu gambaran tentang bagaimana kita mengamati dan memproses
maklumat visual serta merupakan idea bagi menghasilkan imej dua dimensi.
Prinsip reka bentuk akan membantu kita membuat keputusan tentang bagaimana
untuk menggunakan elemen-elemen reka bentuk.
0 comments:
Post a Comment