Sunday 30 December 2012

PENDIDIKAN, GURU, PELAJAR DAN KEMAHIRAN PADA ABAD KE-21



1.0     PENGENALAN

Abad ke-21 membawa masyarakat dunia ke satu lagi fasa penganjakan paradigma kehidupan. Ini meliputi penganjakan daripada masyarakat perindustrian kepada masyarakat berinformasi, penggunaan teknologi manusia kepada penciptaan teknologi tinggi, pemusatan kuasa kepada pengagihan kuasa, konsep hierarki kepada konsep jaringan, ekonomi tempatan kepada ekonomi antarabangsa dan perancangan jangka pendek kepada perancangan jangka panjang
Abad Ke-21 sering dikaitkan dengan era Teknologi Maklumat (IT) yang memungkinkan kepantasan dan menjumudkan faktor jarak dan masa. Perkembangan terkini dalam ‘open sky technology’ membawa implikasi kepada kehidupan manusia sejagat. Seperti yang kita lihat dan rasa, dunia yang luas pada hakikatnya telah dikecilkan dengan teknologi komunikasi yang canggih dan pantas. Pada masa kini, dunia pendidikan turut mengalami tempias gelombang arus globalisasi yang mengajak masyarakat mengubah paradigma ataupun perpesi ke alam dunia pendidikan. Oleh demikian, kerajaan kini menumpukan ataupun melahirkan modal insan kelas pertama untuk menghadapi cabaran globalisasi tersebut. Keadaan tersebut telah menyebabkan perubahan alam pendidikan negara kita. Disebabkan perubahan tersebut, guru terpaksa mengubah corak pengajaran mereka daripada yang lama untuk menghasilkan proses “kemenjadian” pelajar. Disamping ia selari dengan falsafah pendidikan Negara yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari Jasmani, emosi, rohani dan Intelek.


2.0     PENDIDIKAN

Abad ke-21 telah menyaksikan pelbagai perubahan yang berlaku dengan cepat di dunia pada hari ini. Ini sehubungan dengan peranan yang telah dilakukan oleh ahli-ahli psikologi dan sosiologi yang telah melakukan banyak sumbangan kepada pembaharuan dalam amalan pengajaran yang menghasilkan mutu pendidikan yang lebih tinggi, umumnya pada peringkat antarabangsa. Begitu juga dengan perkembangan dalam sistem pendidikan negara kita.  Negara-negara di seluruh dunia, baik Islam mahupun Barat, mempunyai matlamat menjadikan pendidikan mereka bertaraf antarabangsa.
Pendidikan menurut Islam adalah satu proses berterusan untuk merubah, melatih dan mendidik akal, jasmani dan rohani manusia dengan berasaskan nilai-nilai Islam yang bersumberkan wahyu bagi melahirkan insan yang bertaqwa dan mengabadikan diri kepada Allah s.w.t untuk mendapatkan kejayaan di dunia dan akhirat.  Ilmu dalam perspektif Islam bukan hanya mempelajari soal keagamaan sahaja, tetapi juga melibatkan pengetahuan umum.  Pendidikan menurut perspektif Islam turut memberikan penekanan kepada penguasaan ilmu sains dan teknologi selaras dengan perkembangan pesat dalam bidang tersebut di seluruh dunia.
Di Barat, bidang pendidikan mengalami banyak perkembangan dan perubahan yang menuju ke arah kebaikan.  Seiring dengan dunia yang semakin canggih dan moden pada masa kini, bidang pendidikan di negara Barat menunjukkan banyak pembaharuan dan perkembangan berbanding negara kita, Malaysia.  Kesan globalisasi banyak mempengaruhi system pendidikan di seluruh dunia.  Ini kerana globalisasi merupakan satu proses untuk meletak dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara.  Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik dan teknologi siber.  Jika dibandingkan dengan system pendidikan di negara kita, system pendidikan banyak mengambil contoh daripada negara Barat.
Malaysia ke arah Pendidikan Bertaraf Dunia yang diilhamkan oleh Y.A.B Tun Abdullah Ahmad Badawi mantan Perdana Menteri Malaysia di sidang kemuncak Pendidikan 2004 beliau menyatakan “Membangunkan Sistem Pendidikan Bertaraf Dunia merupakan agenda kerajaan saya”.  Pendidikan bertaraaf dunia merupakan wahana penting bagi mencapai hasrat wawasan 2020 ialah mahu menjadikan Malaysia maju dan saintifik.  Masyarakat maju perlu bersedia untk menerima sesuatu yang baru, maju dan berdaya saing.  Agen perubahan utamanya ialah pendidikan.  Pendidikan merupakan alat terpenting dalam pembangunan sumber manusia ke arah pencapaian matlamat pembangunan negara.  Pendidikan bertatarf dunia atau ‘world class’ akan menentukan kejayaan perubahan insan.  Dilihat dari perspektif yang luas, ‘pendidikan bertaraf dunia’ bermaksud kemajuan dan pencapaian cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamis, iaitu;
§  Pembangunan tenaga manusia
§  Kepesatan pertumbuhan ekonomi
§  Pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial
§  Pemodenan dan reformasi sosial masyarakat
§  Kecemerlangan budaya fikir dan intelektual
§  Pembangunan sains dan teknologi
§  Kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi di kalangan masyarakat

Untuk mencapai pendidikan bertaraf dunia, pihak kerajaan melalui kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi perlu mengambil langkah-langkah menyeluruh untuk memastikan perkara berikut dapat diurus tadbir dengan sistematik dan berkesan iaitu;
§  Pendidikan Pra Sekolah dan Rendah
§  Pendidikan Menengah
§  Pendidikan Tertiari (tinggi)
§  Program Sokongan
§  Pembiayaan Pendidikan
§  Pengurusan
§  ICT dalam Pendidikan

Bertitik tolak dari kesedaran ini, Kementerian Pelajaran telah membuat pembaharuan yang disifatkan sebagai sesuatu yang mesti menjangkau tempoh masa yang agak lama.  Ia mestilah bersifat sistematik iaitu ia tidak boleh terdiri dari satu komponen pendidikan iaitu educational content, educational tools, dan infrastruktur pendidikan mestilah diolah sedemikian rupa supaya perubahan menjadi lebih bersepadu, holistik serta komprehensif.  Perubahan sistematik ini mestilah dilihat secara menyeluruh dan dalam konteks yang luas.
Malaysia bersama-sama negara-negara Asean yang lain sedang berhadapan dengan cabaran yang tidak dapat dijangka dan salah satu daripadanya ialah ekonomi pengetahuan (K-ekonomi) iaitu pengumpulan pengetahuan dan menggunakannya secara produktif. Pembangunan ekonomi sangat penting mengambil kira k-ekonomi dan sedang dipergiatkan oleh kerajaan. Kualiti modal insan negara dilihat sebagai penentu utama kejayaan sebagai sebuah ekonomi berasaskan pengetahuan.
Terdapat beberapa usaha yang telah diambil oleh Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi bagi menjadikan Malaysia sebagai hab untuk pendidikan tinggi seperti menarik kemasukan pelajar-pelajar luar negara, membenarkan universiti luar membuka cawangan, kerjasama pintar di antara universiti tempatan dan luar negara dan penubuhan kampus pengajian oleh beberapa institusi Malaysia di luar negara. Kawalan kualiti ke atas institusi pendidikan tinggi bagi mencapai taraf antarabangsa akan menjadi mantap dengan penubuhan Malaysian Qualification Agency (MQA).
Pengantarabangsaan universiti adalah satu langkah yang sangat tepat bagi menjadikan Malaysia mempunyai universiti bertaraf global supaya para pensyarah dan penyelidik dapat bekerjasama dengan para akademik daripada luar negara. Bagi merealisasikan hasrat berkenaan, globalisasi adalah elemen utama bagi mendapatkan tenaga kepakaran dari seluruh dunia untuk memenuhi fakulti-fakulti di universiti dengan tenaga pengajar yang bertaraf dunia. Mereka ini bukan sahaja bertindak sebagai memberi nilai tambah terhadap imej dan kedudukan universiti malah terhadap kerajaan dan organisasi antarabangsa.
Jika dilihat dari perspektif pendidikan dalam era globalisasi kini, banyak cabaran yang bakal dierima oleh negara.  Pembuat polisi dan dasar kerajaan seharusnya menstruktur terlebih dahulu sistem dan strategi pendidikan sebelum berhadapan dengan dunia globalisasi.  Perkembangan globalisasi diharapkan tidak akan hanya menjadikan pendidikan sebagai komoditi ataupun pelaburan dan bukan lagi sebagai proses membina kesempurnaan dalam kehidupan.


3.0     GURU

Tuntutan abad ke-21 dilandaskan kepada tuntutan Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan. Selari dengan tuntutan-tuntutan tersebut penyediaan sumber manusia berkualiti hendaklah dihasilkan oleh sistem pendidikan kita. YAB Perdana Menteri telah menggariskan ciri-ciri generasi yang hendak dilahirkan untuk mewarisi alaf baru akan datang iaitu:
1.    Kaya maklumat (termasuk sains dan teknologi)
2.    Kekuatan minda (kreatif dan proaktif)
3.    Nilai-nilai luhur dan murni (termasuk penyayang)
4.    Semangat jati diri, jaya diri dan keusahawanan
5.    Keterampilan

Untuk menentukan kehendak ciri-ciri manusia berkualiti tersebut dapat dihasilkan, maka para pendidik dan guru-guru pelatih perlulah dilengkapi dengan ciri-ciri berikut pula:
1.    Menguasai subjek (kandungan kurikulum)
2.    Mahir dan berketrampilan dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran)
3.    Memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka
4.    Memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)
5.    Memiliki kemahiran kaunseling
6.    Menggunakan teknologi terkini
7.    Dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir
8.    Boleh bekerjasama dengan rakan sejawat dan orang lain
9.    Memiliki keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik

Satu agenda dalam program pendidikan kini sebagai persediaan abad ke-21, ialah Sekolah Bestari. Perlaksanaan Sekolah Bestari turut mewujudkan tranformasi dalam sistem pendidikan yang meliputi aspek kurikulum, sistem penilaian, pentadbiran, pengurusan pembelajaran. Implikasi kepada reformasi ini, memerlukan persediaan guru. Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd. Zahid bin Mohd. Nordin, memberi ciri-ciri guru bestari ialah guru-guru yang boleh dan bijaksana mengimbangi keperluan Wawasan Pendidikan dengan tuntutan dan cabaran semasa. “Pendidikan Bestari antara lain menginginkan guru yang berketrampilan. Tingkat ketrampilannya bukan sekadar mengguna dan menguruskan teknologi, tetapi lebih penting berkeupayaan menyaring, mengadun, mengacu setiap perkara seiring dengan tingkat ketahanan anak bangsa, sejajar dengan budaya halus masyarakat kita dan seterusnya menyumbang untuk terus memperkukuh asas kewujudan kita (1997).”
Merujuk kepada cabaran besar di atas, para pendidik mempunyai tanggungjawab melaksanakan peranan berikut secara komited dan ikhlas:

1.   Membina Budaya Ilmu

Kemampuan para pendidik ialah menyusun dan mensepadukan ilmu dengan perkembangan semasa, seperti:
·         Teknologi dan perkomputeran
Para pendidik seharusnya mengorak langkah dan menggembleng peluang untuk melengkapkan diri berketrampilan sebagai pemimpin ilmu berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat untuk pelbagai bidang dan menjadi mekanisme urusan harian.
·         Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif
Pelajar-pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikiran tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa.
·         Kebolehan menterjemah dan mengawal kurikulum yang luas
Para pendidik seharusnya mempunyai kemahiran dan berketrampilan mengaitkan domain teori dengan praktis dan mesti bijak membina pengetahuan dan kemahiran secara developmental mengikut kadar pembelajaran (pace of learning) untuk mencapai kemahiran thoughful learning. Kurikulum sepatutnya mempunyai ruang untuk disesuaikan dengan perkembangan semasa berdasarkan keperluan negara, perkembangan semasa dan kemajuan sejagat. Kurikulum yang hendak digubal melalui Four Pillars of Learning iaitu:
ü  Learning to know (Belajar untuk menguasai ilmu)
ü  Learning to do (Belajar untuk menguasai kemahiran)
ü  Learning to be (Belajar untuk menjadi insan berguna)
ü  Learning to live together (Belajar untuk harmoni dan bekerjasama)

·         Menerapkan nilai-nilai murni/moral/akhlak
Nilai-nilai murni menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila insan dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Elemen ini sangat penting dalam usaha membudayakan masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara.
·         Menguasai pengetahuan dan kemahiran industri
Melahirkan generasi untuk pasaran tenaga kerja industri merupakan Dasar Pembangunan Negara. Usaha ini ialah sebagai sumbangan kepada melahirkan sumber manusia yang menyumbang kepada tenaga buruh yang berkualiti, serba boleh dan responsif kepada perubahan keadaan perindustrian. Kurikulum dan daya didik di dalam sistem pendidikan hendaklah berupaya merealisasikan masyarakat saintifik, teknologis dan progresif yang inovatif dan berpandangan jauh ke hadapan.

2.   Membentuk Masyarakat Madani

Pendidik yang profesional dapat menangani pengajaran dan pembelajaran yang dapat membudayakan masyarakat dengan amalan akhlak dan nilai-nilai murni. Perkembangan dan kemajuan dunia boleh mempengaruhi gaya hidup dan akhlak masyarakat kita. Usaha mengimbangkan perkembangan dan kemajuan dunia aspek teknologi maklumat dan industri hi-tech, dengan pembentukan rohaniah dan ketahanan diri diberikan perhatian serius.
Maka konsep masyarakat madani merupakan wadah untuk membudayakan masyarakat Malaysia. Kurikulum dalam sistem pendidikan kita sama ada secara formal atau tidak formal, mampu menyusun dan membentuk masyarakat madani. Dalam merancang pelaksanaan konsep ini beberapa perkara mesti diberi perhatian:
·         Prinsip berteraskan keimanan dan moral yang menjamin keseimbangan antara kebebasan perseorangan dengan kestabilan dan kesejahteraan masyarakat.
·         Mendorong perkembangan individu dari segi pemikiran, budaya, sosial, ekonomi, alam sekitar dan teknologi.
·         Sistem sosial yang cekap dan saksama serta perlaksanaan pemerintahan mengikut undang-undang dan bukan nafsu atau kepentingan individu.
·         Mengamalkan akhlak terpuji dan boleh diteladani.

Usaha mewujudkan masyarakat madani diharap dapat melahirkan warna negara yang berpegang kepada teras keimanan dan ketuhanan, mempunyai ketahanan diri, memiliki identiti bangsa Malaysia, tahap kepimpinan yang dinamik, berpandangan jauh, kreatif dan inovatif, citra diri yang tinggi, berdisiplin dan amalan hidup yang cemerlang.



2.1     Peranan Guru dalam Melonjak Transformasi Pendidikan Negara

Guru yang inovasi dan kreatif dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sesuai dengan misi dan visi sekolah serta mampu memenuhi matlamat pendidikan negara ke arah meningkatkan kualiti pendidikan seiring dengan cabaran dunia globalisasi. Cabaran global kini memerlukan guru mempunyai keunggulan hasil inovasi dalam pedagogi yang ditentukan oleh cara kurikulum yang dilaksanakan dan disesuaikan dengan konteks budaya yang diwakili oleh setiap murid yang berlainan bangsa. 
Profesor Emeritus Tan  Sri Dr. Khoo Kay Kim menegaskan bahawa untuk melonjak transformasi pendidikan, kerajaan perlu melakukan perubahan terhadap guru terlebih dahulu. Dalam mencapai taraf negara maju pada abad ke 21, Malaysia memerlukan warganegara yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Sains dan Matematik. Antara peranan guru dalam melonjak transformasi pendidikan negara ini adalah dengan mempersiapkan diri untuk membangunkan kemahiran dalam menjadi seorang yang kreatif dan berinovasi. Guru sebagai sumber manusia dalam bidang pendidikan yang bertanggungjawab membina kreativiti dan inovasi dalam setiap program pendidikan secara terancang dan sistematik. Sehubunagn dengan itu, latihan perguruan yang dipraktkikan di institusi pengajian tinggi mesti menyediakan tenaga guru yang dapat menonjolkan peranan mereka dengan lebih efisyen dan berdaya saing dalam menempuh dunia moden disamping melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran insaniah yang diperlukan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Dalam melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran, guru harus dilengkapi oleh pakej latihan yang dianjurkan oleh Jabatan pelajaran Negeri atau Jabatan Pelajaran Daerah. Melalui pakej latihan yang dianjurkan ini, guru dapat dilatih untuk mengkaji semula, mengenalpasti dan menyelesaikan masalah dalam proses pembelajaran di kelas secara kritis dan kreatif. Pakej latihan dicadangkan menyediakan idea dan aktiviti yang berguna untuk menyokong peningkatan kualiti pembelajaran melalui sumbangan idea daripada guru yang berpengalaman, guru yang berprestasi cemerlang dan guru yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu. Selain menyertai pakej latihan, guru yang berinovasi juga perlu menghadiri bengkel mengenai e-pembelajaran yang dianjurkan oleh badan kerajaan mahupun swasta. Melalui bengkel ini juga, guru akan didedahkan kepada persepsi umum yang berkaitan dengan kualiti dalam e-pembelajaran.
Selain membangunkan dan mempersiapkan diri menjadi guru yang kreatif dan berinovasi, guru berperanan menyediakan bahan bantu mengajar yang dapat dimanfaatkan dalam bilik darjah. Pendidikan kini menekankan penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat dalam bilik darjah. Dasar kurikulum baru iaitu kurikulum standard sekolah rendah menekankan penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat dalam bilik darjah. Bahan grafik merupakan bahan yang mudah difahami oleh murid selain alat bantu mengajar berbentuk visual. Cabaran dan perubahan pendidikan masa kini menuntut guru menghasilkan bahan bantu mengajar yang dapat mempertingkat mutu dan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa sesuai dengan perkembangan pendidikan masa kini. Bahan inovasi pendidikan pemulihan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ini merupakan salah satu contoh bahan bantu mengajar yang boleh digunakan dalam bilik darjah.
Hakikatnya terdapat pelbagai langkah yang boleh dilaksanakan dalam meningkat kualiti pengajaran guru dalam memastikan peranan guru melonjak transformasi pendidikan negara dilaksanakan. Semua pihak harus memberikan jalinan kerjasama dalam memastikan pendidikan yang diberikan dapat menjamin kualiti dan mutu generasi pemimpin kita pada masa akan datang. 


2.2     Cabaran Guru sekolah dalam Abad ke-21

Guru-guru khasnya dan profesion amnya, adalah tidak terkecuali daripada terlibat dengan keadaan perubahan akibat daripada internationalisme dan globalisasi (Ibrahim Abu Shah, 2002; Rohaty Majzub, 2000; Wan Liz Ozman, 2000; Kim, 1995). Ini memandangkan guru adalah agen perubahan.

2.2.1   Cabaran globalisasi

Naisbitt (1982) pula menegaskan dalam abad ke-21, salah satu aliran mega di peringkat global ialah kepakaran pendidikan secara global (global educational experties) selain daripada hubungan dalam bentuk rangkaian (networking). Bagi Rohaty Majzub (2000), ini dianggap sebagai sifat antarabangsa (international character) yang perlu ada pada guru kerana ini adalah avenue baru yang perlu diteroka dan diperkembangkan.
Pelaksanaan pengajaran dalam bahasa Inggeris adalah selari dengan arus globalisasi. Guru-guru perlu menyahut cabaran ini kerana generasi yang hidup pada abad ke-21 ini perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi hingga ke peringkat antarabangsa. Selain itu, kebanyakan sumber maklumat adalah berasaskan kepada bahasa antarabangsa iaitu bahasa Inggeris.
Wan Liz Ozman, (2000); Hasan Langgulung, (1997); dan Ghazali Basri, (1984) melihat guru adalah sebagai penyampai ilmu (mua’lim), pendidik (murabbi), pembentuk adab (mu’addib), pembentuk ciri kepimpinan (mursyid) dan pemberi kemahiran (mudarris). Oleh yang demikian kriteria guru adalah dilihat dari segi pengetahuannya, kemahirannya serta nilai dan keperibadiannya.

2.2.2   Cabaran dalam masyarakat

Profesion perguruan adalah berkait dengan kemasyarakatan. Semakin masyarakat dan negara bertambah maju dan bersifat global semakin meningkat taraf hidup dan status sosio ekonomi rakyat, semakin besar gelombang cabaran di hadapan guru-guru (Ramlan, 2002).
Guru adalah agen perubahan yang membawa kemajuan kepada masyarakat (Wan Liz Ozman, 2000; Atan Long, 1980). Menurut Boyer (1994), dalam abad ke-21, cabaran dalam bidang pendidikan adalah tidak terhad kepada penemuan-penemuan baru sahaja. Namun ia termasuk juga penyesuaian penemuan-penemuan tersebut kepada perspektif yang lebih luas dan seterusnya dapat dimanfaatkan oleh masyarakat. Oleh yang demikian, kaum guru perlulah mempunyai kesediaan menerima sebarang penemuan baru seterusnya berkemampuan untuk mengaplikasikan penemuan baru tersebut di dalam profesion bagi kepentingan masyarakat.
Kepada masyarakat, guru adalah sumber maklumat dan pengetahuan, kemahiran dan keterampilan; sumber kebudayaan dan ilmu; sumber pemupukan kepercayaan dan sistem nilai; penyediaan tenaga manusia untuk alam pekerjaan; dan penjagaan belia, remaja dan kanak-kanak (Wan Liz Ozman, 2000; Kementerian Pendidikan, 1996; Sufean Hussin, 1996; Wan Mohd. Zahid, 1994).



2.2.3   Cabaran dalam sistem pendidikan

Misi Kementerian Pendidikan Malaysia ualah membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.
Kurikulum terus mengalami perkembangan dari semasa ke semasa. Perubahan-perubahan yang seperti ini tentunya mengubah harapan dan keperluan semua pihak ke atas kecekapan dan keterampilan guru-guru agar impian sebagai yang diwawarkan menjadi kenyataan. Contohnya pengenalan mata pelajaran vokasional (MPV).

2.2.4   Cabaran di sekolah

Persidangan Pendidikan ke-5 dalam tahun 1997 merumuskan bahawa cabaran besar dalam abad ke-21 selain daripada ledakan ilmu yang berbentuk global ialah masalah sosial yang perlu ditangani dan diatasi kearah membentuk masyarakat madani (Mohamad, 1998). Perdana Menteri Malaysia menegaskan bahawa kepentingan sistem pendidikan menyediakan ‘generasi kedua’ atau ‘generasi wawasan’ memerlukan piawaian baru termasuk mengurangkan masalah gejala sosial pelajar seperti ponteng sekolah dan lepak serta salah laku yang lain (Wan Mohd. Zahid, 1997).
Walau bagaimanapun permasalahan ini masih terus meningkat kerana kadar pertambahan bilangan pelajar yang terus meningkat untuk tempoh dari tahun 1990 hingga 2000, didapati tingkatan 1 mengalami pertambahan 34.0%, tingkatan 2 mengalami pertambahan 47.5%, tingkatan 3 mengalami pertambahan 44.2%, tingkatan 4 mengalami pertambahan 90.1% dan tingkatan 5 mengalami pertambahan 96.0% (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Berdasarkan analisis ini, pertambahan bilangan pelajar akan terus meningkat pada kadar 8.9% sehingga tahun 2010. Ini menjadi cabaran kepada sekolah dan guru-guru kerana masalah kemudahan prasarana adalah tidak mencukupi.
Sehingga tahun 2000, terdapat 40,021 bilik darjah bagi sekolah menengah yang menampung 57, 581 kelas yang bermakna setiap bilik darjah adalah untuk 1.4 buah kelas (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Dengan kata lain masih wujud ‘kelas terapung’. Ini jelas tidak mencukupi dan boleh mendatangkan masalah lain seperti masalah disiplin, masalah sosial dan lain-lain selain daripada masalah pembelajaran.
Jumlah pelajar yang terlibat dengan kes disiplin semakin hari semakin meningkat (Shahril @ Charil & Habib, 1999). Pada tahun 1993 sebanyak 36.7% daripada keseluruhan pelajar dikenakan tindakan amaran; 15.66% diberi nasihat; 16.8% dirotan sekali; 8.18% dirotan dua kali; 2.27% dirotan tiga kali; 0.90% dirotan lebih tiga kali; gantung sekolah 2.90%; buang sekolah 0.51% (Wan Mohd. Zahid, 1997). Mungkin dari segi angka peratus adalah kecil tetapi dari segi bilangan pelajar yang terlibat keseluruhannya adalah pada angka yang besar . keadaan ini adalah sangat mencabar dan membimbangkan.
Selain daripada kemudahan-kemudahan yang masih belum lengkap sepenuhnya, sebagai contoh daripada 1645 buah sekolah menengah yang ada pada tahun 2000, hanya 1340 sekolah yang ada makmal komputer; hanya 1406 sekolah yang ada bilik ekonomi rumah tangga; hanya 1452 sekolah yang ada bilik kaunseling; hanya 1463 sekolah yang ada pusat sumber dan hanya 1258 sekolah yang ada dewan perhimpunan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Statistik ini menunjukkan perlunya kreativiti dan keterampilan guru di dalam menyerap segala kekurangan tersebut.
Menurut Reighlath dalam Ornstein & Hunkins (1993), pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah di zaman kepesatan teknologi banyak mengalami perubahan selaras dengan pada masa kini. Ini memberi cabaran kepada guru di dalam mengikuti perkembangan terkini. Guru-guru perlu mahir dengan sistem teknologi yang ada (Shahril @ Charil & Habib, 1999).

2.2.5   Cabaran dalam bilik darjah

Menurut Wan Mohd. Zahid (1993), pada abad ke-21, para pelajar perlu dikembangkan potensinya yang ada di hemisfera otak kanan dan di hemisfera otak kirinya secara seimbang.
Dari sudut proses pengajaran dan pembelajaran pula, dalam abad ke-21 para pelajar akan mendapat pelbagai kemudahan, termasuk kemudahan ICT sebagai yang dirancang untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran bestari.
Dalam proses penilaian pelajar pula, penilaian kemajuan berasaskan sekolah (PKBS); penilaian hasil pembelajaran (learning outcomes); perlaksanaan penanda aras (bench marking); dan ujian atau peperiksaan secara talian terus (online) akan menjadi perkara biasa untuk dilaksanakan dalam abad ke-21. Menurut Wise (1999) ‘Increasingly, technology is poised to revolutionize teaching, learning and assessment’.
2.3     Senario Pendidikan Guru Masa Kini

Kekurangan guru memang ada berlaku di mana-mana sekolah dan ia tidaklah berlaku sepanjang masa. Senario ini memang disedari dan ditangani oleh pihak Kementerian Pendidikan dan juga IPTA. Pelbagai cara telah dilakukan termasuklah mengadakan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) kepada lepasan universiti. Dengan pemberian elaun sebanyak RM1,200.00 sebulan pasti menarik minat para lepasan ijazah untuk menceburi dalam bidang profesion perguruan. Walau bagaimanapun pemilihan bukan berdasarkan tawaran, minat sahaja dan kesukaran mendapat kerja lain. Sebenarnya ia berdasarkan penapisan dari segi keputusan cemerlang dalam kursus yang dipohon, kebijaksanaan menjawab persoalan dalam temuduga dan juga sifat-sifat kepimpinan yang terserlah sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Kekurangan guru bahasa Inggeris di peringkat sekolah menengah nampaknya sering diperkatakan namun semenjak program KPLI diadakan di maktab-maktab perguruan ia dapat diatasi sedikit demi sedikit. Antara maktab perguruan yang popular melatih guru-guru bahasa baik dalam program KPLI mahupun Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) ialah Institut Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa (IPBA) yang beroperasi pada tahun 1999 di Kuala Lumpur. Pusat pembelajaran bahasa yang menggunakan kurikulum antarabangsa terkini mampu melahirkan guru-guru yang berkualiti dalam pengajaran bahasa Inggeris baik di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Program berkembar dengan universiti-universiti luar negara untuk pengajian TESL juga diadakan di institut atau pusat lain.
Untuk meningkatkan tahap guru yang lebih berkualiti dan cemerlang dalam pengajaran, Bahagian Pendidikan Guru pada masa kini telah mengadakan pelbagai program, antaranya ialah:
1.    Pensiswazahan bagi guru-guru sekolah rendah dan menengah.
2.    Melatih guru sekolah agama rakyat.
3.    Melatih guru untuk menjayakan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.
4.    Menyediakan guru mata pelajaran vokasional.
5.    Kursus Dalam Perkhidmatan
6.    Program Latihan Perguruan Institut Pendidikan Swasta (PLPS)

Kursus Dalam Perkhidmatan sentiasa diadakan untuk guru-guru yang sudah berkhidmat bagi meningkatkan kemahiran mengajar dan penguasaan ilmu yang luas. Menurut Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Haji Razali Ismail (Berita Harian, 25 Jun 2003) sekurang-kurangnya sekali setahun semua guru sekolah rendah dan menengah perlu menghadiri kursus jangka pendek yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Guru. Jadi dengan adanya kursus seperti ini dan lain-lain bengkel yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri, kualiti guru akan lebih terjamin dan tidak boleh dipersoalkan lagi. Jadi itulah cara untuk mengembangkan profesionalisme semua guru kerana dunia pendidikan terpaksa berhadapan dengan keperluan yang terbaru.
Program PLPS amat berguna kerana kita tahu sebahagian besar institut pendidikan swasta terdiri daripada guru-guru yang tidak mempunyai sijil atau Diploma pendidikan. Jadi melalui latihan yang diberikan boleh membantu mereka mendapatkan pengiktirafan daripada pihak kerajaan sebagai seorang guru yang mempunyai pengetahuan yang cukup dalam kaedah pengajaran.
Bagi guru-guru yang tidak mempunyai peluang yang baik untuk menyumbangkan pelajaran, Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Universiti Terbuka Malaysia telah mengadakan Pendidikan Jarak Jauh. Bidang pengajian dibuat secara ‘online’ dan ijazah yang dikeluarkan oleh Universiti Terbuka Malaysia diiktirafkan oleh pihak kerajaan. Dengan kemudahan yang ada ini lebih ramai guru-guru sekolah rendah khasnya berpeluang untuk menyumbangkan pelajaran yang lebih tinggi iaitu peringkat ijazah secara PJJ.
Pada masa kini untuk mencari calon guru-guru yang betul berkemahiran dalam bidang fizik, Matematik memang susah kerana pelajar yang lulus cemerlang dalam SPM mereka tidak berminat untuk menjadi guru. Oleh itu, mereka lebih suka belajar dalam bidang perubatan dan kejuruteraan. Untuk mengatasi masalah ini mulai tahun 2003, Bahagian Pendidikan Guru telah memperkenalkan Program Pelajar Cemerlang (PPC). Melalui program ini pelajar yang cemerlang dalam Matematik, Kimia, Biologi dan Fizik ditempatkan di beberapa buah kolej sebelum dihantar berkursus dalam bidang pendidikan ke luar negara. Jadi dengan cara ini, empat atau lima tahun lagi Kementerian Pendidikan Malaysia akan dapat melahirkan guru-guru yang betul-betul pakar dalam bidang-bidang tersebut.



4.0     PELAJAR

Istilah pelajar atau murid merujuk kepada sesiapa yang sedang atau dalam keadaan belajar. Kadangkala istilah ini diertikan dalam maksud berbeza dalam sesetengah negara atau kes-kes tertentu. Pembangunan negara yang pesat dalam sektor ekonomi, sosial dan budaya serta perkembangan teknologi maklumat telah membawa bersama gejala sosial yang negatif di kalangan remaja sekolah.  Keruntuhan akhlak dan nilai-nilai moral serta gaya hidup yang tidak sihat telah memberi kesan yang buruk kepada keluarga, masyarakat dan negara.


4.1     Masalah Disiplin Masa Kini

Masalah disiplin selalu berlaku samada samada di dalam sekolah atau dalam bilik darjah. Semua ini kerana pelajar-pelajar terdiri daripada pelbagai latar belakang, mempunyai sahsiah, intelek, jasmani, rohani dan sosioekonomi yang berbeza. Masalah-masalah yang timbul pada masa kini dapat dikategorikan kepada empat bahagian iaitu :-

1.   Jenayah

Jenis-jenis masalah disiplin yang tergolong dalam kategori jenayah ialah merosakkan harta benda sekolah, mencuri, berjudi, berlawan, memeras ugut, menyertai kongsi gelap, menyalahgunakan dadah, menumbuk guru, bergaduh, membaca atau melukis gambar lucah.

a)   Buli

Insiden buli yang berlaku sejak kebelakangan ini dan sering dilaporkan oleh media-media tempatan rata-rata membabitkan pelajar lelaki.  Menurut Smith dan Thompson (1991), buli didefinisikan sebagai satu set tingkah laku yang dilakukan secara sengaja dan menyebabkan kemudaratan secara fizikal serta psikologi penerimanya.  Tingkah laku buli yang dimaksudkan termasuk tindakan yang bersifat mengejek, penyisihan sosial, dan memukul (Crick dan et.al, 1998).  Banks (2000) pula menghuraikan perlakuan buli sebagai mempersenda, menghina, mengancam, memukul, mencuri dan serangan langsung.  Pada asasnya, perlakuan buli ialah penyalahgunaan kuasa yang merujuk kepada operasi psikologi atau fizikal yang berulang-ulang terhadap individu yang lemah atau tidak berupaya untuk mempertahankan dirinya dalam situasi sebenar oleh individu atau kumpulan yang lebih berkuasa.
Berdasarkan Model Identifikasi Multidimensi Perlakuan Buli yang dibangunkan oleh Zopito Marini  et.al (2001), terdapat lima ciri definisi perlakuan buli iaitu perbezaan kuasa antara pembuli dengan mangsa buli, pola tingkah laku agresif yang berulang-ulang, kecenderungan untuk mengawal dan mencederakan, pembentukan suasana kebimbangan, ancaman, ugutan dan ketakutan serta kerahsiaan semula jadi perlakuan buli.  Zopito Marini dan et.al (2001) turut menyatakan bahawa terdapat empat jenis perlakuan buli yang khusus iaitu secara fizikal, psikologi, sosial dan emosi.  Manakala terdapat tiga kumpulan utama yang terlibat dalam perlakuan buli iaitu pembuli, mangsa buli dan pemerhati (Marini et al.,2000).
Perlakuan buli sama ada berlaku secara langsung atau tidak langsung, merupakan sebahagian daripada tingkah laku agresif.  Perlakuan buli berlaku bilamana terdapatnya jurang atau ketidakseimbangan kuasa antara pembuli dengan mangsa buli yang mana pembuli lebih dominan atau lebih berkuasa berbanding mangsa.  Seperkara yang harus difahami ialah dalam kes buli tidak ada tidak balas daripada mangsa ketika berlakunya kejadian buli.

b)   Gengsterisme

Tingkah laku gengsterisme dapat ditunjukkan dalam pelbagai bentuk dan cara tanpa mengira jantina.  Definisi perlakuan gengsterisme bergantungan kepada norma-norma sesebuah masyarakat setempat.  Azizi Yahya et al., (2007) menyatakan bahawa gengsterisme lebih merujuk kepada tingkah laku atau perlakuan keagresifan dan mugkin juga dikenali sebagai gangster atau samseng.  Gejala gengsterisme semakin berleluasa di sekolah-sekolah menengah di seluruh negara.  Kumpulan belajar yang terlibat dalam gejala ini akan melanggar norma masyarakat setempat atau institusi sekolah yang turut dikenali sebagai kumpulan yang bertingkah laku devian, dan apabila golongan ini terdiri daripada mereka yang masih bersekolah atau remaja dikenali sebagai delinkuen.  Yang jelas disini, delinkuen atau gengsterisme ialah tingkah laku yang melanggar peraturan dan undang-undang atau perlakuan yang tidak boleh diterima oleh masyarakat.
Gengsterisme merupakan salah laku yang sudah lama wujud dalam kalangan pelajar dan masih berterusan hingga hari ini.  Keadaan menjadi bertambah serius rentetan semakin ramai pelajar perempuan dan murid sekolah rendah dikesan terlibat dengan gejala samseng.  Peningkatan gejala ini keihatannya seiring dengan kemajuan dan pembangunan negara.  Ciri-ciri gangster dapat dikenal pasti mengikut ketetapan peraturan sesuatu kumpulan gangster, yang dipersetujui bersama oleh ahli kumpulan.  Garland dalam Azizi et al., (2007) menyatakan bahawa ciri gangster melambangkan kekuatan, penguasaan terhadap sesuatu kawasan, pengaruh dan identiti sesebuah kumpulan.
Berdasarkan William Gladden Foundation (1992), terdapat empat faktor utama yang merangsang pembentukan kumpulan gengsterisme dalam kalangan pelajar iaitu pertama, remaja mengalami perasaan terasing dan tidak berdaya disebabkan kurangnya struktur sokongan tradisi dari sekolah dan keluarga.  Keadaan ini akan membawa kepada perasaan kecewa dan tegang lantas mendorong kepada usaha mendapatkan sokongan dari luar.  Dengan melibatkan diri dalam gengsterisme akan memberikan perasaan “sense of belonging” dalam diri pelajar dan menjadi sumber utama penampilan identiti oleh ahli-ahli di dalam geng tersebut.
Seterusnya, melalui keahlian tersebut pelajar akan merasakan diri mereka berkuasa dalam menguasai di mana kegiatan gengsterisme akan menjadi tempat mereka untuk melepaskan kemarahan atau ketegangan.  Kawalan terhadap kawasan jajahan adalah perlu demi keutuhan kumpulan di mana kekerasan sering digunakan untuk mengawal kawasan dan ahli-ahlinya.

2.   Kelakuan negatif

Jenis-jenis masalah disiplin yang tergolong dalam kategori kelakuan negatif pula ialah berambut panjang, memakai sepatu dan stokin berwarna, baju T, berkuku panjang, menghisap rokok, bercakap kasar, berbual-bual dengan dialek, tidak menghormati guru, makan dalam bilik darjah, membuat bising, membuli rakan yang lemah, tidak membawa buku, tidak membuat tugasan, menentang arahan guru.

a)   Merokok

Pada era perindustrian masa kini, merokok sudah menjadi satu hobi bagi semua orang bagi menikmati kehidupan yang serba moden kononnya.  Justeru itu, merokok telah menjadi satu masalah disiplin yang sukar dibendung dengan sepenuhnya.  Kebanyakan pelajar terutamanya pelajar lelaki mula terjebak dengan perbuatan merokok bagi menghilangkan tekanan emosi walau pun mereka sedar akan bahayanya kesan rokok itu terhadap kesihatan diri sendiri.  Oleh yang demikian, Kementerian Pelajaran Malaysia mendapati perbuatan menghisap rokok dalam kalangan pelajar khususnya tidak boleh dianggap sebagai perkara biasa.  Kebanyakan aktiviti merokok ini biasanya dilakukan oleh para pelajar di dalam tandas yang menjadi tempat perlindungan merokok yang selamat.

3.   Membolos

Jenis-jenis masalah disiplin yang tergolong dalam kategori membolos ialah ponteng kelas, ponteng sekolah, ponteng aktiviti kokurikulum, datang lambat ke sekolah, makan di kantin semasa waktu pelajaran, lewat ke perhimpunan sekolah, berkhayal atau tidur dalam bilik darjah.

a)   Ponteng Sekolah

Saban hari kadar peningkatan masalah disiplin di sekolah yang mendadak telah menimbulkan tanda tanya dan membimbangkan pelbagai pihak mengenai punca sebenar berlakunya fenomena ini.  Kes ponteng sekolah terutamanya mencatat bilangan yang tertinggi berbanding degan kes disiplin yang lain.  Gejala ponteng sekolah dalam kalangan para pelajar sekolah semakin bertambah dengan kadar yang serius walaupun berbagai-bagai langkah telah dilaksanakan bagi  menangani masalah ini.  Menurut Zainal Madon dan Mohd Sharani Ahmad (2005), ponteng sekolah boleh didefinisikan sebagai perbuatan yang menjauhkan diri daripada sekolah tanpa keizinan guru ataupun ibu bapa. 
Masalah ponteng sekolah ini semakin hari semakin meningkat akibat daripada pengaruh luar dan masalah ini banyak menyusahkan pihak pendidik, ibu bapa dan masyarakat. Terlibat dalam gejala ponteng sekolah ini boleh menyebabkan pelajar terjerumus dalam kumpulan jahat, merokok, menghisap dadah, berfoya-foya dan sebagainya.  Keadaan ini menyebabkan para pelajar akan ketinggalan dalam pelajaran serta mewujudkan masalah sosial lain. Selain ponteng sekolah, terdapat beberapa jenis ponteng yang turut menjadi isu masalah disiplin dalam kalangan pelajar era ini iaitu ponteng kelas, ponteng perhimpunan, ponteng asrama dan ponteng aktiviti kokurilkulum.  Seseorang pelajar itu akan dikategorikan sebagai ponteng apabila pelajar tidak menghadiri aktiviti-aktiviti yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah tanpa sebab dan kebenaran daripada Pengetua atau Guru besar.  Jika masalah ponteng ini tidak diatasi pada peringkat awal, murid-murid tersebut akan terus hanyut dengan tabiat buruk mereka ini.

b)   Datang Lewat

Setiap institusi sekolah menekankan agar setiap pelajar sentiasa menghormati peraturan-peraturan dan mendisiplinkan diri dalam semua hal.  Para pelajar perlu mematuhi peraturan-peraturan yang sudah dirangka oleh pihak sekolah.  Walau bagaimana pun, masih ada pelajar sekolah yang tidak dapat mendisiplinkan diri mereka dalam menetapi masa yang telah ditetapkan untuk menghadirkan diri ke sekolah.  Masalah disiplin yang kerap kali ditimbulkan ialah masalah datang lewat ke sekolah.  Ramai pelajar yang lazim tidak menetapi masa permulaan sekolah dan suka memberi alasan yang kurang memuaskan.  Golongan seperti ini datang ke sekolah secara sambil lewa tanpa memikirkan ianya akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.  Masalah datang lewat ke sekolah ini adalah perkara yang selalu berlaku tanpa ada kesudahannya.
Konsep datang lewat ke sekolah ini terdiri daripada dua kategori iaitu datang lewat yang dirancang dan datang lewat yang tidak tidak dirancang.  Terdapat beberapa faktor yang sering menjadi punca para pelajar datang lewat ke sekolah, antaranya ialah bangun lewat, kesesakan lalu lintas, kediaman di luar kawasan penempatan sekolah, sikap murid tidak menghargai masa, sikap ibu bapa atau penjaga yang tidak prihatin terhadap ketetapan masa murid untuk hadir ke sekolah, sikap guru yang sambil lewa tentang kes datang lewat dan kurang penguatkuasaan tentang peraturan datang lewat.

4.   Menipu

Manakala jenis-jenis masalah disiplin yang tergolong dalam kategori menipu pula ialah meniru di dalam ujian atau peperiksaan, menyalin kerja murid lain, tidak menghantar buku latihan untuk diperiksa, menulis dan menandatangani sendiri surat ibu bapa, menandatangani sendiri buku kemajuan, bercakap bohong, berpura-pura sakit. (Mok Soon Sang, 2008).

Masalah-masalah disiplin ini juga berlaku di dalam bilik darjah. Ia Dapat diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu :-

1.    Semasa pengajaran dan pembelajaran.
Contohnya melawan dan tidak menghormati guru, membaca bahan-bahan lain, mengeluarkan kat-kata kesat, makan, membuat bising atau bergerak bebas di dalam bilik darjah, mengganggu pengajaran dan pembelajaran,tidak membuat kerja seperti yang diarahkan, ponteng kelas dan lewat masuk ke kelas.

2.    Di luar waktu pengajaran dan pembelajaran (semasa ketiadaan guru).
Contohnya melawan dengan ketua tingkatan atau pengawas, membuli rakan, berkeliaran, makan, membuat bising, merosakkan harta benda seperti kerusi, meja, papan kenyataan, menipu (melibatkan wang) rakan, mengeluarkan kata-kata lucah dan mencuri (Shahabudin Hashim, Rozihani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad, 2007). Menurut (Mok Soon Sang, 2008), Laporan Disiplin Pelajaran Sekolah Malaysia, data jenis salah laku di sekolah yang dikumpulkan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Pelajaran adalah diturunkan seperti berikut:

a)    Salah Laku Pelajar-pelajar di Peringkat Sekolah Rendah
Salah laku yang berlaku di peringkat sekolah rendah dapat dibahagikan kepada 8 kategori iaitu kategori jenayah, lucah,kemasan diri, tidak pentingkan masa, kurang sopan, laku musnah, tidak jujur dan ponteng.
·         Jenis salah laku yang merangkumi kategori jenayah ialah berjudi,mencuri, melawan guru, melawan pengawas, peras ugut, membuli, mengancam murid.
Jenis salah laku yang merangkumi kategori lucah ialah menggunakan kata-kata lucah melukis gambar lucah dan membaca komik lucah.
·         Jenis salah laku yang merangkumi kategori kemasan diri ialah berambut panjang, rambut berwarna dan kurang kemas, berkuku panjang, berpakaian tanpa mengikut peraturan sekolah, memakai kasut kotor.
·         Jenis salah laku yang merangkumi kategori tidak pentingkan masa ialah berkeliaran, lewat ke perhimpunan sekolah, makan di luar masa rehat, berbual-bual atau buat bising dalam bilik darjah, tidak buat kerja sekolah mengikut masa.
·         Jenis salah laku yang merangkumi kategori kurang sopan ialah berkasar dengan guru,pengawas atau murid, berbahasa kesat, menyimpan atau menghisap rokok, mengganggu pengajaran,tidak hormat guru atau pengawas, kelakuan kurang sopan.
·         Jenis salah laku yang merangkumi kategori laku musnah ialah merosakkan harta benda sekolah, guru dan murid.
·         Jenis salah laku yang merangkumi kategori tidak jujur ialah menipu (melibatkan wang), menipu sekolah, guru dan murid.
·         Jenis salah laku yang merangkumi kategori ponteng ialah ponteng kelas, sekolah, aktiviti kokurikulum, kelas tambahan dan aktiviti sekolah.

b)   Salah Laku Pelajar-pelajar di Peringkat Sekolah Menengah. Salah laku yang berlaku di peringkat sekolah menengah adalah lebih kurang sama juga sepertimana salah laku yang berlaku di peringkat sekolah rendah di mana ia terdiri daripada 8 kategori iaitu kategori jenayah, lucah,kemasan diri, tidak pentingkan masa, kurang sopan, laku musnah, tidak jujur dan ponteng. Namun salah lakunya adalah lebih berat dan rumit iaitu:-
·         Jenis salah laku yang merangkumi kategori jenayah ialah berjudi, melawan guru, pengawas dan pelajar, memeras ugut, membuli, salahguna dadah, membawa senjata, mencabuli kehormatan, mengancam pelajar, menceroboh, terlibat dalam kongsi gelap, tunjuk perasaan, menentang peraturan sekolah dan pihak sekolah.
·         Jenis salah laku yang merangkumi kategori lucah ialah bercumbuan,
berkhalwat, membawa atau membaca bahan lucah, mengintai pelajar perempuan, menggunakan kata-kata lucah, melukis gambar lucah.
·         Jenis salah laku yang merangkumi kategori kemasan diri ialah berambut panjang, rambut berwarna dan kurang kemas, berkuku panjang, bermisai atau berjanggut, berpakaian tanpa mengikut peraturan sekolah, memakai barang kemas.
·         Jenis salah laku yang merangkumi kategori tidak pentingkan masa ialah berkeliaran, lewat ke perhimpunan sekolah,bengkel, makmal atau bilik darjah, makan di luar masa rehat, berbual-bual atau buat bising dalam bilik darjah, sembunyi diri dalam perpustakaan atau tandas, tidak buat kerja sekolah mengikut masa.
·         Jenis salah laku yang merangkumi kategori kurang sopan ialah berkasar dengan guru, pengawas atau pelajar, berbahasa kesat, menyimpan atau menghisap rokok, mengganggu pengajaran pembelajaran,tidak hormat guru atau pengawas.
·         Jenis salah laku yang merangkumi kategori laku musnah ialah
merosakkan harta benda sekolah, pengetua,guru,pelajar dan kantin.
·         Jenis salah laku yang merangkumi kategori tidak jujur ialah menipu
(melibatkan wang), menipu sekolah, pengetua, guru,pelajar dan kantin.
·         Jenis salah laku yang merangkumi kategori ponteng ialah ponteng kelas,
sekolah, perhimpunan, aktiviti kokurikulum, ujian, peperiksaan, kelas
tambahan, tugas sekolah dan aktiviti sekolah.



Mengikut analisis, sepuluh salah laku yang berkerapan tinggi berlaku di peringkat sekolah menurut urutan ialah:-
1.    Ponteng sekolah
2.    Mencuri
3.    Mengancam murid sekolah
4.    Berkasar dengan murid sekolah
5.    Berbahasa kesat
6.    Datang sekolah/masuk kelas lambat
7.    Membuat bising dan menggangu pelajaran.
8.    Merosakkan harta benda sekolah
9.    Ponteng aktiviti kokurikulum
10. Ponteng kelas


5.0     KEMAHIRAN

Meskipun pemanfaatan media, metode, strategi, sumber belajar, dan sistem evaluasi pembelajaran telah menunjukkan adanya perubahan, tetapi sistem dan setting  tradisional masih mewarnai setiap penyelenggaraan pendidikan. Sering sekolah masih menggunakan format ruang kelas yang sama dengan yang digunakan pada puluhan dan bahkan ratusan tahun lampau dan buku-buku masih merupakan bagian penting dari sistem pendidikan berdasarkan kurikulum yang kaku. Memasuki abad ke-21 sekarang ini, berbagai cara tradisional memperlihatkan pergeseran yang hebat, di mana pendidikan online telah membawa impak pada perubahan-perubahan yang menentang cara tradisional itu. Perubahan yang dimaksudkan paling sedikit dapat dilihat dari tiga kecenderungan saat ini, yakni home schooling, self-study, dan kegagalan pendidikan tradisional.
Kurikulum adalah ‘core’ kepada ‘business’ pendidikan. Ia merupakan satu rancangan pendidikan yang membendung segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma serta unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan kepada ahli-ahli dari satu generasi kepada satu generasi lain. Rancangan pendidikan ini bertujuan untuk memenuhi keperluan individu dan negara. Dalam Laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) kedua-dua keperluan dihuraikan seperti berikut :
 " Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan murid yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi serta menyemai, menanam dan memupuk nilai-nilai akhlak yang diingini, di samping menyampaikan ilmu pengetahuan. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum itu juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukun negara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara. "
Dalam proses menyediakan warganegara Malaysia dengan pendidikan yang lengkap bagi mengisi dua keperluan utama iaitu keperluan individu dan keperluan negara, kurikulum perlu dirancang dan diurus dengan teliti. Ini amat penting untuk menentukan supaya kurikulum ini sesuai dengan keperluan dan berkualiti cemerlang.
Pembangunan tenaga manusia dan tenaga rakyat menjelang abad ke 21 tidak terhad kepada penyediaan dan pembekalan tenaga pekerja yang berketerampilan dalam sektor-sektor perindustrian dan perdagangan sahaja.
Kurikulum bagi abad ke 21 perlu dibentuk supaya relevan dan koheran dengan keadaan pada masa itu dan boleh memenuhi matlamat-matlamat yang ditentukan. Garis panduan tentang bentuk, isi dan pelaksanaan kurikulum itu pastinya ditentukan (dictated) oleh senario yang dapat dilihat dari aliran pembangunan dan kemajuan teknologi.
Perancangan kurikulum abad ke 21, mestilah bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat dan profil bangsa dan warganegara Malaysia.
Warganegara Malaysia bagi abad ke 21 mestilah dapat menangani cabaran yang akan dibawa arus oleh globalisasi, ledakan ilmu dan maklumat. Warganegara berupaya merancang masa depan mereka dan mampu membuat pilihan yang bijak dan tepat sesuai dengan budaya dan nilai-nilai semasa.
Untuk memenuhi matlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersikap terbuka dan kreatif, kurikulum yang direncanakan mestilah mampu membekalkan pelajar dengan kesediaan diri yang kukuh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Fokus pengisian kurikulum semestinya lebih daripada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas tetapi kepada penguasaan berbagai-bagai kemahiran iaitu:-
  • kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif
  • kemahiran berkomunikasi secara berkesan
  • kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni
  • kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan
  • kemahiran mencari, menginterpretasikan dan mengaplikasikan maklumat
  • kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain
  • kemahiran kepimpinan dan pengurusan

Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan kurikulum. Menjelang abad ke 21 pelajar perlu mendapat segala kemudahan yang disediakan untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran. Komputer sudah pasti digunakan secara meluas.
Sumber pengetahuan utama abad ke 21 kelak merupakan sumber yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Dengan itu kemudahan seperti komputer, multimedia, cekera padat dan lebuh raya maklumat seperti 'internet' perlu disediakan untuk digunakan oleh semua pelajar. Adalah diharapkan pengajaran dan pembelajaran pada abad ke 21 dibantu sepenuhnya oleh komputer. Ini bukan bertujuan menggantikan guru dengan penggunaan teknologi tetapi untuk menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan, berkesan dan lebih bermakna kepada pelajar.
Proses pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke 21 masih tetap berpusatkan pelajar. Malah ia perlu dipertingkatkan daripada apa yang diamalkan sekarang. Guru memainkan peranan lebih penting kepada pelajar dengan melibatkan pelajar sepenuhnya secara aktif dalam semua aktiviti sama ada di dalam atau di luar darjah. Guru lebih-lebih lagi berperanan sebagai pemudah (fasilitator) pembelajaran dan berperanan sebagai pembekal maklumat.
Pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang oleh guru bagi membina dan mengukuhkan minat murid terhadap pembelajaran. Murid dibimbing supaya bersedia menerima pengajaran dan berupaya untuk meneruskan pembelajarannya sendiri. Pelajar ketika itu perlu dilatih untuk berdikari, yakin pada diri sendiri dan meningkatkan rasa tanggungjawab.
Dalam rangka pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar, tenaga pengajar/guru di sesebuah bilik darjah sekurang-kurangnya terdiri daripada seorang guru dan seorang pembantu guru untuk membimbing pelajar yang tidak melebihi 25 orang pelajar. Keadaan kelas dengan dua orang guru dengan sekelompok murid patut dijadikan amalan bagi meningkat dan mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar.
Perlu ditegaskan bahawa apa pun bentuk reformasi kurikulum yang dianjurkan tidak akan dapat hasil yang diharapkan jika tidak diikuti dengan penyusunan semula di dalam bidang-bidang lain, kerjasama di antara agensi-agensi di Kementerian Pendidikan dan mengambil perhatian yang berat tentang pelaksanaannya. Dalam menjayakan hasrat penubuhan Sekolah Bestari, tumpuan utama seharusnya diberikan kepada pembangunan prasarana teknologi, penyediaan latihan semula guru, penyediaan bahan kursus dan format penilaian, di samping penglibatan pihak swasta, ibu bapa dan komuniti dalam menangani tugas yang besar ini.


6.0     KESIMPULAN

Perkembangan dunia aspek ekonomi, sosial, politik dan teknologi seharusnya menjadi indikator asas kepada sistem pendidikan dan persekolahan untuk memenuhi keperluan tenaga manusia yang berteraskan keilmuan yang berkualiti, asas nilai dan moral yang berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan, memelihara perpaduan rakyat sebagai bangsa Malaysia, dan manusia yang bertaraf dunia. Para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21.Sistem pendidikan yang terbaik akan menghasilkan pelajar yang cemerlang dan membentuk modal insan yang berahlak mulia.Guru sememangnya membentuk modal insan yang terbilang,cemerlang dan gemilang.


8 comments:

Unknown said...

Umm... boleh x email kat saya. saya pasukan bahas, perlukan bahan ini. terima kasih.

iamazizjaffar said...

alahai...kjmny....hahahahaha

Unknown said...

saya meminta izin pihak tuan untuk merujuk penulisan ini bagi menyiapkan tugasan universiti..Terima kasih. :)

NORDIANA said...

tq..isi yg kemas. mohon sent rujukan bibliografi yg digunakan. nordianamohdnor@gmail.com

Nurul said...

Maaf, saya mohon izin untuk dikongsi bahan penulisan ini. Terima kasih.

Unknown said...

mohon send kepada suhailanatasharezal@gmail.com

Gobie Krishnan said...

pls kongsi bahan penulisan ini...saya amat memerlukan

Unknown said...

mohon kongsi penulisan ini, saya amat memerlukannya untuk dijadikan sebagai bahan rujukan

Post a Comment


 
Powered by Blogger