Sunday, 30 December 2012

WATSON ASAI ANAK JIKA (PT122286CT)


TUGASAN 1

Modal RM1 juta.
Apakah jenis perniagaan yang hendak dijalankan? Mengapa?
Bagaimana untuk memastikan perniagaan anda UNTUNG?

Dengan adanya modal sebanyak RM1 juta saya akan membina Komplek Sukan yang bertaraf antarabangsa di jalan UMS. Komplek Sukan tersebut mengandungi beberapa gelanggang permainan untuk disewakan kepada orang ramai. Antara gelanggang permainan yang disediakan ialah gelanggang futsal, badminton, bola jaring, bola baling, bola keranjang, bola tampar dan beberapa jenis permainan yang lain. Selain menyediakan gelanggang permainan, saya juga membuka kedai pakaian dan peralatan sukan. Saya memilih perniagaan ini kerana ramai golongan pelajar dan belia di kawasan jalan UMS terutamanya mereka yang tinggal di UA1, UCA, UA2, taman sulaman dan Indah Permai. Selain itu, di sekitar kawasan tersebut kurang kemudahan sukan yang terdekat. Sebelum ini orang ramai perlu pergi ke pusat sukan di Yayasan Sabah, ini menyukarkan orang ramai terutamanya golongan pelajar untuk mengunjungi pusat sukan tersebut kerana masalah pengangkutan. Bagi memastikan perniagaan ini menguntungkan, saya akan akan membuat analisis dari segi 4P iaitu Product, Price, Place dan Promotion. 4 aspek tersebut saling berkaitan antara satu sama lain. Produk/ perkhidmatan yang ditawarkan mestilah berkualiti, harga juga mestilah setimpal dengan produk/perkhidmatan yang pengunjung perolehi, tempat juga mestilah strategik bagi memudahkan orang ramai untuk mengunjungi Komplek Sukan tersebut dan promosi mestilah boleh menarik minat orang ramai untuk mengunjungi Komplek sukan tersebut dan bagi golongan pelajar perlu diberi diskaun. Empat aspek tersebut perlu diambil kira untuk memastikan kepuasan pengguna tinggi.










TUGASAN 2

Sila jawab soalan yang kedua pula iaitu BAGAIMANA untuk memastikan perniagaan itu 100% UNTUNG? Apakah faktor2 yang perlu difikirkan sebelum dan semasa juga setelah perniagaan itu dimulakan?

Bagi memastikan perniagaan ini 100% menguntungkan saya akan sentiasa meningkatan perkhidmatan agar pengguna sentiasa tertarik dan berpuas hati dengan kemduhan yang telah disediakan. Seperti yang saya telah tekankan pada soalan yang pertama tadi, aspek yang paling penting sebelum dan semasa menjalankan perniagaan ialah Produk, harga, tempat dan promosi. Keempat-empat aspek tersebut perlu ditingkatkan dari masa ke semasa agar perniagan yang dijalankan memberi kepuasan yang tinggi kepada pengguna Produk/perkhidmatan yang diberikan mestilah berkualiti dan memjamin keselamatan kepada pengguna. Harga pula mestilah berpatutan dengan produk/perkhidmatan yang ditawarkan dan setimpal dengan perkhidmatan yang pengguna perolehi. Selain itu, tempat juga mestilah strategik agar pengguna mudah mengunjungi tempat tersebut serta menjadi tempat tumpuan pengguna. Promosi juga perlu dibuat agar menarik minat pengguna untuk mengunjungi tempat tersebut. Antara promosi yang perlu dibuat dengan memberi diskaun kepada pengguna. Selain 4 aspek tersebut, saya juga akan membuat analisis SWOT iaitu dari segi Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman. Saya akan menggunakan kekuatan yang ada pada produk yang ditawarkan. Selain itu, saya juga akan sentiasa mengatasi kelemahan yang ada. Saya juga akan mengambil kesempatan dengan adanya peluang untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna dan saya akan mengatasi serta mengelak dari segala ancaman yang akan mengganggu perniagaan saya.











TUGASAN 3

Apakah definisi teori multi modality? apakah yang dimaksudkan multi modality instruction

Teori multi modality bermaksud kepelbagaian kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran. Manakala multi modality instruction bermaksud penggunaan lebih daripada satu kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam Hal ini, kepelbagaian kaedah P&P tersebut perlu mengambil kira aras kemampuan pelajar, matapelajaran serta persekitaran pelajar. Ini kerana setiap kaedah yang digunakan akan menghasilkan P&P yang berlainan. Peranan guru adalah penting untuk memilih kaedah serta pendekatan yang bersesuai dengan kemampuan pelajar agar maklumat yang disampaikan dapat serta mudah difahami oleh pelajar. Dengan adanya kepelbagaian kaedah yang digunakan akan memudahkan pelajar memahami perkara yang hendak disampaikan oleh guru dengan menggunakan kaedah seperti iluterasi, visual, audio dan lain-lain.




















TUGASAN 4

Sila respon untuk isu ini pula
i) Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran
ii) cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning
iii) cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills)
iv) cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar.
v) cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran

i) Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran
Penggunaan Multimedia seperti video dapat memenuhi ciri yang keenam daya ingatan seseorang dapat menyimpan iaitu 90%. Hal Ini kerana ia mempunyai elemen-elemen teks, grafik, video, audio dan animasi yang boleh dipersembahkan secara serantak dengan stail pembelajaran iaitu VARK- visual, auditori, read & kinestetik. Dengan menggunakan video, pelajar akan lebih tertarik serta berminat dengan stail pembelajaran sedemikian.

ii) Cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning
Pembelajaran dan pengajaran ubiquitous boleh dilaksanakan secara online. oleh itu, pelajar tidak perlu datang ke kelas kerana mereka boleh membuat P&P dimana-mana sahaja mereka berada asalkan mereka boleh membuat capaian seperti web 2.0.

iii) Cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills)
Penggunaan video terutamaan dalam P&P dapat menggalakan pelajar berfikir tentang apa yang terkandung di dalam video tersebut. Pada kebiasaannya berkaitan dengan pembelajaran pemikiran tahap tinggi (high-order thinking skills)

iv) cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar.
Penggunaan video dapat meningkatkan kemahiran sosial dari segi kreativiti, kepimpinan, motivasi dan pembelajaran koperatif. dalam hal ini, pelajar akan lebih kreatif untuk mengaplikasikan penggunaan video tersebut.

v) Cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran
Penggunaan video akan lebih menyedarkan terutamanya pelajar tentang isu-isu semasa. contohnya tayangan video yang memaparkan hukuman yang dikenaakan terhadap pesalah yang melakukan kesalahan seperti membunuh, mencuri,meragut,membuli dan sebagainya.
TUGASAN 5

Apakah kekangan jika kita menggunakan video dalam kelas?

Penggunaan video dalam kelas memang boleh menarik minat pelajar untuk menjalankan P&P. Pada masa yang sama terdapat kekangan atau halangan yang timbul, antaranya ialah
1. masa
Guru perlu menggunakan masa yang lama untuk membuat persipan pemasangan alat-alat yang digunakan contohnya speaker, projector, komputer dan sebagainya.
Tayangan video tersebut terlalu panjang. Hal ini menyebabkan guru tidak mempunyai masa yang cukup untuk menghabiskan tayangan tersebut.

2. Peralatan
Tidak semua sekolah mempunyai peralatan ICT yang mencukupi. Keadaan ini menyebabkan perancangan guru untuk menggunakan video adalah terhad

3. Bekalan elektrik
Di sekolah pedalaman tidak mempunyai bekalan elektrik yang mencukupi.hal ini akan menyebabkan penggunaan video tidak dapat dijalankan dengan baik

4. Kemahiran
Tidak semua guru mahir dalam menggunakan peralatan ICT. Keadaan ini akan menyukarkan guru tersebut untuk memasang peralatan ICT serta mengendalikan P&P dengan menggunakan video.
5. Penyampaian
Kadang-kadang pelajar tidak faham tentang apa yang hendak disampaikan di dalam video tersebut. Penggunaan bahasa dalam video tersebut juga akan menyukarkan pelajar untuk memahami perkara yang hendak disampaikan.







TUGASAN 6

Bagaimana mengguna video dalam kelas? sebelum, semasa dan selepas

Penggunaan video di dalam kelas memerlukan seseorang guru membuat perancangn iaitu sebelu, semasa dan selepas

1. SEBELUM
Guru perlu memastikan peralatan seperti projector, Sperker dan komputer berfungsi dengan baik. kemudian kita pasangkan peralatan tersebut.

2. SEMASA
Guru perlu membuat set induksi dan menerangkan secara ringkas tentang tayangan video tersebut. selepas itu guru boleh memulakan tayangan tersebut. semasa tayangan juga guru perlu memantau keadaan pelajar di dalam kelas serta menyuruh pelajar membuat catatan tentang perkara yang di dalam video tersebut.

3. SELEPAS
Guru perlu menutup semua peralatan yang digunakan serta memastikan semua peralatan masih dalam keadaan baik. selain itu, sebelum kelas tamat guru perlu membuat perbincangan tentang perkara yang terdapat di dalam video terbut. guru boleh membuat perbincangan secara soal jawab. selepas itu, guru perlu membuat penutupan dan rumusan tentang video tersebut.












TUGASAN 7

Assignment manipulatives

Soalan 3
Sesi pengajaran boleh dilakukan dengan menggunakan Model. Model merupakan perwakilan 3D bahan-bahan sebenar. Model boleh dalam bentuk sama saiz dengan objek atau lebih kecil daripada objek sebenar. Model adalah binaan rupa bentuk bahan atau benda asal yang mungkin diperbuat daripada bahan keras seperti tanah liat, plastisin dan getah. Contohnya guru mengajar tajuk sistem barter dalam mata pelajaran perdagangan, guru boleh menunjukkan model barangan dan melakukan pertukaran model barangan tersebut. Hal ini boleh memudahkan pelajar memahami konsep sistem barter dan cara sistem barter dilaksanakan.

Soalan 4
Pengajaran tajuk Insurans Am, contohnya insurans motor dalam mata pelajaran perdagangan boleh dilakukan dengan melawat ke Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM). Dalam hal ini, pelajar boleh melihat antara jenis-jenis insurans am di PIAM. Antara laman web yang boleh digunakan ialah seperti berikut:














TUGASAN 8

Jawab lima soalan ini dengan ringkas sahaja ya.
1) apakah yang dimaksudkan dengan video literasi?
2) Nyatakan lima konsep utama menonton dan menghasilkan video.
3) Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video?
4) Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video dalam pendidikan menyokong pembelajaran pelajar?
5) Nyatakan proses untuk memilih dan menilai video bagi penggunaan video dalam bilik darjah.

1.    Literasi video menjurus kepada ilmu pengetahuan dan kaedah yang diperlukan untuk menggunakan atau menonton video secara berfaedah serta menghasilkan video.

2.    Lima konsep utama menonton dan menghasilkan video ialah:
a) Penulis membina mesej.
b) Format untuk setiap mesej adalah unik.
c) Setiap penonton menginterpretasi mesej itu secara berlainan.
d) Nilai dan pandangan adalah sebahagian daripada mesej.
e) Sebahagian besar mesej dibina untuk menerangkan tujuan yang tertentu.

3.    Pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video untuk memperkenalkan sesuatu topik, mengulas isi kandungan, memberi pemulihan dan mencadangkan pengayaan. Video adalah bersesuaian dengan hampir semua topik untuk semua jenis pelajar dalam semua domain pengajaran.

4.    4 jenis video dalam pendidikan yang menyokong pembelajaran pelajar adalah seperti berikut:
a)    Dokumentasi (Documentary)
Memberitahu cerita benar tentang situasi dan watak sebenar.

b)   Dramatization
Menarik perhatian pelajar dan satu tempat yang baik untuk membina sikap dan perangai pelajar yang positif seperti keyakinan diri dan bekerjasama.
c)    Video storytelling
Memberi peluang kepada pelajar supaya kreatif semasa menulis, literasi visual dan kaedah penghasilan video. Matlamatnya ialah mengajar pelajar supaya menyuarakan idea melalui cerita.

d)    Virtual field trips
Membawa pelajar ke tempat yang mungkin mereka tidak boleh pergi, contohnya hutan di Papua New Guinea.

5.    Proses untuk memilih dan menilai video bagi penggunaan video dalam bilik darjah adalah memilih video daripada sumber yang dipercayai. Jika video dipilih dengan teliti, bahan tajaan akan menjadi bahan tambahan bernilai dalam pengajaran bilik darjah. Selepas memilih video, gunakan alat penilaian untuk menilai kesesuaian dengan pengajaran. Borang penilaian boleh menolong guru untuk memilih bahan yang mendorong pembelajaran pelajar.




















TUGASAN 9

Sila refleks tentang proses dan ciri-ciri reka cipta visual

Elemen grafik bermakna bahan-bahan asas yang digunakan untuk membentuk sesuatu komposisi visual; sama ada seperti rumah yang dibentuk daripada bahan-bahan asas seperti kayu, simen, paku dan sebagainya. Antara elemen grafik ialah;
1.    Ruang
Ruang adalah Keluasan yang disediakan bagi sesuatu visual, sama ada sebesar kertas A4, kertas menila mahupun seluas padang bola. Tanpa satu ruang, sesuatu visual tidak boleh dihasilkan. Ruang perlu digunakan dengan saksama supaya reka bentuk menarik dipandang. Ruang terbahagi kepada dua jenis;
a)    Ruang Positif – Ruang yang digunakan.
b)   Ruang Negatif – Ruang yang kosong.

2.    Garisan
Garisan adalah satu elemen yang paling ringkas dan amat mustahak. Tanpanya tidak akan wujud gambaran objek, manusia, suasana dan lain-lain lagi. Ia boleh didapati dalam bentuk dua dimensi dan tiga dimensi, adalah seperti tali. Fungsi garis ialah:
a)    Menunjukkan pergerakan dan arah atau aliran, seperti aliran sungai, tiupan angin, arah larian dan lain-lain.
b)   Menunjukkan suasana aman atau ganas seperti letupan.
c)    Menunjukkan kemegahan dan kekuatan.
d)    Menunjukkan kekusutan.
e)    Melukis objek atau benda.
f)     Menghubungkan antara satu elemen dengan elemen yang lain.

3.    Permukaan
Sesuatu permukaan boleh dirawat dengan memberi warna dan tekstur. Permukaan yang kasar atau licin akan memberi kesan ke atas rupa garisan yang dibuat diatasnya. Garis, warna dan tekstur yang berbeza memberi kesan yang tertentu ke atas permukaan. Kesemuanya perlu disatukan dengan wajar supaya permukaan kelihatan menarik.


4.    Bentuk dua dimensi
Bentuk dua dimensi mempunyai hanya dimensi panjang dan lebar seperti sekeping kertas. Terdapat tiga jenis bentuk dua dimensi:
a)    Bentuk geometri
b)   Bentuk abstrak
c)    Bentuk gambaran

5.    Bentuk tiga dimensi
Bentuk tiga dimensi mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi. Bentuk ini boleh didapati dalam dua kategori, iaitu bentuk tiga dimensi sebenar dan bentuk tiga dimensi tiruan.

Prinsip visual berkaitan dengan kaedah atau cara menggunakan elemen-elemen grafik supaya visual yang dihasilkan menarik dan berkesan. Terdapat enam prinsip grafik iaitu:
1.    Simplisiti
Simplisiti bermaksud sesuatu rekaan haruslah memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas. Cara yang terbaik ialah dengan mempersembahkan satu perkara pada satu masa.

2.    Dominan
Dominan boleh disama ertikan dengan pusat penumpuan atau minat. Terdapat pelbagai cara untuk mencapai dominan. Antaranya ialah:
a)    Menggunakan Peraturan Satu Pertiga (Rule of Third).
b)   Warna dan bentuk yang kontras.
c)    Saiz yang lebih besar.
d)    Menggunakan anak panah yang menunjuk ke arah item utama.
e)    Menggunakan garis-garis yang menunjuk ke arah item utama.
f)     Mewujudkan gerakan dalam rekaan visual seperti pergerakan cecair, guli atau kipas.
g)    Menggunakan lampu atau cahaya yang memancar.





3.    Pola
Pola atau corak berkaitan dengan soal susunan item-item dalam sesuatub rekaan visual. Aspek susunan ini amat dititikberatkan kerana ia dapat:
a)    Menarik penglihatan mata ke arah item yang utama.
b)   Menggerakkan penglihatan mata pada keseluruhan visual dalam arah yang betul.
c)    Mengekalkan penglihatan mata dan seterusnya mengikuti aliran persembahan sehingga sampai kepada titik akhir.

4.    Seimbang
Terdapat dua jenis seimbang:
a)    Seimbang formal
Pembahagian yang sama bahagi (bisymmetrical) antara dua bahagian visual.
b)   Seimbang tidak formal
Pembahagian yang tidak sama rata (asymmetrical) antara dua bahagian visual.

5.    Variasi
Variasi menyokong pola untuk meningkatkan tarikan terhadap visual.

6.    Harmoni
Harmoni memberikan rasa yakin dan pasti kepada penonton/pembaca kerana mereka dapat melihat hubungan antara elemen-elemen, arah aliran persembahan, perspektif dan kesatuan mesej.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

ROYSTON ANAK PETRUS (PT122315CT)


TUGASAN 1

Dengan bermodalkan modal Rm1 juta,saya akan membuka kedai buku dan alat tulis.Tujuan utama saya membuka kedai ini adalah bertujuan untuk memudahkan pelajar UMS membeli buku serta alat tulis dengan harga yang berpatutan.Ini kerana sebagai pelajar sudah pasti ingin membeli peralatan alat tulis dan buku untuk tujuan pembelajaran di universiti.Bagi memastikan keuntungan adalah melebihi kos,saya akan memastikan imej produk saya iaitu harga yang murah dan perpatutan dan mampu dibeli oleh golongan pelajar dijadikan sebagai produk imej saya,

TUGASAN 2

Perkara pertama yang perlu diambil kira ialah tempat,promosi,harga dan produk.Sesorang usahawan perlu mengambil kira aspek 4ps sebagai panduan dalam membuka perniagaan dan seterusnya mempunyai pelan perniagaan yang strategik.Dalam menjalankan perniagaan amat penting kerana dengan kejujuran akan menarik lebih ramai pelanggan. kemesraan perlu diutamakan supaya pelanggan sentiasa suka datang. dengan kata lain pelanggan perlu diutamakan kerana pelanggan lah yang akan menentukan kejayaan perniagaaan kita. Tanpa pelanggan, perniagaan itu akan gagal. Sebelum memulakan perniagaan perancangan yang perlu adalah menentukan kumpulan sasaran dan potensi untuk perniagaan itu berjaya di kawasan yang dikehendaki. Semasa menjalankan perniagaan, promosi perlu dibuat secara berterusan. kebajikan pelanggan perlu dijaga. pandangan serta komen pelanggan perlu diambil kira. Setelah perniagaan dijalankan, penambahbaikan perkhidmatan perlu dipertingkatkan. Sebab itu pendapat pelanggan perlu diambilberat. ini dapat menjamin kejayaan perniagaan untuk jangka panjang.







TUGASAN 3

Pada pendapat saya, multi modality bermakna seorang guru perlu mempunyai kebolehan yang pelbagai. dengan kata lain seorang guru perlu tahu menggunakan kaedah pengajaran yang berbeza untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza


TUGASAN 4

Sila respon untuk isu ini pula
i) Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran
ii) cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning
iii) cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills)
iv) cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar.
v) cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran

i)menambah minat pelajar dengan menyediakan grafik yang menarik
ii)boleh digunakan dimana-mana sahaja dan memudahkan pengulangan
iii)meningkatkan kemahiran berfikir pelajar kerana pelajar dapat melihat sendiri berbanding penerangan guru yang memerlukan pelajar membayangkan situasi-situasi tertentu yang diterangkan oleh guru
iv)penggunaan video akan mengurangkan kemahiran sosial pelajar, menyebabkan pelajar kurang berinteraksi dengan rakan-rakan dan juga guru
v)kesedaran akan meningkat. sebagai contoh; kesan penggunaan dadah. dengan pembelajaran menggunakan video, pelajar dpat melihat kesan sebenar penyalahgunaan dadah.






TUGASAN 5

Apakah kekangan jika kita menggunakan video dalam kelas?

kekangan dari segi peralatan melibatkan kos yang tinggi. bukan semua sekolah mempunyai skrin dalam setiap kelas. penggunaan video di sesetengah sekolah terutamanya di luar bandar memaksa guru membawa pelajar ke bilik khas seperti pusat sumber. hal ini menyebabkan pembaziran masa berlaku. pemasangan peralatan juga memerlukan masa. tambahan lagi, pemasangan skrin di dalam kelas akan membawa risiko skrin dirosakkan oleh pelajar. Walau bagaimanapun perkara ini dapat diatasi sekiranya terdapat pengawasan yang rapi oleh pihak guru dan sekolah amnya. bilik kelas yang sentiasa berkunci, atau penyediaan peti keselamatan di dalam kelas perlu untuk menyimpan peralatan tersebut supaya guru tidak perlu memanggil pelajar untuk mengambil peralatan dari bilik guru setiap kali ingin menggunakannya. ini dapat mengurangkan pembaziran masa.


TUGASAN 6

Bagaimana mengguna video dalam kelas? sebelum, semasa dan selepas

Sebelum kelas;
 memastikan peralatan berfungsi dengan baik, bunyi serta paparan yang jelas didengar dan dilihat oleh pelajar terutama yang duduk di belakang kelas.

Semasa kelas;
 memastikan pelajar memberi perhatian kepada video, mengawal pelajar supaya tidak mengganggu peralatan video yang digunakan dan memberi tambahan kepada penerangan yang terdapat dalam video.

Selepas kelas;
memastikan peralatan dibuka dan disimpan dengan elok dan selamat

TUGASAN 7

Assignment manipulatives

Kemahiran manipulatif ini melibatkan gerakan dan koordinasi antara anggota badan yang seterusnya akan mengembangkan kemahiran motor mereka, koordinasi mata tangan, meningkatkan daya tumpuan, menambah persepsi visual, dan dapat mengukuhkan konsep saiz, bentuk, warna dan corak..Manipulatif adalah berkaitan hubungan dengan objek sama ada mengenakan tindakan atau menerima gerak balas darinya. Oleh itu anggota kaki dan tangan merupakan anggota yang paling kerap digunakan dalam kemahiran manipulatif. Penggunaan tangan dalam kemahiran manipulatif dapat dilihat misalnya dalam aktiviti menulis, mewarna atau memegang objek.Bagi meningkatkan kemahiran manipulatif kanak-kanak, guru seharusnya membuat perancangan ruang yang baik dalam menggunakan sumber yang sedia ada di sekolah. Guru harus mengenal pasti tempat serta peralatan yang sesuai dan boleh digunakan untuk melatih kemahiran manipulatif

















TUGASAN 8

Jawab lima soalan ini dengan ringkas sahaja ya....
1) apa kah yang dimaksudkan dengan video literasi?
2) Nyatakan lima konsep utama menonton dan menghasilkan video.
3) Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video?
4) Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video dalam pendidikan menyokong pembelajaran pelajar?
5) Nyatakan pros

1)Literasi video bermaksud pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk mengambil video atau pandangan bermakna untuk menghasilkan video. Penggunaan video dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang mana video pembelajaran ini boleh didefinisikan sebagai gabungan bunyi dan visual yang direkod ke dalam pita video dan dimainkan melalui kaca TV di dalam bilik darjah.
2) Menonton :
a. siapa yang mencipta mesej ini?
b. teknik kreatif apa yang digunakan untuk menarik perhatian saya?
c. bagaimana mungkin pelbagai orang memahami mesej ini berbeza?
d. apakah nilai, gaya hidup, dan mata pandangan yang ditinggalkan?
e. apakah tujuan mesej?

Menghasilkan video :
a. apa yang saya karang atau hasilkan?
b. adakah mesej mencerminkan pemahaman dalam format, kreativiti dan
teknologi?
c. adakah mesej saya menarik perhatian penonton sasaran saya?
d. adakah saya jelas dan konsisten berkenaan dengan rangka nilai, gaya hidup, dan
pandangan dalam mesej saya?
e. adakah maksud yang ingin saya sampaikan berkesan?

3)Penggunaan video sebagai bahan bantu mengajar memberikan satu pengalaman baru kepada sebilangan pelajar. Media video dan televisyen dapat membawa pelajar ke mana-mana sahaja, terutama sekali jika tempat atau peristiwa yang ditayangkan itu terlalu jauh untuk dilawati, atau merbahaya. Dengan penayangan video, pelajar dapat merasa seolah-olah mereka berada atau turut serta dalam suasana yang digambarkan. Sebagai contoh, proses penjanaan elektrik dapat ditunjukkan kepada pelajar melalui video. Ianya dapat membantu pelajar membayangkan cara kerja stesen janakuasa elektrik di samping memberi pengalaman kepada para pelajar secara visual.

4) a. Video dokumentari - merupakan video yang digunakan untuk dokumentari sebenar seperti
haiwan-haiwan di Afrika. Contohnya National Geographic channel.
b. Video Dramatris : Video yang membawa pelajar untuk berilusi melepasi pemikiran logik.
c. Video Penceritaan : Video yang menceritakan tentang sesuatu perkara.
d. Video Virtual : Video yang membawa pelajar ke tempat yang tidak dapat di kunjungi oleh
pelajar dalam masa terdekat.

5) Ciri-ciri video pendidikan yang berkesan iaitu:
a. Mencapai matlamat/objektif pembelajaran
b. Membantu peningkatan proses pembelajaran pelajar dari aspek kesan bunyi, penggunaan
grafik, penggunaan animasi dan penggunaan warna.
c. Kandungan mestilah sesuai dengan pembelajaran mudah difahami dan mencapai
objektif yang ditetapkan.
d. Pemilihan media mestilah bersesuaian dengan kos alatan, senang dikendalikan dan tidak membebankan.
e. Persembahan video berupaya menunjukkan konsep kemahiran motor melibatkan
pergerakan.
f. Reka bentuk skrin paparan yang sesuai dapat meningkatkan minat pelajar. Warna latar
belakang yang digunakan juga perlulah sesuai.
g. Integrasi teks bermaklumat, integrasi grafik yang menarik perhatian, integrasi animasi
berilmu, integrasi audio menarik perhatian dan integrasi video tepat dan sesuai mampu
menarik minat pelajar. Penggunaan video boleh menggalakkan perkembangan kreatif dan
kritikal.
h. Bahan pembelajaran berkesan dapat menggalakkan berlaku pemindahan pembelajaran
kerana konsep-konsep dapat ditangkap dengan lebih jelas lagi. Ia dapat mengembangkan
kebolehan berkomunikasi kerana melalui alat bantu mengajar, interaksi antara pelajar-
pelajar digalakkan. Topik yang dipaparkan oleh media mestilah relevan dan memenuhi sukatan.
Ini membolehkan pelajar berupaya mencerna fikiran.
i. Aktiviti pembelajaran dipelbagaikan dengan melakukan pelbagai aktiviti sebelum, semasa dan selepas media yang digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar mempunyai sikap positif terhadap pembelajaran mereka dengan penggunaan video.
j. Penggunaan grafik mestilah menarik dengan penggunaan warna menarik dan penggunaan
animasi menarik. Selain itu, jenis bunyi mestilah sesuai dan menarik.
k. Meransang perkembangan kognitif dan psikomotor pelajar.





















TUGASAN 9

Sila refleks tentang proses dan ciri-ciri reka cipta visual

Pembelajaran menggunakan visual merupakan proses pembelajaran yang melibatkan objek-objek visual yang memberikan rangsangan kepada individu untuk meneroka maklumat-maklumat baru. Pemahaman serta tafsiran ini akan diterjemahkan daripada berbentuk gambaran kepada bentuk perkataan atau lisan ataupun perbuatan.
Literasi visual mendidik pelajar mengenai cara-cara untuk menterjemahkan sesuatu gambaran kepada bentuk-bentuk yang boleh di baca atau dalam bentuk grafik yang boleh difahami umum. Ia juga membolehkan pelajar untuk mencipta mesej-mesej tertentu melalui penghasilan visual yang bersesuaian dan mudah difahami umum.
Pelajar membuat tafsiran dan pemahaman mengenai visual yang dipaparkan dan pengajar membimbing pelajar agar tafsiran dan pemahaman tersebut mengikut objektif pembelajaran.

Pisual adalah alat komunikasi yang dapat menyediakan rujukan konkrit yang lebih baik daripada penyataan secara lisan atau bertulis. ini bermakna fungsi utama visual adalah untuk meningkatkan komunikasi dalam pengajaran. keberkesanan bahan visual bergantung kepada kualiti yang ada pada visual tersebut. maka reka bentuk visual (design of visual) amat penting. terdapat 3 bentuk visual iaitu fotografik, elektronik, dan grafik. fotografik dan elektonik menyediakan ilustrasi melalui gambar, sejenis visual yang mewakili realiti dalam keadaan yang paling realistik, iaitu menyerupai sesuatu subjek atau situasi yang sebenar. manakala bahan grafik pula menyediakan ilustrasi secara artistik atau simbolik yang terdiri daripada 2 kategori visual iaitu visual analogik (cth: kartun) dan visual organisasi (cth: peta,graf, dsb)

Terdapat 6 prinsip grafik iaitu simplisiti, dominan, pola, seimbang, variasi danharmoni.
Selain daripada memiliki 6 prinsip tersebut, ciri-ciri visual yang baik juga perlu ;
1. mudah dibaca dan difahami
2. elemen warna yang menarik, dan
3. penggunaan huruf yang menarik dan mudah dibaca


LITERASI MAKLUMAT

Keupayaan mendapat makna daripada maklumat.
Keupayaan mendapatkan maklumat yang relevan sesuai dan berguna dengan berkesan dan cekap.
Mengolah data kepada maklumat dan ilmu yang berguna untuk kepentingan sejagat dan dapat menyelesai masalah dan buat keputusan.
Seseorang yang “Information-Literate” boleh :
Mengakses maklumat secara efisien dan berkesan.
Menilai maklumat secara kritis dan cekap.
Mengguna maklumat secara kreatif dan berkesan.
Berusaha mendapatkan maklumat berhubung dengan kepentingan peribadi, akademik dan kerjaya.
Menghargai dan seronok dengan bahan-bahan sastera dan penulisan kreatif.
Berusaha ke arah kecemerlangan dalam mendapatkan maklumat dan penjanaan ilmu.
Menyedari kepentingan maklumat dalam masyarakat demokratik.
Mengamalkan tingkah laku yang baik (etika) berhubung dengan maklumat dan IT.
Mengambil bahagian secara berkesan dalam kumpulan bagi mendapatkan maklumat dan menjana ilmu.



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed


 
Powered by Blogger